04 June 2010

Perkongsian Mavi Marmara di Solah Petra.

Salam.





Semalam, bertempat di Solah Petra, Irbid, kami berasa sunnguh bertuah berpeluang mendengar perkongsian 6 relawan-relawan Malaysia yang turut serta dalam misi Freedom Flotilla.

Di sini saya turunkan beberapa intipati ucapan mereka. Rasanya 'quote' yang saya sertakan tidaklah 100% tepat .Hanya berdasarkan apa yang saya catat. Tapi saya berusaha juga agar mana-mana kesilapan teks tidak  mengganggu kefahaman konteks. Segala salah silap yang ada, saya dahului dengan permohonan ampun maaf. Moga kita semua menjadi penyambung lidah-lidah kebenaran.


Pengerusi Aqsa Syarif, Tuan Hasanudin Mohd Yunus.


Penceritaan beliau sangat bersemangat dan penuh wacana. Antara lain beliau memperkatakan tentang,

1. Peranan IHH( sebutannya e haha), sebuah NGO berpengkalan di Turki yang mengepalai NGO-NGO lain dari lebih 50 buah negara, di Eropah, negara-negara Arab, hatta di Asia Tenggara dalam misi ini. IHH cuba menjadikan sekularisme yang selama ini menekan Turki sebagai senjata yang membolehkan misi ini berjaya.

( saya tambah: Sememangnya semasa kami berada di Turki musim sejuk yang lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah melaungkan keazaman Turki menghantar bantuan besar-besaran ke Gaza, at all cost.)

2. Beliau menjawab persoalan mereka yang skeptik dengan misi ini umpama 'misi membunuh diri', 'tanpa hasil', dengan mengatakan strategi sama digunakan oleh Rasulullah apabila bergerak ke Mekah tanpa membawa senjata, dengan pakaian ihram, dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.
Misi utama ialah  menyedarkan masyarakat dunia, tentang isu kemanusiaan di Gaza dan memecahkan sekatan yang membelenggu Gaza.

3. Beliau menyifatkan sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang isu Gaza sebagai 'kera sumbang'. ( dan menyelitkan sindiran kepada kami.hah). InsyaAllah, akan ada keberkatan yang Allah sediakan untuk mereka yang prihatin.


Dr Syed Muhammad Halim, wakil Haluan.

Gaya beliau yang tenang dan bersahaja dalam menuturkan kata-kata bermakna, cukup menyentuh hati kami.

1. Ketabahan rakyat Gaza. Dengan keluasan hanya kira-kira bandar Shah Alam, dalam suasana yang cukuo menekan, mereka mampu meneruskan hidup kerana tingginya pengabdian kepada Allah. Sungguh banyak hafiz Al Quran dilahirkan saban tahun. Begitu juga ribuan halaqah-halaqah yang aktif.

2. Beliau quote relawan yang mengatakan ," Kami bukan memberi bantuan kepada Gaza, tapi kami ingin meminta bantuan dari Gaza; bagaimana mereka mampu hidup dalam keadaan sebegini."
(Saya tambah: Fuh....itulah hakikatnya. Bahagia dalam derita....kita yang terkadang, sedar atau tidak, derita dalam bahagia, dek jauhnya dengan Ilahi )

3. Beliau menyebut kesedaran NGO berbanding pemimpin-pemimpin dunia. "Biarlah kami yang tiada pengaruh, kuasa, ini bercakap". Alhamdulillah, kesannya dapat kita lihat.

4. Pengalaman sebagai medical personnel. Serangan bermula selepas azan subuh, lebih kurang jam 4.15 pagi. Beliau memberitahu, ada ketika, 4 mayat berada di hadapannya. Antaranya, ada lubang di kepala bahagian depan, dengan otak sudah terburai di belakang. ( Satu lagi bukti bahawa niat komando ini memang untuk membunuh, bukannya 'tersalah' tembak). Ada mayat yang seiras dengan kawannya, namun apabila terjumpa kawannya itu dan diajukan hal ini, dia menjawab, " Alangkah baiknya kalau aku yang mati."

