23 March 2010

Padi di Sini Pasti Menjadi

Nak tahu tak?


"Saat semangat paling berkobar-kobar ialah bila kantoi periksa, dan mendapat markah rendah...."

Or at least, this is what I feel right now.

Exam Physio tadi.
30 minit 30 soalan. Objektif. Tembak-tembak. Normal je kan.
Soalan pun masuk tajuk-tajuk awal ( memang la, dah namanya first exam ).
Soalan direct je, tidaklah belok-belok...KBKK pun tidaklah sangat.

Tapi, semasa menjawab tadi....
"Erm...koyo-koyo iyo...koyo-koyo orak..." ( Macam ya...macam tak..)
15 saat terakhir, saya pandang sahaja jam tu. Hopeless.
Natijahnya??  Ha...faham-fahamlah.


Jadi, sepanjang perjalanan dari jamiah ke rumah, saya senyap. Tergamam kot. (bukan 'kotttt' ya..)
Sampai rumah, duduk atas katil, buat post mortem.

"Mortuis paresdium et vocem dare necessee est" (the deceased must be protected and given a voice)
Yup, dalam kes ini, mangsa dikenali sebagai physiology paper.


Perhatian : Sila skip part ini. Sampingan yang tiada kaitan.


"Mula-mula, buat incision dari belakang telinga, mengelilingi bahagian atas kepala ke telinga yang satu lagi. Selepas itu, koyakkan kulit kepala dari situ ke bahagian muka. Belakang pula. Kyyap.  ( err..i like the sound it makes..sadis ). Ha..sekarang, skull sudah terdedah. Menggunakan electric saw, kita 'tanggalkan' tempurung kepala. Buat cantik-cantik. Jangan sampai otak hancur sekali. Kita akan lihat satu lapisan dura mater yang berwarna putih.Teringat pula tips Ulya; kalau tak nak sup otak lembu yang kita masak berbau hanyir, lapisan ini kene buang. Ingat ya kawan-kawan. Tengok la otak tu kalau ada 'alamat-alamat',pendarahan, atau apa-apa yang mencurigakan. Tak puas hati lagi, kita cabut, keluarkan je otak tu dari tempurung. Kalau dah puas, sumbat balik dalam otak, tarik balik kulit kepala yang kita koyakkan tadi, dan jahit."


"Bahagian dada pula. Buat incision berbentuk 'Y' bermula dari bahagian bahu ke pangkal sternum. Lapah-lapah sikit. Pastu potong ribs. 'Bukak pintu'. Tengokla apa yang jadi. Belek jantung, paru-paru, ginjal, tulang belakang...semualah. Dah puas, 'tutup pintu', jahit."




Berdasarkan pengalaman live semasa melihat post mortem di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Sabak Bernam. Sangat mengujakan. 'Body' pun masih cantik dan 'segar', tidak hancur.



Malam sebelum periksa itu, kami ahli rumah semua melelapkan mata awal. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana angin peralihan musim yang amat sejuk. Mungkin kerana ayam broasted yang sangat lazat.
Tak pernah rasanya begini. Mahdi sahaja yang selalu tidur awal sebab dah bersedia. Tidur awal setelah bersedia amat baik, namun mengenangkan kami bukanlah 'spesies' itu.....

Tapi, sebenarnya saya sendiri yang tidak cukup berusaha. Terlalu banyak masa dibazirkan rasanya.
Perlu muhasabah niat  dan cara belajar semula.

Teringat satu cerita yang saya baca di sebuah akhbar. Lebih kurang begini. Saya mudahkan dan ringkaskan.

" Seorang abang memanggil  adiknya dari balkoni rumah, menyuruh masuk kerana hari sudah beransur senja. Si adik  pula sedang leka bermain konda kondi. Tidak dengar. Suara itu memanggil lagi. Tetap tidak bersahut.

Berulang-ulang.

Tiba-tiba, si adik merasakan satu ketulan batu kecil 'hinggap' di kepala. Sakit. Mengaduh. Lantas, si adik mendongak, melihat siapa yang melontar batu itu.

