19 July 2010

Hudud.






Alhamdulillah, kami rata-rata mahasiswa tahun satu JUST berpeluang menunaikan umrah cuti semester lepas. Bertolak tengah hari. Sampai di sempadan hampir waktu maghrib. Waktu panjang semasa bas kami beratur untuk melepasi pemeriksaan ke Saudi,  saya isi antaranya, dengan menulis.
Tiada tajuk, ini hanya tulisan rambang.






Selamat tinggal,
Kulaung dari hati,
Buat mata yang mengerti.

Selamat tinggal,
Telah kau saksikan dalam perlumbaan ini,
esok bersungguh mengejar semalam,
Tanpa sedar,
hari ini yang kecundang.

Selamat tinggal,
Aku pergi bersama harapan,
Perpisahan  ini,
Memaknakan pertemuan nanti.



Pergi; atau sebenarnya pulang?
Hudud Jordan-Saudi
8: 35 malam,
23/6/2010.

___________________________________________________________________
Setelah 10 hari kurang lebih di Haramain, kami dengan berat hati pulang ke Jordan.



Semasa perjalanan, kerana telah 'terlalu penat tidur', saya cuba menghabiskan bacaan 'Risalah Untuk Kaum (Terima kasih Kamal bagi pinjam ). Syed Muhammad Naquib Al-Attas menulis,

" Sebab itu maka kita guna istilah pengalaman-yang terbentuk dari kata serta faham alam itu-dengan maksud pengilmuan; dan kita hanya akan dapat mengalami pengalaman bukan secara memesrakan diri dengan benda yang mensifatkan zahir alam, kerana yang demikian memang mustahil dapat dilakukan- tetapi secara memesrakan diri dengan ma'na.  Maka pengalaman itu tiada lain dari penyerapan ma'na dalam diri, dan oleh itu dia merupakan saluran utama bagi perolehan ilmu."


Seperti yang disebutkan Syed Naquib, pemahaman istilah adalah sangat penting dalam menayangkan pandangan Islam. Bahasa Arab, khususnya, diumpamakan seperti sebuah pohon, yang dari akar kata yang satu akan ada dahan dan ranting yang banyak.

Kemudian saya menulis.


Dan kini,
kusedari,
Tiadalah sebenarnya,
Pengalaman mengajar,
lalu darinya kita mengambil iktibar.

Bahkan,
Seluruh peng-alam-an itulah iktibar,
menyuguh makna dalam diri,
tahu tujuan hakiki.

Pengalaman tidak mesti
dengan panjangnya kehidupan.

Tapi pada upayanya akal,
Sucinya nurani,
Luhurnya pancaindera,
Membongkar makna,
Tiap yang terzahir.

Pengalaman tidak mesti
dengan jauhnya perjalanan.

Tapi hampirnya,
Rahmat dan pimpinan Ilahi.



Hudud Saudi-Jordan,
3:30 petang,
3/7/2010.






________________________________________________________

1.   Hudud atau sempadan, bagi saya, adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Batasan. Garis lukis bayangan atas bumi yang ditetapkan pihak berkuasa. Sering pula berlaku pertikaian apabila melibatkan kepentingan tertentu. Contoh hampir, pemilikan Pulau Batu Putih yang akan mempengaruhi persempadanan Malaysia-Singapura. Dan isu penyerahan blok perairan yang kaya petroleum kepada Brunei yang 'dihangatkan' baru-baru ini.

2.   Sesuatu kawasan, oleh itu, juga sering diertikan dengan sempadannya. Gah suatu empayar dikaitkan dengan luasnya jajahan takluknya. Dari itu, kita juga tahu, Maha Gah tentulah Allah, pemilik alam nan tak terbatas.

4. Kita dicabar melepasi sempadan kemampuan diri dalam menjadi lebih baik. Sempadan kebaikan semalam kita tambahluaskan hari ini.

5.  Selalu pula kita dengar,
"Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan sempadan"


4.  Bagaimana pula dengan batas-batas hukum Allah? Tetapkah aman di dalamnya atau bergerak melampauinya? Soalan untuk diri saya, pertamanya.
________________________________________

Nota1. Gambar adalah hiasan. Diambil sepanjang perjalanan lain sebenarnya.

Nota2.Ha, hari ni, dapat satu peringatan, yang tentunya dari pengalaman.
"Janganlah banyak mengeluh, banyaklah membina"
                                                                  -pesan 'orang lama' Irbid-

Nota3. Curi-curi update. Esok exam. Mohon doanya ya.

11 comments:

Najib Daud said...

goodluckexam!

Anonymous said...

bittaufiq akh.. =)

banyakkan membina, insyaAllah.

mujahidah said...

bittaufiq wannajah hanif..=)

doa dari jauh..Amin..

Mn Salam said...

"Pengalaman tidak mesti
dengan jauhnya perjalanan.

Tapi hampirnya,
Rahmat dan pimpinan Ilahi."

Suka yg ni. Ouitis disitu. Haha~ Jom terus membina.. :)

I'm Seri said...

Salam.

Terima kasih menjejak.

Selamat berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

tepianmuara said...

>WM Najib
Trimas!

>aeisyulillah
Terima kasih.
InsyaAllah.
Ingat lagi misi dan visi sekolah?

>mujahidah
Terima kasih.
moga dekat doanya.
amin.

>Salam Abdullah.
Penangan duduk sebelah kau la tu.
Nak buat jahat pun segan.
haha.
Jom2.=)

Aishah Nur Hakim said...

bagaimana menentukan sempadan hati ek?

tepianmuara said...

>IRIS
mahu belajar dari orang lama.

>Kak Aishah
Cuba tanya diri sendiri.
Jawapan yang akak bakal temui jauh lebih baik dari yang saya mampu beri.
=).

Norashikin Abdullah said...

bestnya berpeluang tunaikn umrah
alhmdulillah :)

Akhyar said...

bez la hanip.
banyak ak blaja dr bait2 ringkas kau,walau panjang,tapi padat.
syukran2,

tepianmuara said...

>Norashikin
Alhamdulillah. Selamat sambung belajar ya.

>Akhyar
'...bait2 ringkas kau,walau panjang,tapi padat...'
kawan, kau nak cakap pendek ya?he
sama2 belajar kan.