30 June 2010

Ber'jebat'

Hari yang sama.
Rencana-Nya,
ada ujian buat mereka.

Seorang, dalam gelak-gelak ceria,

"Tak pernah la aku marah sampai macam tu.
Aku rasa aku dah gagal ujian tu.
Jadi bila aku angkat kepala, tengok beg tu hilang,
aku terus senyum.
Alhamdulillah."


Seorang lagi, dalam segan-segan,

" Alhamdulillah.
Aku dapat buat semua yang aku nak buat selama ni.
Tawaf. Cium hajarul aswad. Doa kat Multazam.
Semua Allah bagi malam ni"


Sungguh.
Ber'jebat' aku punya sahabat seperti kalian,
Insan yang merasa manisnya iman dalam ujian.
Kehilangan itu, kadang-kadang, jadi pemberi yang terbaik.

Alangkah!


_______________________________________________

Dalam sibuk-sibuk kita membeli jubah,
Sebagai cenderamatahati buat famili.
Untuk yang menempah dari jauh.
Kita tidak lupa, kan.

Taqwa itu pakaian terbaik.
=)

( Ingatan buat diri sebenarnya )

Hidup

Pengalaman.
Sebab.
Akibat.
Pahit.
Manis.
Luka.
Duka.
Cahaya.
Bahagia.

Telinga.
Dengar.
Mata.
Perhati.
Mulut.
Bicara.
Hati.
Tafsir.

Ah.
100 tahun.
10 minit.




Petang-petang panas.
Roman Theatre, Busra.

26 June 2010

Istanbul


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)

al-An'aam: 38

22 June 2010

Pantai Latakia.





Assalamualaikum.


Kami seramai 17 orang ahli Tahfiz Az Zikr  diizinkan menziarahi Syria selama 4 hari. 

Saya pun tidak larat menulis post berat, jadi ini sekadar gambar dan sedikit coretan kami di Pantai Latakia, pada hari ketiga.

Kami tiba pada malam hari kedua, disambut desiran ombak lembut, dan air laut yang jernih.

Menikmati masakan kari ikan akak-akak yang sangat lazat. 

Ketika yang lain lelap tidak lama kemudiannya, saya dan encik anonimus shafiq keluar menghadap pantai, membawa buku menulis ntah apa-apa.

"Kalaulah aku ada lastik, aku bidas kepala pakcik tu"
Ayat kami takkan lupa.

Dengan....

bulan separuh memilih berada di belakang,
bayu hanya sekali sekala menyapa .
nyamuk dahaga darah manis Nusantara, dan
pakcik 'shisha' sekeluarga berkelah hadapan mata.

kami bertahan...

sehingga sejam kemudian.

Encik shafiq mengoyak sehelai kertas tulisannya, keronyok, dan campak ke bawah. ( tanpa menghargai semangat NR yang kami pelajari. hah )
Dia ke dalam, dan saya menurut tidak lama selepas itu.

Esok paginya, kami serang air jernih pantai itu.





Rumah tumpangan kami.








Aiman dan Salam kegirangan.


Bersama Ustaz Amir yang baik hati menaiki bot kayuh.




Pemuda-pemuda Arab yang peramah. Ada bendera Syria di belakang.


Cuba teka siapa gerangan tuan punya muka??



Tadaa!!Aiman dengan gaya-menggoda-muka-depan-majalah-Mangga. haha.





Main celup kamera dalam air.


Ustaz Ziad Mafraq berkelana ke Syria sepanjang musim panas.




haha...kantoi ada tiles di belakang. Dalam kolam depan 'rumah tumpangan'.



Lepak atas batu. Gambar tiada motif..heh.


Ikan kecil-kecil comel.





















Ikan dan 'terumbu'.


Hampir jam 9, kami 'mendarat', bilas badan, dan meneruskan perjalanan.


Esok pagi, saya bertolak ke Haramain menunaikan umrah. Doakan segalanya selamat ya.

________________________________________________


Nota kaki kanan: " Kami tak nampak pun syabab baca Quran..."

Erk!




17 June 2010

Off To Syria!!

Syukur, Alhamdulillah.



OC lepas...
Can't ask for more..

Fuh!





Boleh bercuti ke Syria dengan hati lega.

" We have in us one heart, which boast high capacity to contain love.
Malaysia, Turkey, Haramain, already take their deseved place in mine.
Syria will be making its way through! Wish her luck!"

