I
Saya sangat suka baca memoir, lagi-lagi autobiografi.
Kali ni berpeluang pinjam Abang Madi punya buku, pemberian ayah dia masa pergi umrah bulan lepas, A Doctor in The House.
Seperti yang tertera di atas,
'This is the story of Malaysia as I see it, this is also my story.'
Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia seperti kita lihat hari ini menerima ukiran langsung tangan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun beliau memegang tampuk kepimpinan. Dalam 62 bab, memoir ini membawa kita mengembara sekitar perjuangan kemerdekaan, mentaliti Melayu, kisah-kisah di sebalik dasar-dasar kerajaan, krisis ekonomi 1997, karier politik, dan cabaran-cabaran lain yang dihadapi Tun.
Tentulah, banyak kontroversi yang melanda (mana-mana pemerintahan, apatah lagi yang selama itu) tetapi semua kita rasanya boleh bersetuju Tun Mahathir adalah seorang negarawan besar yang berjasa kepada Malaysia. Buku ini ditulis dengan bahasa yang lancar, mudah difahami, namun sentiasa terisi dengan wit and wisdom. Like an old master, Tun retains his trademark in delivering arguments; simple, yet powerful. Banyak yang dapat kita pelajari. Kita doakan semoga Tun dikurniakan kesihatan yang baik.
But as it is 'suggested' in this book, it's hard to exudes invincibility, cunning ability, rare intelligence, and at the same time, appearing totally 'innocent'. At least, as far as image and perception are concerned.
II
Antara cerita bizarrely hilarious dalam buku A Doctor in The House ini ialah, tentang Spanish Steps.
Spanish Steps, atau nama lainnya, Scalinata della Trinità dei Monti, terletak di kawasan Piazza di Spagna, Rome, Italy.
Ia dinamakan sedemikian kerana ia terletak berdekatan dengan Kedutaan Sepanyol sewaktu pembinaannya.
Kisahnya, lantaran kagum dengan Spanish Steps dalam kunjungan ke Italy, Tun Mahathir mencadangkan sebuah binaan persis sepertinya di Malaysia. ( Seperti timbulnya idea Tugu Negara ). Satu pasukan 'inquiry' pun dihantar untuk mengkaji architecture Spanish Steps ini.
Namun dilaporkan misi ini gagal, kerana binaan tersebut tidak ditemukan oleh pasukan itu.
Sedang sepatutnya mereka ke Rome, Italy, rupa-rupanya mereka pergi ke Spain!
Haha. Epic failure. Rasanya zaman tu belum ada internet.
Di kawasan Piazza di Spagna, di samping Fontana della Barcaccia. Kami terpisah sekejap, nasib baik ada peta.
III
Sedang tertawa dengan kisah di atas, saya teringat satu momen di Italy.
Dalam tren, di hujung perjalanan, dalam keadaan separa lena, saya terdengar senior-senior sekembara dalam sembang mereka,
"Kita kena tolong diorang, diorang first time gi Europe ni."
Sedangkan kami diamanahkan untuk 'lead' di Italy. Tapi kami lebih suka main redah sahaja. Atau sebenarnya malas mengkaji terlebih dahulu. Atau sebenarnya naif tidak tahu keperluan mengenal sesuatu bandar sebelum tiba. Paling jahat melekat dalam kepala tentunya kesengalan (saya) hingga salah tempat duduk di dalam tren ke Venice hingga pindah dua kali, dan episod kejar-kejar keretapi di Naples, juga bukan sekali.
Pernah tidak kalian rasa segan, malu, dan terharu sekaligus serta merta?
Hah, begitulah rasanya ketika itu.
Tapi yang lebih penting tentunya, belajar daripada kesilapan, daripada pengalaman. Dalam kunjungan kedua kami ke Europe, walaupun tidak semuanya smooth sailing, sekurangnya kuranglah 'drama' dan kejadian sengal-sengal.
IV
Sem ini subjek utama kami di universiti ialah Psikologi. Antara yang awal kami pelajari ialah betapa zaman kanak-kanak mempunyai pengaruh besar dalam membentuk karekter dan menentukan hala tuju masa hadapan kita. Perkara yang kita alami sewaktu kecil, menurut sekalian theorists itu, walaupun tidak diingati secara sedar, tetap tersimpan kejap dalam unconscious kita, dan sentiasa menjadi sandaran minda dalam membuat keputusan.