( Hah..ada 'rasa' tak di situ. Cukup mengharukan. Berkenaan hal ini juga, ada relawan lain yang menyebut, "mungkin dosa kami masih banyak, hingga Allah tidak memilih kami untuk mati syahid." nampak kan? pejuang sentiasa rindukan syahid. )

En. Hj Jamaluddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal.

"......dari Indonesia dan Malaysia, boleh dikatakan ketawalah dengan lawaknya...", ujar wartawan Awani di Mavi Marmara tentang Haji Jamaluddin ini.

First impression saya, memang beliau 'live up to the expectation'. Dan kemudian saya amati rupa dan lenggok bahasanya, terdetik, " de e ki wong jowo rosone'...sah!bangga tak pasal-pasal di situ.

1. Beliau menceritakan kronologi perjalanan Mavi Marmara. ( saya terlalu asyik hingga tak catit dengan sempurna, maaf.).

2. Polisi bertahan diambil pihak IHH. Para aktivis tidak dibenarkan membunuh. Hanya 'dispossess' senjata yang digunakan komando. Pada mulanya para komando menggunakan peluru getah, kemudian peluru hidup.
Hal ini menjawab persoalan kita tentang mengapa tiada iringan tentera untuk Flotilla Gaza ini. Sekiranya ada, Israel tentu akan menggunakan 'provokasi' sebagai alasan serangan yang lebih dahsyat.

3.Pengecutnya Bangsa Yahudi. Relawan Malaysia ditugaskan menghalang komando Israel untuk masuk dari sisi kapal. 'Senjata' mereka?Hos air. Menceritakan pengalaman peribadinya, apabila terlihat bot Israel di bawah, beliau mepaskan 'bom', iaitu bekas berisi air 10 liter ke arah mereka. 'Bom' itu terkena sisi bot, dan teka apa berlaku??Bot itu melarikan diri!

4. Beberapa keajaiban ( baca; bantuan Allah ) berlaku. Antaranya, ikan lumba-lumba yang tiba-tiba memunculkan diri sebelum kejadian. Ketika kejadian rampasan itu, pihak Israel menjatuhkan bom asap. Alhamdulillah, angin bertiup sangat kencang hingga asap itu mudah hilang. Beliau tutut memberitahu, disepak sekuatnya oleh komando sewaktu diikat, namun tidak merasakan sakit. Rasa gerun juga tidak kelihatan dari relawan-relawan di atas kapal semasa serangan.
 (Saya tambah:  Mungkin kejadian ini dipandang sesetengah orang sebagai biasa, namun bagi yang beriman tentu ada 'rasa' yang dikongsi dan pengajaran yang boleh diambil. )

3. Kepentingan  patuh pada ketua. Pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah perang Uhud. Dalam kecoh relawan-relawan menghalang kemasukan komando Israel, rupanya kapten kapal sudah ditawan. Kapten memberi arahan agar semua relawan masuk ke kabin ( kalau saya tidak silap), dan menyerah diri. Untuk mengelakkan lebih pertumpahan darah, maslahat yang lebih besar. Kalaulah ada yang tidak patuh pada arahan dan cuba bertindak sebagai 'hero', tentu yang lain akan turut menerima akibat.

4. Sentiasa ada wudhu'. Memudahkan kita untuk solat, terutama dalam keadaan orang ramai, juga mudah-mudahan mendapat berkat.


Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani


'....saya baru berumur 25 tahun. budak lagi..macam anda semua, masih belajar.'....pernyataan ini  mengundang tawa spontan kami.

Beliau 'mengaji' sains politik di sebuah universiti tempatan. (tak ingat..sori2)

Memang terasa berada di bilik berita Awani, apabila mendengarkan gaya bercakap 'macho ala wartawan'nya yang tidak berubah seperti yang kita tonton di kaca tv.