Moga-moga kembara ini membuka jiwa.

Entri ini khas untuk bawahbumi.hah..apakah??

12 June 2010

Baca.





Dirembat dari http://www.flickr.com/photos/sweetchy/2356752191/.


Terjumpa catatan kasar ini ketika mengemas lecture note dan buku Physiology. Sebagai peringatan buat diri.

" Bukan berapa banyak kau baca,
tapi berapa banyak kau faham.

Dan kemudian,
 bukan berapa banyak kau faham,
tapi berapa banyak yang mendapat redha Tuhan."


Teringat bahawa buku ini bukan ilmu, ia wasilah. Allah yang mengurniakan ilmu. Allah, Tuhan semasa senang lenang, susah tertekan. Tuhan musim exam dan musim-cuti-lepak-rumah-tak-buat-apa-sangat.

Kita mengadu. DIA mendengar.

10 June 2010

Tentang Tulip, Orked, dan .....


Kredit untuk http://www.flickr.com/photos/reisgekki/



I

Bunga.
Berkenalan dengan tulip kuning ini di Turki.
Ada kisahnya.
Terasa Tulip ini sangatlah cantik. Tulip ini tidaklah kembang mekar seperti ros. Atau segah lavender. Malu-malu. Dan daunnya, ya daunnya hijau lembut, seolah melengkapkan 'kesempurnaan' tulip ini.
Tahu tulip memang jadi kegilaan di Turki ini, sehingga ada ' Tulip Age' di sini.
Merujuk kepada zaman pemerintahan Sultan Ahmad III ( sultan ke-23 ) dan 'bendahara' Nevsehirli Damat Ibrahim Pasa. Banyak kemajuan zaman ini. Dan tulip mencapai status yang sangat tinggi. Menjadi idaman semua. Lebih lanjut, tanya Encik Google.

Blame Turkey for making me fall in love with you!!


II


Secantik-cantik bunga di rantau orang, bunga di laman sendiri yang menambat hati

Teringat orked mak tanam depan rumah.
Dulu sebelum mak decide nak tanam orked, ada tanam pokok renek lain,daunnya hijau terang, ada macam 'buah-buah' warna oren. Tak tau pula namanya.

Saya ada nilai sentimental dengan pokok hijau itu. Entahlah. Mungkin kerana lamanya dia di situ. Mungkin kerana 'buah-buah' oren itu sering saya kumpul, buat main baling-baling, gesel-gesel dengan bata, pastu bau-bau. (apa jadah pun tak tau buat camtu ). Mungkin hanya kerana...dia setia...mudah dijaga...tak merajuk-merajuk. Oh, lupa beritahu, masa ini saya darjah dua. Atau tiga. Lupa.

Masa mak mula-mula suarakan nak tanam orked (masa tu saya pun tak tau orked tu apa, budak dalam iklan susu dengan Ako Mustapa tu lagi bijak) saya tanya, di mana?. Mak kata kat tempat pokok hijau tu. Saya sudah rasa semacam. Macam protes sikit-sikit. Tapi, sebab orked pun belum beli, saya cubalah juga sedapkan hati.

Petang itu, semasa pulang dari sekolah agama, saya terkejut.
Pokok-hijau terang-dengan-buah-oren itu sudah tiada!

" Mak dah cabut ke pokok tu?" ( obviously, ini soalan bodoh, tapi bayangkan saya tanya dengan nada geram)
" A'ah...kita nak tanam orked."
"Kenapa tak tunggu abang balik dulu??!!!!"

I stormed ( ceh!) masuk ke dalam rumah. Baring atas katil. Teka apa saya buat. Menangis. Ya. Sungguh tak jantan. Kalau budak perempuan, mungkin la boleh cakap, "maybe its hormonal kot". Saya? tiada alasan. Awek kat sekolah taklah buat hal (gurau2..ha), ustazah taklah marah-marah, makan semua cukup...songkok tak hilang..baju siap gosok..cuma...saya tetap tak boleh terima hakikat,

"Mak dan Abah 'bongkarkan' pokok renek itu untuk memberi laluan kepada orked."


