09 July 2010

Bersangka Baiklah.


Gambarnya saya rembat dari http://www.ljlindhurst.com/images/highway.jpg



"Jalan baik sangka itu beribu,
kau hanya perlu pilih satu"



Kadang, tanpa kita sedar, satu, hanya satu,  buruk sangka kita, kemudiannya menimbulkan siratan salah faham yang sangat rumit dan kusut untuk dirungkaikan.

Tanpa usul periksa tulus seluruh, kita katakan dia 'begini'.
Sedang dia kemudiannya, terluka, dan turut dipandu emosi, mengatakan kita 'begitu'.

Kisah A dan B itu boleh pula berlanjutan hingga ke Z.
Bahkan lebih lagi.

Memandang perlagaan berpanjangan, pergeseran melelahkan,
dan terkadang turut 'berjuang' dalam barisan hati-hati yang sakit itu,
kita mulai bertanya semula pada diri,
" Semua ini, bukankah kan terelak dengan satu sangka baik?"






notajaritelunjuk:
Namun, ada pengecualiannya, serasa saya.
Untuk pemimpin di 'medan perang'.
Mesti masak dengan segala tipu muslihat musuh.
Kerana medan ini berbeza, perlukan tanggapan berbeza juga.

6 comments:

Akhyar said...

agar ummat lebih bersatu, baik sesama sendiri.kuat, tegas terhadap musih.
suka mesej ni.

Anonymous said...

Hmm, aku pernah terbaca, dalam SOLUSI (majalah baru, ketua editor dia Pahrol Juoi, in case if you missed it) dalam bersangka-sangka, kita perlu cari 70 alasan untuk bersangka baik dan memaafkan, tapi kalau tidak dapat, berdoalah, kerana hati itu yang perlu dibaiki.

Wallahua'lam

Najib Daud said...

betul betul/
bersangka terbaik itu sangat penting.
:)

tepianmuara said...

>akhyar
yup2.

>aeisyulillah
Pernah terbaca. Ustaz Pahrol tulis juga dalam artikel lama de kot.
Hati 'busuk' tentu sukar bersangka baik.

>W M Najib
senyum juga kawan.
'perkara kecil' satu saat itu kalau silap diurus boleh menimbulkan kekalutan panjang.

ch@ said...

entry yg berbaloi-baloi, terima kasih atas entry ini :)

tepianmuara said...

>ch@
sama-sama kasih. ingatan untuk saya terutamanya.