Dalam memoir-memoir yang saya baca, semuanya menyokong, malah membuktikan pendapat ini. Dalam A Doctor in The House, 'lovehate image of White Man' Tun Mahathir ketika kecil dan remaja mempengaruhi dasarnya dengan British dan Amerika kemudian hari. Dipaparkan secara tidak langsung oleh HAMKA dalam Kenang-kenangan Hidup bahawa konflik ibu ayahnya ketika kecil membentuk pandangan awalnya tentang poligami.
For sure it is naive to put it too simply.
Dalam Mencari Jalan Pulang, Kassim Ahmad menulis zaman kanak-kanak diingati dan sering dirindui kerana ianya mudah dan menyenangkan, menyebut pendapat ia sebagai zaman Pra Tanggungjawab. Istilah itu sefaham saya, di samping membawa maksud 'zaman tanpa tanggungjawab', tidak kurang juga bermakna 'zaman bersedia menerima tanggungjawab'.
Pastinya, karekter baik dan terpuji yang mungkin ada pada diri kita telah mula dibina sejak dari zaman kanak-kanak. Penting juga sekira saya untuk kita mengenalpasti karekter baik itu, yang lebih berpotensi diasah kerana terbina pada asas yang kukuh. Tapi yang lebih mustahak ialah bagaimana mengakui, dan berhadapan dengan warisan kelemahan karekter yang turut diakibatkan zaman kanak-kanak itu.
Mustahak, kerana ia jauh lebih sukar.
V
Malam semalam-semalam-semalam, cikgu, kalau ingatan saya tidak salah, dalam ucapannya menyebut,
"Jangan risau, sekali jatuh..."
Kemudian beliau menyambung,
"Mungkin kita akan jatuh lagi."
Hadirin mendengar tergelak, tak sangka sambungannya sebegitu. Saya suka ayat ni. Sudahlah sedang asyik kesandung sahaja belakangan ini. Kesandung dalam usaha mengenal diri.
Malam semalam-semalam pula saya membaca tulisan penutup Buya Hamka dalam Kenang-kenangan Hidup,
"Amatlah sukar bagi seseorang mencari dirinya. Orang lain hanya yang selalu mempermudah mengetahui diri kita. Kalau dia teman dipujinya kita setinggi langit. Kalau dia musuh dihentamnya kita sampai ke petala bumi. Sedang yang harus tahu siapa diri itu ialah diri sendiri. Dan mengetahui diri itulah yang amat sukar.
Betapa banyaknya manusia yang tidak tahu siapa dirinya dan di mana dia harus duduk. Kadang-kadang dipanjatnya pohon dadap kerana di puncaknya ada layang-layang tersangkut. Layang-layang dapat, tetapi dadanya berkelukuran. Kadang-kadang tergenang air di pancuran, demi setelah diperiksa ternyata ada sehelai daun cempedak menghambat di lubang pancuran itu. Si daun cempedak tidak tahu bahawa di sana bukanlah tempatnya."
Susah memang susah, tetapi bahaya lebih besar adalah pabila kita putus asa mencuba.
Tidak kurang bahaya apabila tewas dengan persona, merasa selesa dengan identiti yang sebenarnya bukan kita.
Bak kata Yeom, penghalang untuk kita belajar,
1. Arrogance of knowing the right answer.
2. Prejudice in using our own norm to determine things.
VI
' Menulis adalah satu jalan ekspresi, sebuah tanda hidup.
Sejak ribuan tahun, tulisan mewakili kita, tulisan mewakili manusia.
Namun seperti insan, walau hingga ribuan tahun hadapan,
tidak semua tulisan mengenal Tuhan.'
Saya pernah bertanya, apa beza 'manusia' dan 'insan'?
Setelah beberapa sela masa saya dijawab,
"Mungkin seperti perbezaan 'human' dan 'man'?
Saya tersenyum, lebih daripada kerana jawapan itu turut berakhir dengan persoalan.
Saya tersenyum kerana merasakan benar manusia ditempa dengan jiwa yang sama, walau merentas budaya, merentas bahasa, merentas benua.
Bangsa-bangsa dunia banyak sebenarnya berkongsi peribahasa, pepatah petitih yang memang serupa atau kadang dekat sekali miripnya. Manakan tidak, indera kita sama, jiwa kita sama, cuma kita dihadiahkan dengan masa dan tempat berlainan.
