23 March 2010

Padi di Sini Pasti Menjadi

Nak tahu tak?


"Saat semangat paling berkobar-kobar ialah bila kantoi periksa, dan mendapat markah rendah...."

Or at least, this is what I feel right now.

Exam Physio tadi.
30 minit 30 soalan. Objektif. Tembak-tembak. Normal je kan.
Soalan pun masuk tajuk-tajuk awal ( memang la, dah namanya first exam ).
Soalan direct je, tidaklah belok-belok...KBKK pun tidaklah sangat.

Tapi, semasa menjawab tadi....
"Erm...koyo-koyo iyo...koyo-koyo orak..." ( Macam ya...macam tak..)
15 saat terakhir, saya pandang sahaja jam tu. Hopeless.
Natijahnya??  Ha...faham-fahamlah.


Jadi, sepanjang perjalanan dari jamiah ke rumah, saya senyap. Tergamam kot. (bukan 'kotttt' ya..)
Sampai rumah, duduk atas katil, buat post mortem.

"Mortuis paresdium et vocem dare necessee est" (the deceased must be protected and given a voice)
Yup, dalam kes ini, mangsa dikenali sebagai physiology paper.


Perhatian : Sila skip part ini. Sampingan yang tiada kaitan.


"Mula-mula, buat incision dari belakang telinga, mengelilingi bahagian atas kepala ke telinga yang satu lagi. Selepas itu, koyakkan kulit kepala dari situ ke bahagian muka. Belakang pula. Kyyap.  ( err..i like the sound it makes..sadis ). Ha..sekarang, skull sudah terdedah. Menggunakan electric saw, kita 'tanggalkan' tempurung kepala. Buat cantik-cantik. Jangan sampai otak hancur sekali. Kita akan lihat satu lapisan dura mater yang berwarna putih.Teringat pula tips Ulya; kalau tak nak sup otak lembu yang kita masak berbau hanyir, lapisan ini kene buang. Ingat ya kawan-kawan. Tengok la otak tu kalau ada 'alamat-alamat',pendarahan, atau apa-apa yang mencurigakan. Tak puas hati lagi, kita cabut, keluarkan je otak tu dari tempurung. Kalau dah puas, sumbat balik dalam otak, tarik balik kulit kepala yang kita koyakkan tadi, dan jahit."


"Bahagian dada pula. Buat incision berbentuk 'Y' bermula dari bahagian bahu ke pangkal sternum. Lapah-lapah sikit. Pastu potong ribs. 'Bukak pintu'. Tengokla apa yang jadi. Belek jantung, paru-paru, ginjal, tulang belakang...semualah. Dah puas, 'tutup pintu', jahit."




Berdasarkan pengalaman live semasa melihat post mortem di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Sabak Bernam. Sangat mengujakan. 'Body' pun masih cantik dan 'segar', tidak hancur.



Malam sebelum periksa itu, kami ahli rumah semua melelapkan mata awal. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana angin peralihan musim yang amat sejuk. Mungkin kerana ayam broasted yang sangat lazat.
Tak pernah rasanya begini. Mahdi sahaja yang selalu tidur awal sebab dah bersedia. Tidur awal setelah bersedia amat baik, namun mengenangkan kami bukanlah 'spesies' itu.....

Tapi, sebenarnya saya sendiri yang tidak cukup berusaha. Terlalu banyak masa dibazirkan rasanya.
Perlu muhasabah niat  dan cara belajar semula.

Teringat satu cerita yang saya baca di sebuah akhbar. Lebih kurang begini. Saya mudahkan dan ringkaskan.

" Seorang abang memanggil  adiknya dari balkoni rumah, menyuruh masuk kerana hari sudah beransur senja. Si adik  pula sedang leka bermain konda kondi. Tidak dengar. Suara itu memanggil lagi. Tetap tidak bersahut.

Berulang-ulang.

Tiba-tiba, si adik merasakan satu ketulan batu kecil 'hinggap' di kepala. Sakit. Mengaduh. Lantas, si adik mendongak, melihat siapa yang melontar batu itu.