Saya buat kesimpulan waktu itu, saya tak suka perubahan.
Saat itu.
Selepas itu, mak beli orked, kami semua ikut, mak tanam penuh kasih sayang.
Selepas itu, saya siram pokok itu petang-petang, masih terasa hati, "kaulah perampas pokok hijau aku".
Selepas itu, hati terpujuk sendiri tengok orked-orked harum, warna warni.
Terpujuk tengok mak senyum.
( Mak Abah, adik-adik tak tau tentang ini, until now...haha)

Kemudiannya, saya belajar menikmati perubahan itu. And i'm glad that it happened.
Dalam banyak hal. Dalam banyak hal. Dalam banyak hal.

Perubahan biasanya ada pengorbanan. Keluar dari zon selesa. Risiko. Kadang kita memilih perubahan, kadang perubahan dipilihkan untuk kita. Terpulang bagaimana kita mahu hadapinya. Dan mahu menanggapinya.


III

Tapi belakangan ini, saya lihat orked-orked itu semakin tak bermaya.
Ok. dapat satu idea.

"Menerima adalah sebahagian dari memberi."

Mari buat equation.

Katakanlah saya minta mak serikan semula taman orked tu,

Mak takkan kecewakan saya, lagi-lagi bila setahun tak jumpa = mak akan tunaikan permintaan saya = mak akan cabut rumput, beli baja, beli orked baru, siram petang-petang dengan penuh kasih sayang = duit, masa,  banyak habis = mak penat, penat sangat-sangat, peluh mengalir laju-laju = mak senyum, takpe, ini untuk anak =  kemudian, saya balik, saya gembira tengok bunga lawa-lawa = emak gembira ganda ganda ganda lihat saya gembira = sebab gembira, sekuntum bunga mekar dalam hati saya = setaman bunga mekar dalam hati mak.

Nampak tak kawan-kawan???
nampak tak betapa kejamnya saya


" Dua..sayang berpanjangan...membawa ke syurga...kasihnya ibu."


Apa mesej saya. Seksa mak? Well, it goes beyond that.
Selama ni, mak tak pernah merungut kita mintak macam-macam.
Mengandung sembilan bulan, ujian demi ujian, kena pantang-pantang, jalan tak cergas ( lagi-lagi bila meteng tuek ).
Masa baby, nangis malam-malam tak henti-henti, demam, mak tak boleh tidur.
Masa kecik-kecik, kejut mak malam-malam ( padahal mak baru je lelap dan itu saja waktu berehat ) , 'mak, nak kencing.', 'mak, lapar..nak makan'.
Semua mak ladeni.
Setelah semua ini, apa yang pernah kita korbankan untuk mak??

 Kawan-kawan bijak bestari, mesti boleh calculate sendiri kan yang lain-lain tu.


IV

Mak, ini ganti abang tak wish birthday mak, segan-segan ucap selamat hari ibu, dan buat muka tak tahu bila mak tanya, 'rindu mak tak?'. Memang tak seberapa, takkan mampu sebanding, tapi abang tahu mak akan ingat sampai bila-bila.


Mak yang lahirkan, menyusukan, membesarkan abang. Satu-satunya dalam dunia. Tiada tara. Mak lagi cantik dari tulip kuning tercantik di dunia, lagi seri dari Ungu Kamila (ha..pengaruh RAM),  lagi wangi dari orked paling wangi.

Mak, kita setuju kan, 'rasa...kadang tak mampu diungkap kata'.


Sebabnya? Satu. Mak adalah  mak abang. Dunia akhirat.

Blushing. kesat air mata mak. ceh..

Dan lagi satu, masa skype nanti, sila buat tak tahu. Abang malu. hahahahahahahahahaha.

Ha, abang tahu, lepas ni mesti mak tulis sajak panjang-panjang dalam diari sambil lipat kain pukul dua tiga pagi...kan?kan?kan? ( sambil kenyit mata) kah3.




________________________________________________________________


( masa menulis entry ini sama dengan empat round game PES yang kawan main di sebelah. )


Berjaya buat satu entry pusing-pusing tanpa hujung pangkal. Masa saya mula tadi, langsung tak tahu endingnya begini. Maaf, kawan-kawan, entry nh ala gadis-gadis baru mencapai umur matang. Saya rasa ini kesan tidur siang, jaga malam sempena summer (dengan hadiah ngeri mimpi-mimpi pulang Malaysia), dan severe effect of studying antomy & OC hampir serentak, dua-dua berebut tempat dalam otak.

p/s : annoying kan selit bahasa omputih celah-celah bahasa Melayu indah kita ni. Saya pun tak suka rojak-rojak ni sebenarnya. Aiya...Ampun ya para pencinta Bahasa Melayu.

p/s 2 : Lebih seminggu berlalu, tapi saya pasti peristiwa Freedom Flotilla hari itu, tidak kita lupa, kan?