"Hah..sudah..sudah...masuk dalam cepat. Dah nak azan ni!" gesa si abang."


Begitulah kita hidup di dunia ini. Sering ralit, leka dengan apa yang dikerjakan. Sedangkan telah banyak peraturan-peraturan yang kita langgar. Hak-hak yang tidak kita tunaikan. Jiwa-jiwa yang kita sakiti. Peringatan yang hadir kita tidak endahkan.

Sampai ketika, teguran itu hadir dengan lebih 'keras'.. 'Batu kecil' yang kita rasa, dari siapa??
Begitulah Allah mahu memperingatkan manusia. Ujian itu boleh jadi tanda rahmat kasih-Nya. Agar kita tidak terus terpesong, dan hanyut terus dengan dunia.

Dan, kita yang ditegur, sedarlah diri sentiasa diperhatikan. Carilah jalan pulang.
Jika dibiarkan sampai masa hati jadi kelam,  ia akan rasa kebas dari sebarang dosa. Dosa jadi biasa. Tidak rasa dosa.


Jika tidak, mungkin teguran itu akan jadi lebih keras.

Moga keputusan ini menginsafkan saya.

Ini untuk kita. Semua kita adalah pendosa. Jangan pernah rasa aman dengannya.

Apa seterusnya?
Edit dari lagu Sudirman, mari kita jadi optimis.

"Marilah kita ke bendang,
Padi di sini pasti menjadi. "

mungkin ada yang fikir semua yang tertulis ini 'overstatement'...aha..terpulang.
Mari 'membalas dendam' pada Anatomy & Histology! ( semangat untuk diri sendiri..ha )

Akhirnya, saya tawarkan, siapa-siapa sudi mahu lengkapkan ayat di awal tadi...
"....Untuk memastikannya terus membara,......????.........."


Semua jawapan boleh, kecuali, 'teruskan mendapat markah yang rendah..'..haha.

18 March 2010

Intikhabat (Election)

Just arrived home from jamiah.

Today we had campus election.

I manage to vote,.. just...

...just..


Just..
Just..
JUST..
JUST

I wonder why, but somehow, I felt a little uneasy with the word today. Err, irony maybe?


Orang kata dalam keadaan tegang, kita akan tunjuk diri sebenar.
Kalau selama ni gagah,garang bergaya, mungkin mengalirkan air mata.
Kalau selama ni tenang, mungkin 'meletup' melepaskan baran.

Kita boleh kenal mana permata waktu ini..

Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang.

15 March 2010

Jiwa, Tenanglah.

Sujudlah. Tiada sesaat dalam hidup kita tak perlukanNya.






"Kita masing-masing tahu,
sedih itu fitrah.

Tapi kita juga faham,
mengalirkan air mata kerana Allah itu jauh  indah."






p/s...mahu mati bergaya ( dalam iman dan Islam), jiwa mesti besar kan?

'Lebih Baik Tersilap Ampun Dari Tersalah Hukum'....RAM




Kisah manusia,
ada coretan pelbagai warna,
Dalam membayangkan biru merah yang indah,
Sering kita lupa,
Hitam yang kita rasa,
cuma sekelumit,
dari sejuzuk besar latar hidupnya.


Mesra cerianya cerminan duka yang terpendam,
Gelak tawanya lantaran pahit yang ditelan.

Letus amarahnya,
angkara dendam silam,
tampak sembuh.
namun parutnya kembali berdarah jika disentuh.

Riak zahirnya mungkin tenang,
namun nun jauh di dalam,
lubuk rasanya berpusar hebat.
Reda tak kunjung tiba.

Tanpa kata dan suara,
dia  memberitahu,
'Resah semalam bukan semudah itu hilang.'

Ah,
Kadang aku tertawa,
mengenang khilaf sendiri.
Bingkas menghukum,
tanpa peduli memahami...




12:20 tengah hari,
11 Mac 2010.
Library JUST,

Terik-terik begini,
Hitam pun nampak terang,
teringat pada Husni Hakim....
"Kalau ditelangkup muka, masakan nampak sinar suria!".


p/s...penat call rumah...Hanis dapat 5A+, 3A, 3A-...Alhamdulillah...