Mengenal bukan hanya dengan membeza-beza, dan menempa nama buat tiap satunya.
Ada yang sepertinya diketahui, tetapi sengaja dibiar tidak dirungkaikan.
Dari itu, sehingga itu, manusia dan insan adalah sama.
VII
Saya suka nombor tujuh. Saya harap yang kelapan nanti lebih baik.
________________
Ni kira tujuh entrilah, hasil tak terdaya menulis bulan-bulan ini.
Sayang semua. =)
Bonne continuation.
Assalamualaikum.
10 comments:
Kejar2 train tu 3adilah kat italy. Kitorg kejar tren kat venice kott. Epik giler. Haha. Sume salah ekal. Best jalan dengan adik-adik ni, kurang sikit segan. Hehe
farhanis,
Korang untung, dapat adik-adik baik stylo camtu.
adui, teringat adegan train mesti rase nak gelak lah. hah
weh, ko rajin komen entri kat blog2 kan, takde tulis sendiri ke?
senyum baca adegen kat italy.
oh sbnrny, nk komen pasal manusia dan insaan..
klu dlu akk igt manusia sama dgn insaan. tp, sbnrny, manusia tu asalnya dr perkataan lupa. nasiya.
insaan, kwn arab akk kata insaan asal katanya bukan nasiya. tp ansa @ uns. try cri maksudnya. klu x silap, kwn akk ckp maksudnya safety cmtu lah lebih krg.
n then, when i search bout insaan, i found this:-
Allah has called man Insaan in the Arabic Language. We are His creation and, undoubtedly He loves us, and wants us to love Him. There are two root words from which the word Insaan can be derived.
The word uns[5], which we derive from anasa, means 'to love' or 'lover'. The other is nisian,[6] which means 'to forget', or 'one who forgets'. Although, both loving and forgetting seems to be opposite qualities, but man possesses both. The very reason of existence is love and the outcome of love is forgetting. When love reaches perfection, the lover forgets everything except the Beloved. He forgets everything that takes him away from his beloved and loves everything that takes him to his Beloved. Those beings are therefore worthy of being called Insaan who love Allah and forget everything that takes them astray. Therefore it is necessary to create an attachment with Allah and forget hatred, disobedience and habits that take one away from Allah. Cultivate habits that the Beloved likes and discard that which the Beloved dislikes.
dr sini: http://www.sufi.co.za/article%20magnetism.htm
menarik juga lah huraiannya~
Ramadhan kareem!~
ini boleh masuk. 2 3 muka juga ni.
Typical malaysian girls blog..segan ah. Raihana je baca blog aku tu :)
farhanis, sebab bunyi feminin sikit (?)
Kak Izzah,
Terima kasih!
sebelum ni, cuma taw sipi2 jelah beza dua perkataan tu, akar mana ia diambil.
terima kasih kak untuk pencerahan ni. sangat menarik.
yang saya tertarik, bagaimana dua perkataan tu bagi 'feel' berbeza. dalam puisi, selalu macam ada 'kata sepakat' antara 'penyair' tentang di mana, bagaimana kedua istilah ni harus digunakan. pembaca, macam faham, tapi saya tak tahu menghuraikan.
dan memang power bahasa arab ni antaranya sebab kesatuan perkataan yang memang boleh kita telusuri akarnya. selama-lamanya pengistilahan itu diikat.
Semoga berkat masa-masa kita Ramadhan ni. Amiin.
(random)
bila kami boleh makan rendang lagi?hah
hazen,
fuhhh.
kene berkampung jugaklah walau macam manapun kalau nak 'siap', dis.
farhanis,
oh.
'Typical malaysian girls'
I wonder, how to define that?
(takyah jawab pun takpe, ha)
haha. aku memang suka rosakkan nama orang.
Kacak kot nama farhan tu
Lambatnya saya buka belog nih!
Dah hapdet banyak entry rupanya!
Puas baca :D
suka sangat tulisan penutup Buya Hamka tu!
Minta izin untuk share :D
Salam Ramadhan :)
anon,
ya, kacak.
aimi,
hah, ingatkan perli, sebab memang bulan ni dan bulan lepas paling sikit entri.
selamat!
habib,
yeah, saya pun sangat suka.
silakan.
selamat untuk ramadhan. =)
Post a Comment