06 June 2010

Kanan Atau Kiri?

Kanan atau kiri?

Pilihan dalam hidup tak selalu semudah ini. Pelbagai.
Melibatkan sebab dan akibat yang kompleks.
Hingga menentukan bagaimana kita 10 tahun kemudian,
atau lebih dari itu, bagaimana kita 'menghadapi selamanya' kelak.

Betul hari ini mungkin salah esok.
Salah hari ini mungkin betul esok.

"Pengalaman mengajar, terpulang kita mengambil iktibar."


First came across this when  I read Umapagan Ampikaipakan's article in News Straits Times. A famous quote by Mark Twain. Become my fav since.


"Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than by the ones you did do.
 So throw off the bowlines. 
Sail away from the safe harbor.
 Catch the trade winds in your sails. 
Explore. Dream. Discover."



Latar belakang gambar.


Turki, Aya Sofia.
 Hujan renyai-renyai.
4 atau lima darjah celcius saya rasa.

Usai meneroka Aya Sofia, rakan-rakan sudahpun menunggu di luar, saya dan Salam masih terkulat-kulat mencari tandas, dan terjumpa 'petunjuk' ini.
Terima kasih Majlis Perbandaran Istanbul kerana  buat saya gelabah pada saat-saat 'terdesak'. Namun kemudiannya menggelegakkan gelak saya pagi itu..

p/s:  yang benar di sebelah kiri ( in case ada lagi masa kalian pergi..=) ). Terfikir jugak ntah-ntah ada kamera rakam letak dalam rancangan 'Wakenabeb'. Keji la kalau camtu. haha.

04 June 2010

Perkongsian Mavi Marmara di Solah Petra.

Salam.





Semalam, bertempat di Solah Petra, Irbid, kami berasa sunnguh bertuah berpeluang mendengar perkongsian 6 relawan-relawan Malaysia yang turut serta dalam misi Freedom Flotilla.

Di sini saya turunkan beberapa intipati ucapan mereka. Rasanya 'quote' yang saya sertakan tidaklah 100% tepat .Hanya berdasarkan apa yang saya catat. Tapi saya berusaha juga agar mana-mana kesilapan teks tidak  mengganggu kefahaman konteks. Segala salah silap yang ada, saya dahului dengan permohonan ampun maaf. Moga kita semua menjadi penyambung lidah-lidah kebenaran.


Pengerusi Aqsa Syarif, Tuan Hasanudin Mohd Yunus.


Penceritaan beliau sangat bersemangat dan penuh wacana. Antara lain beliau memperkatakan tentang,

1. Peranan IHH( sebutannya e haha), sebuah NGO berpengkalan di Turki yang mengepalai NGO-NGO lain dari lebih 50 buah negara, di Eropah, negara-negara Arab, hatta di Asia Tenggara dalam misi ini. IHH cuba menjadikan sekularisme yang selama ini menekan Turki sebagai senjata yang membolehkan misi ini berjaya.

( saya tambah: Sememangnya semasa kami berada di Turki musim sejuk yang lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah melaungkan keazaman Turki menghantar bantuan besar-besaran ke Gaza, at all cost.)

2. Beliau menjawab persoalan mereka yang skeptik dengan misi ini umpama 'misi membunuh diri', 'tanpa hasil', dengan mengatakan strategi sama digunakan oleh Rasulullah apabila bergerak ke Mekah tanpa membawa senjata, dengan pakaian ihram, dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.
Misi utama ialah  menyedarkan masyarakat dunia, tentang isu kemanusiaan di Gaza dan memecahkan sekatan yang membelenggu Gaza.

3. Beliau menyifatkan sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang isu Gaza sebagai 'kera sumbang'. ( dan menyelitkan sindiran kepada kami.hah). InsyaAllah, akan ada keberkatan yang Allah sediakan untuk mereka yang prihatin.


Dr Syed Muhammad Halim, wakil Haluan.

Gaya beliau yang tenang dan bersahaja dalam menuturkan kata-kata bermakna, cukup menyentuh hati kami.