09 March 2010

Mimpi Yang Tidak Sempurna


Gambar hiasan- Wadi Rum.


Walau mimpi tak pernah mengajar kita derhaka,
kita mudah leka.


Acapkali ia terbit nun di ufuk awangan.
Tak tergapai dek tangan,
  luarbiasanya menggelisahkan,
lembutnya bisa jua membuai tenang.



                                 
Dan,
terkadang tanpa sengaja,
 manusia mencipta ilusi mimpi dalam gugahan realiti.





06 March 2010

Panas Salju Di Uludag



Salam.

Pada cuti sem yang lalu, saya berpeluang melanjutkan pelajaran pemandangan ke negeri orang.
Ke Turki. Alhamdulillah.
Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi kita mula dengan ini.

Kembara kami, Jejaka Akhir Zaman Jambu ( disertai Naim Deraman, Ismi Hamid, Mahdi Ibrahim, Salam Abdullah, Faiq Zaini, Amirun, Zaki, Helmi, dan Fahmi, Syuib, dan saya )  ke Turki kali ini sekitar Istanbul sahaja. Pengecualiannya, kami ke Bursa pada 6 Februari, tepat sebulan lepas.

Tiket feri ke Bursa seawal jam 6.30 pagi, kami harus bersiap awal. Ha..terkejar-kejar juga.
Hmm..saya tidak larat bercerita, dan kalian mungkin kurang rajin membaca. Jadi, kita lihat gambar ya!



Di dalam feri. Bertolak ketika mentari baru muncul menjengah bumi.



Lepak di kawasan kanak-kanak dalam feri.
Bergurau dengan si kecil. Seorang namanya Ahmad, seorang lagi saya lupa. Mereka pun baru kenal.



Saudara Salam. Baru tiba di Pelabuha Bursa.















Menaiki teksi ke Pergunungan Uludag. 
Snow was everywhere we laid our gaze upon..
Hari ini matahari terik memancar hingga  saya berpeluh dalam baju sejuk.
Amat sesuai untuk bermain ski.




Tiba!















Benam kamera dalam 'tanah'. Ini hasilnya.


Salji pada pokok.



MULA BERMAIN SKI

Kami menyewa  peralatan bermain ski, 15 lira( X 2.5 untuk RM) sahaja untuk satu hari. Fahmi seorang memilih untuk bermain snowboard dengan tambahan lagi 5 lira.











Semua bergaya, yakin dan bersedia!
Tidak sabar untuk meluncur laju melintasi permukaan salji.
Terbayang aksi-aksi pemain profesional yang ditonton dalam TV.



Setelah bermain...ini reaksinya!

Memetik kata-kata Naim, yang menggambarkan situasi kami,
" Nak pakai ambil masa 30 minit, baru main 3 saat dah jatuh!"

Ha...ini yang dimaksudkan dengan 'pakai'...susah da bagi kami..he



Gambar sekitar kawasan bermain ski.







Saudara Mahdi. bergaya beberapa saat sebelum jatuh.
 lambat dia mengalah. Saya??ha..lihat gambar bawah ni.





Ha...'tersadai' bawah pokok. Rehat......




................padahal dah putus asa. Haha..

Gempak! ( Angan-angan pun jadilah... papan ski pun tak melekat kat kaki tuu..)



Suka reaksi natural Faiq, kiri sekali. ...pegel...ha



Perfect to describe our emotion...haha. Salam sekali lagi menjadi model.


SUDAH - SUDAH

Ha..sudahlah 'kisah sedih' kami bermain ski. 
 Gagal kali pertama bukan bermakna gagal selamanya, bukan?
Kami pujuk diri.

Kita lihat gambar pemandangan pula.


Naim 'beruban'..









 Helmi...merenung masa depan?



Teruja melihat salji setinggi ini.



Perjalanan pulang dari Uludag ke Bursa, kami lelap hanya 5 minit selepas masuk ke dalam teksi.
Penat!

All in all, this is indeed a nice day to remember!

TAMMAT