15 March 2010

'Lebih Baik Tersilap Ampun Dari Tersalah Hukum'....RAM




Kisah manusia,
ada coretan pelbagai warna,
Dalam membayangkan biru merah yang indah,
Sering kita lupa,
Hitam yang kita rasa,
cuma sekelumit,
dari sejuzuk besar latar hidupnya.


Mesra cerianya cerminan duka yang terpendam,
Gelak tawanya lantaran pahit yang ditelan.

Letus amarahnya,
angkara dendam silam,
tampak sembuh.
namun parutnya kembali berdarah jika disentuh.

Riak zahirnya mungkin tenang,
namun nun jauh di dalam,
lubuk rasanya berpusar hebat.
Reda tak kunjung tiba.

Tanpa kata dan suara,
dia  memberitahu,
'Resah semalam bukan semudah itu hilang.'

Ah,
Kadang aku tertawa,
mengenang khilaf sendiri.
Bingkas menghukum,
tanpa peduli memahami...




12:20 tengah hari,
11 Mac 2010.
Library JUST,

Terik-terik begini,
Hitam pun nampak terang,
teringat pada Husni Hakim....
"Kalau ditelangkup muka, masakan nampak sinar suria!".


p/s...penat call rumah...Hanis dapat 5A+, 3A, 3A-...Alhamdulillah...

9 comments:

khaulah said...

tahniah utk hanis!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah, sampaikan tahniah aku untuk hanis..

gReeN iS pEAce said...

wah..tahniah2..

bawahbumi said...

urm.*terase*.

nurdia said...

tahniah wat hanis.... mungkin kan bersama abg nya disana kot nanti...

Norashikin Abdullah said...

congratz untuk hanis..hebatnya

mujahidah said...

Alhamdulilah...
mabruk tok hanis..
dia..

bakal menjejakimu..

Balqis said...

Puisi ni tertulis, pasti dari hati terdalam yang pernah merasai sedikit dari cubaan kehidupan. Terbaik. best.

Hanis, a'hah. Ini yang namanya sama, ya? Hanis akak sedang berhempas pulas dgn STPM, doakan beliau juga, ya. Mabruk untuk adikmu. Eh, sekarang dah ada plus minus ya?
^^

tepianmuara said...

>nawal, Cikgu Nurdia,
aeisyulillah,farhana,norasyikin,mumtaz.

aha..nawal,result 'kamu' mesti lagi dasat..tahniah2.mahu buat medic ya?
Wan, err..insyaAllah dah tersampai.
terima kasih r ucapan semua. Moga Allah redha dengan result tu..Amin.
menjejaki??ikut jejak yang baik takpe..ha
tengoklah rezekinya di mana..habiskan STAM pun saya sokong.

>bawahbumi.
Err...kira dah tercapai la salah satu objektif...haha


>Kak Balqis
Wah..banyak sungguh tinggal buah tangan. Terima kasih sudi singgah.yup, sekarang ada plus minus..lagi senang nak 'kelas-kelaskan' kot, subjek pun xboleh ambil banyak.
Aha..rindu Hanis. Rasanya, student STPM belajar lagi 'keras' dari saya sekarang ini. Cuma rasa jeles dia masih berpeluang duduk dalam dewan jawab soalan exam BI dan BM..ha.