1. Keberadaannya sebagai wartawan di atas kapal adalah untuk menyediakan laporan alternatif selain media antarabangsa yang berat sebelah dan dikawal Barat seperti BBC dan CNN. Mesej sebenar konvoi Malaysia untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, bukannya untuk berperang mesti disampaikan dengan jelas. Di samping itu, untuk menyampaikan maklumat terkini dan meredakan kebimbangan keluarga dan rakyat Malaysia.

2. 'Sentimen primordial' yang sama dan 'penyatuan masyarakat sivil'. Dua poin asing yang disebutkan beliau, yang saya kira mempunyai kaitan yang rapat. Penyatuan masyarakat sivil bertitik tolak dari sentimen primordial yang sama.

3. Phychological warfare. Perang PR,  berlaku antara Israel yang mahu 'menjernihkan' suasana dengan 'spin' cerita, dan negara-negara lain yang ingin melaporkan realiti Gaza dan apa sebenarnya berlaku di atas kapal Mavi Marmara. Kapal itu tidak membawa sentimen keganasan, tidak membawa senjata, dan tidak seharusnya dikaitkan dengan pengganas.

4. "Criminalise war". Menjenayahkan peperangan.


Perkongsian semalam sungguh hidup. Dalam lawak-lawak yang diselitkan, kami sedar bukan setakat itu yang mahu disampaikan. Adalah menjadi kewajipan kita untuk peka dengan situasi umat Islam. Cubit pipi kanan, pipi kiri terasa lebamnya.

Mereka baru pulang dari satu perjuangan. Dan disambut bagaikan wira. Walhal, telah mereka jelaskan, bukan itu yang mereka mahu. Matlamat utama ialah agar Islam kembali gemilang, bermula dengan gemilangnya iman dan amal pendukung Islam. Mudah-mudahan.

Jangan salah faham, apa yang kita lakukan masih belum cukup. Namun, ini satu permulaan. Saya melihat sekurang-kurangnya, kerajaan Turki, melalui IHH, dan seluruh umat Islam umumnya telah mencapai satu 'political victory' dalam menelanjangkan wajah sebenar Israel di mata dunia. Tapi jangan pula kita lupa, tanpa usaha dan ingatan berterusan, peristiwa ini juga akan diam dan dilupa orang. Contohnya, tragedi Shabra dan Shatilla, yang mengorbankan lebih 2000 insan tidak berdosa. Dan yang lebih baru Operation Cast Lead 4 tahun lalu.

Moga ini permulaan yang lebih memberi impak dari sekian permulaan-permulaan sebelum ini.

Allahuakbar.

6 comments:

Anonymous said...

terima kasih haniff, perkongsian sarat pedoman!

ms dr.nisa-to-be said...

syukran atas perkongsian
salam jihad!

Nurul Athirah said...

waah,,
sangat bertuah utk mendengar kata2 mereka dgn mata kepala sendiri..
sungguh terpilih

btw, thanks 4 sharing

kita juga 'ada' tanggungjawab utk dilaksanakan..

tepianmuara said...

>aeisyulillah
Pedoman pertamanya untuk diri yang menulis.

>ms dr nisa to be
'afwan.
Moga istiqamah.

>miss serenity
yup.bertuah.bak kata pengerusi majlis, 'sanad' yang kami dapat hari tu adalah sanad yang kuat. Aku lak terfikir, sanad kuat, tapi perawinya (aku la) tak tsiqah & dobit. hah.

Yup,setuju. Hence this 'perkongsian'.

nora said...

salam..

1. kt tv1 pun ada temuramah dgn mereka ni..hari ahad lepas..

2. 'terkena' dgn point ke3 Tn. Hasanuddin..saya lah tu..:((

3. solusinya?

tepianmuara said...

>nora

1.Alhamdulillah, dikurnia masa lapang untuk menonton.

2. Saya juga.ha

3.Solusi? y termampu denngan circle of influence kita. dan doa, tentunya.