"Hah..sudah..sudah...masuk dalam cepat. Dah nak azan ni!" gesa si abang."


Begitulah kita hidup di dunia ini. Sering ralit, leka dengan apa yang dikerjakan. Sedangkan telah banyak peraturan-peraturan yang kita langgar. Hak-hak yang tidak kita tunaikan. Jiwa-jiwa yang kita sakiti. Peringatan yang hadir kita tidak endahkan.

Sampai ketika, teguran itu hadir dengan lebih 'keras'.. 'Batu kecil' yang kita rasa, dari siapa??
Begitulah Allah mahu memperingatkan manusia. Ujian itu boleh jadi tanda rahmat kasih-Nya. Agar kita tidak terus terpesong, dan hanyut terus dengan dunia.

Dan, kita yang ditegur, sedarlah diri sentiasa diperhatikan. Carilah jalan pulang.
Jika dibiarkan sampai masa hati jadi kelam,  ia akan rasa kebas dari sebarang dosa. Dosa jadi biasa. Tidak rasa dosa.


Jika tidak, mungkin teguran itu akan jadi lebih keras.

Moga keputusan ini menginsafkan saya.

Ini untuk kita. Semua kita adalah pendosa. Jangan pernah rasa aman dengannya.

Apa seterusnya?
Edit dari lagu Sudirman, mari kita jadi optimis.

"Marilah kita ke bendang,
Padi di sini pasti menjadi. "

mungkin ada yang fikir semua yang tertulis ini 'overstatement'...aha..terpulang.
Mari 'membalas dendam' pada Anatomy & Histology! ( semangat untuk diri sendiri..ha )

Akhirnya, saya tawarkan, siapa-siapa sudi mahu lengkapkan ayat di awal tadi...
"....Untuk memastikannya terus membara,......????.........."


Semua jawapan boleh, kecuali, 'teruskan mendapat markah yang rendah..'..haha.

8 comments:

Anonymous said...

dapat bape physio?

Anonymous said...

InsyaAllah, kamu boleh haniff.

Aku sudah baca Tuhan Manusia, sangant-sangat mencerahkan.

Aku pun dah baca Bahlut - novel yang aku kira paling kurang provokatif. Plot bermula agak suam pada awal-awalnya... kurang wacana secara relatif dengan karya-karya yang lain. Tetapi penuh kerja keras sebab de gunakan dialog orang asli semai sesekali.

Masih lagi bacaan yang baik. Alhamdulillah

Norashikin Abdullah said...

haha smart lah cter abg baling batu tuh dgn teguran yg keras..moga berubah mnjdi lebih baik..dpt mrkah tnggi ok..:)

bawahbumi said...

markah rendah,sedih dalam nikmat.

Unknown said...

erk. memang sadis la cerita ni.

tepianmuara said...

>Raihana
Tak mencapai target..(jawapan cengkelat)

>Syazwan
Ha..InsyaAllah.
Hm...yang pasti aku yang teruk diprovokasi.(menerima komen dari pengunjung pesta buku..haha)
Tuhan Manusia aku kira 'masterpiece' FT.
Ulang baca pun tak bosan. U can always discover new things.

>Norashikin
Terbaca kat paper la dik.
Trimas atas semangat.

>bawahbumi
Sedar.
Nikmat dalam sedih.

>hazen
Owh! kamu kembali sendiri ya!hah..
Sila2..

mujahidah said...

" hero an kalah dlu.."
hehe..
usaha ag..

hnshzk said...

tumpang lalu kembali..
jawapan; untuk pastikan ia terus membara, sentiasalah memandang orang yang kompetitif dan rajin..moga-moga dapat insaf diri yang selalu terlalai dan terleka..jangan bandingkan usaha masa sekarang dengan masa lalu sebab mungkin akan berpuas hati dengan usaha yang kita buat.

kata hamka, merasa cukup itu sebenarnya tidak cukup..

renung-renungkan..