16 January 2010

Pasca SPM

Salam.

Post ini didedikasikan buat semua 'lepasan' sekolah menengah.

Fuh, bukan main gembira semasa melangsaikan minit terakhir dalam dewan peperiksaan dulu.
Sampai ada rancangan nakal nak letakkan jam locengs di bahagian atas dewan.
Berbunyi sebaik tamat 'oven'( istilah Cikgu Raouf) peperiksaan.
Mujur, atas pertimbangan akal yang masih waras, kami batalkan.
(aduh..terlepas satu peluang 'cipta sejarah'..ha)

Balik asrama terkinja-kinja.
Ada yang mengambil kesempatan 'mengutip'setiap barang yang ditinggalkan junior di asrama.
baju...kasut...hanger...beg...pendek kata, apa sahaja yang masih boleh digunakan akan dirembat.
Fuh..banyak 'hasil' mereka...

Kemas barang balik rumah.
Sedih nak tinggalkan kawan-kawan.
Tapi, dalam kepala sudah tersumbat dengan 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA'.

Tiada lagi uniform sekolah.
Tiada lagi mandi perhimpunan pagi.
Tiada lagi 'terpaksa' pujuk cikgu merajuk.
Tiada lagi gotong royong 3K yang membantut masa rehat.

Tak perlu lagi beratur panjang di Dewan Makan.
Hanya untuk merasakan 'kuah tak cukup garam', 'ayam tak masak dalam', 'air teh perisa sabun', atau 'bihun dawai'.

Tak perlu bangun prep petang dan malam..
Setelah sehari yang melelahkan.

Tak perlu lagi menadah telinga mendengar ucapan berjela.
Berdiri lama-lama, seribu orang dalam dewan seperti cacing kepanasan.

Tak perlu risau solat fardu sendirian atau sodom.(solat dalam dom).
Kita sudah tidak diperhatikan. Tiada pengawas mahu balaci, tiada ustaz mahu menghukum.

MERDEKA = Tiada lagi kongkongan.
__________________________________________
Ya, dulu begitulah yang kita fikirkan. Sekarang terkadang kita kembali terfikir...

'Itu juga bermakna....'

Pagi sudah tiada orang mahu kejutkan. Terkadang subuh terlepas.
Ke masjid berjemaah??Itu usah ceritalah.

Tiada juga 'ma'athurat pagi.
Walau dulu sering juga kita tidur, kita kecapi tenang saat membaca bersama-sama.

Tiada lagi 'makanan free'. Tersedia tepat pada waktu.
Semua mahal. Terasa berat duit keluar....

Tiada lagi usrah hujung minggu.
Walau dulu naqib itu sungguh membosankan, akhir sesi kita rasa terisi.

Tiada lagi masa studi yang tetap.
Kita rasa sukar patuh dengan jadual sendiri.




Memori itu dalam ingatan, bukan cip yang boleh kita patah-patahkan.

Tiba-tiba, kita rindu semuanya.
Oh, bukan mahu pesimis ya!

Cuma peringatan,
dalam kita berdikari, punya aturan sendiri..
Mungkin ada manfaatnya kita imbau yang lepas-lepas.
Dulu pernah teratur, masakan kini mahu terabur??
Silap yang sama, jangan kita ulang.


"Tatkala mengenang masa silam,
Hargailah masa sekarang.
Letakkan harga yang selayaknya.
Hari mendatang,
kita rancang dengan apa yang ada di tangan."

6 comments:

mujahidah said...

kdg2..
memori mmberi semangat..
mmberi keyakinan..

faiq zaini said...

iyah..
merdeka!!

bawahbumi said...

zaman itu~

Raihana Nazri said...

mihun dawai? teh sabun?
masih lgkah??

itulah tarbiyah dr Allah..

tepianmuara said...

salam.

>mujahidah
setuju2. Jangan sebaliknya sudahlah.

>faiq
merdeka sem ni,kita terus jelejah jordan!ha

>bawahbumi.
perkataan yang sama akan kita tuturkan,bila tamat pengajian nanti, terkenang hidup di Jordan. ......zaman itu...

>Raihana.
Itu khulasoh perkhidmatan tender DM kita yang bertukar saban tahun.Jangan risau,baiknya banyak sebenarnya.Siapa lupa nasi lemak pagi Sabtu??

Balqis said...

Superb reminder! hai... lah sekolahku. ^^