1. Ketabahan rakyat Gaza. Dengan keluasan hanya kira-kira bandar Shah Alam, dalam suasana yang cukuo menekan, mereka mampu meneruskan hidup kerana tingginya pengabdian kepada Allah. Sungguh banyak hafiz Al Quran dilahirkan saban tahun. Begitu juga ribuan halaqah-halaqah yang aktif.

2. Beliau quote relawan yang mengatakan ," Kami bukan memberi bantuan kepada Gaza, tapi kami ingin meminta bantuan dari Gaza; bagaimana mereka mampu hidup dalam keadaan sebegini."
(Saya tambah: Fuh....itulah hakikatnya. Bahagia dalam derita....kita yang terkadang, sedar atau tidak, derita dalam bahagia, dek jauhnya dengan Ilahi )

3. Beliau menyebut kesedaran NGO berbanding pemimpin-pemimpin dunia. "Biarlah kami yang tiada pengaruh, kuasa, ini bercakap". Alhamdulillah, kesannya dapat kita lihat.

4. Pengalaman sebagai medical personnel. Serangan bermula selepas azan subuh, lebih kurang jam 4.15 pagi. Beliau memberitahu, ada ketika, 4 mayat berada di hadapannya. Antaranya, ada lubang di kepala bahagian depan, dengan otak sudah terburai di belakang. ( Satu lagi bukti bahawa niat komando ini memang untuk membunuh, bukannya 'tersalah' tembak). Ada mayat yang seiras dengan kawannya, namun apabila terjumpa kawannya itu dan diajukan hal ini, dia menjawab, " Alangkah baiknya kalau aku yang mati."

( Hah..ada 'rasa' tak di situ. Cukup mengharukan. Berkenaan hal ini juga, ada relawan lain yang menyebut, "mungkin dosa kami masih banyak, hingga Allah tidak memilih kami untuk mati syahid." nampak kan? pejuang sentiasa rindukan syahid. )

En. Hj Jamaluddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal.

"......dari Indonesia dan Malaysia, boleh dikatakan ketawalah dengan lawaknya...", ujar wartawan Awani di Mavi Marmara tentang Haji Jamaluddin ini.

First impression saya, memang beliau 'live up to the expectation'. Dan kemudian saya amati rupa dan lenggok bahasanya, terdetik, " de e ki wong jowo rosone'...sah!bangga tak pasal-pasal di situ.

1. Beliau menceritakan kronologi perjalanan Mavi Marmara. ( saya terlalu asyik hingga tak catit dengan sempurna, maaf.).

2. Polisi bertahan diambil pihak IHH. Para aktivis tidak dibenarkan membunuh. Hanya 'dispossess' senjata yang digunakan komando. Pada mulanya para komando menggunakan peluru getah, kemudian peluru hidup.
Hal ini menjawab persoalan kita tentang mengapa tiada iringan tentera untuk Flotilla Gaza ini. Sekiranya ada, Israel tentu akan menggunakan 'provokasi' sebagai alasan serangan yang lebih dahsyat.

3.Pengecutnya Bangsa Yahudi. Relawan Malaysia ditugaskan menghalang komando Israel untuk masuk dari sisi kapal. 'Senjata' mereka?Hos air. Menceritakan pengalaman peribadinya, apabila terlihat bot Israel di bawah, beliau mepaskan 'bom', iaitu bekas berisi air 10 liter ke arah mereka. 'Bom' itu terkena sisi bot, dan teka apa berlaku??Bot itu melarikan diri!

4. Beberapa keajaiban ( baca; bantuan Allah ) berlaku. Antaranya, ikan lumba-lumba yang tiba-tiba memunculkan diri sebelum kejadian. Ketika kejadian rampasan itu, pihak Israel menjatuhkan bom asap. Alhamdulillah, angin bertiup sangat kencang hingga asap itu mudah hilang. Beliau tutut memberitahu, disepak sekuatnya oleh komando sewaktu diikat, namun tidak merasakan sakit. Rasa gerun juga tidak kelihatan dari relawan-relawan di atas kapal semasa serangan.
 (Saya tambah:  Mungkin kejadian ini dipandang sesetengah orang sebagai biasa, namun bagi yang beriman tentu ada 'rasa' yang dikongsi dan pengajaran yang boleh diambil. )

3. Kepentingan  patuh pada ketua. Pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah perang Uhud. Dalam kecoh relawan-relawan menghalang kemasukan komando Israel, rupanya kapten kapal sudah ditawan. Kapten memberi arahan agar semua relawan masuk ke kabin ( kalau saya tidak silap), dan menyerah diri. Untuk mengelakkan lebih pertumpahan darah, maslahat yang lebih besar. Kalaulah ada yang tidak patuh pada arahan dan cuba bertindak sebagai 'hero', tentu yang lain akan turut menerima akibat.

4. Sentiasa ada wudhu'. Memudahkan kita untuk solat, terutama dalam keadaan orang ramai, juga mudah-mudahan mendapat berkat.


Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani


'....saya baru berumur 25 tahun. budak lagi..macam anda semua, masih belajar.'....pernyataan ini  mengundang tawa spontan kami.

Beliau 'mengaji' sains politik di sebuah universiti tempatan. (tak ingat..sori2)

Memang terasa berada di bilik berita Awani, apabila mendengarkan gaya bercakap 'macho ala wartawan'nya yang tidak berubah seperti yang kita tonton di kaca tv.

1. Keberadaannya sebagai wartawan di atas kapal adalah untuk menyediakan laporan alternatif selain media antarabangsa yang berat sebelah dan dikawal Barat seperti BBC dan CNN. Mesej sebenar konvoi Malaysia untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, bukannya untuk berperang mesti disampaikan dengan jelas. Di samping itu, untuk menyampaikan maklumat terkini dan meredakan kebimbangan keluarga dan rakyat Malaysia.

2. 'Sentimen primordial' yang sama dan 'penyatuan masyarakat sivil'. Dua poin asing yang disebutkan beliau, yang saya kira mempunyai kaitan yang rapat. Penyatuan masyarakat sivil bertitik tolak dari sentimen primordial yang sama.

3. Phychological warfare. Perang PR,  berlaku antara Israel yang mahu 'menjernihkan' suasana dengan 'spin' cerita, dan negara-negara lain yang ingin melaporkan realiti Gaza dan apa sebenarnya berlaku di atas kapal Mavi Marmara. Kapal itu tidak membawa sentimen keganasan, tidak membawa senjata, dan tidak seharusnya dikaitkan dengan pengganas.

4. "Criminalise war". Menjenayahkan peperangan.


Perkongsian semalam sungguh hidup. Dalam lawak-lawak yang diselitkan, kami sedar bukan setakat itu yang mahu disampaikan. Adalah menjadi kewajipan kita untuk peka dengan situasi umat Islam. Cubit pipi kanan, pipi kiri terasa lebamnya.

Mereka baru pulang dari satu perjuangan. Dan disambut bagaikan wira. Walhal, telah mereka jelaskan, bukan itu yang mereka mahu. Matlamat utama ialah agar Islam kembali gemilang, bermula dengan gemilangnya iman dan amal pendukung Islam. Mudah-mudahan.

Jangan salah faham, apa yang kita lakukan masih belum cukup. Namun, ini satu permulaan. Saya melihat sekurang-kurangnya, kerajaan Turki, melalui IHH, dan seluruh umat Islam umumnya telah mencapai satu 'political victory' dalam menelanjangkan wajah sebenar Israel di mata dunia. Tapi jangan pula kita lupa, tanpa usaha dan ingatan berterusan, peristiwa ini juga akan diam dan dilupa orang. Contohnya, tragedi Shabra dan Shatilla, yang mengorbankan lebih 2000 insan tidak berdosa. Dan yang lebih baru Operation Cast Lead 4 tahun lalu.

Moga ini permulaan yang lebih memberi impak dari sekian permulaan-permulaan sebelum ini.

Allahuakbar.

01 June 2010

Optimistic vs Naive.





"A soldier identified only as a sergeant told reporters at a military briefing that the activists on board "were armed with knives, scissors, pepper spray and guns." He said he was armed only with a paintball rifle. "It was a civilian paintball gun that any 12-year-old can play with," he said. "

Indeed. Of course a paintball rifle can kill...



Tidak jauh sebenarnya kita dengan mereka...sangat dekat.
Kita menanti penuh harap.
Panjatkanlah doa.

Perancangan Allah lebih besar dari perancangan mereka.
Maha Suci Dia dari memerlukan kita dalam perancangan-Nya.

Moga ada hikmah iktibar yang boleh kita ambil sebalik semua ini.