25 April 2014

Laut

Laut China Selatan, tulisan Wani Ardy
(yang aku panggil, Bumi Berani. Haha)

“Kau lari-lari kejar air laut,mestilah lambat laun pasir pantai terlerai. Kau celup badan dan kau selam dan kau selam dan kau selam, baru kau sedar luasnya benda dambaan kau ini. Besar rupanya ia, sampai kau berenang sampai nak patah kaki pun kau tak terteroka semuanya. Kau takkan faham ia sampai bila-bila. Dan ia terlalu penuh untuk meluang masa memahami kau yang cuma manusia bernyawa rapuh yang boleh dimatikan dengan beberapa gelombang bodoh. “

“Kau kata kau mesti berani ambil risiko sedang konsep risiko belum kau faham. Hari ini bila kau dah hidup mati seorang, kau terpaksa telan semua risiko yang kau canang. Kau beritahu aku, macam mana nak berenang merentas Laut China Selatan sambil genggam pasir dua belah tangan?”

Laut. Camnilah yang aku rasa masa terapung sorang-sorang tengah-tengah Blue Hole, Dahab. Sejak itulah aku kalah minat pada metafora laut. Sebesar mana pun kau, kau takkan pernah faham laut. Dia boleh telan kau bila-bila masa.

Tapi laut pun indah. Terapung seorang, kau takluk melihat panahan cahaya, dan ikan-ikan mesra. Ada irama entah dari mana. Tapi biar kau tanya diri kau betul-betul, kau sanggup mati kerana keindahan?


Ah, jangan risau,kawan. Jalan saja. Nanti kita mati sama-sama. Haha.

20 April 2014

Teater: Si Amanu II



Love, love you guys!


.....Persembahan berlangsung. Debar kami dari awal pembikinan skrip dilunaskan oleh persembahan mantap para pelakon. Seisi dewan gamat dengan tawa dan tepuk. Di sebalik itu, tetaplah harapan kami dan seluruh ahli teater, agar mesej yang kami usahakan selamat sampai kepada penonton. Seperti disebut oleh watak ‘Hantu’ dalam teater ini, “Filem berat? Kalau penonton tak minat sebab berat, kita ringankanlah tuan pengarah...Kita ringankan jalannya, tapi bukan ringankan maksud dan tujuannya.”

Mudah-mudahan usaha kami ‘meringankan jalan’ tidak terjerumus dalam pengkhianatan pada maksud dan tujuan.


__________________________

Pergh. Camni rasanya bekerjasama dengan enam puluh orang buat kerja. Sebulan berhempas pulas. Alhamdulillah semua selamat. Moga semua berkat. =)





15 April 2014

Undying



Lingwu Chung. Buah hati saya dan adik-adik masa kecik.

Undying (Richie Jen)
Bear open my chest, let my heart burn under the scorching sun
Burn a seal to remember your merits, and never forget
Even if my head's broken and bleeding, I'll protect you to the ends of the earth
This word "love"-- I'm bold enough to use my whole life to repay it

The fierce wind blows, the ocean roars, a sincere person is undying
No matter how big the earth or high the heavens, in my life I'll only reply with "good"
Cry without restraint, laugh without restraint, the pain of joy is undying
This life, this moment, I only request that you know

A world of ice and snow, I pour icy water over my head (without restraint)
Extinguish the longing, the last place I felt a warm embrace
For whom, were you willing to let your heart become a lonely island?
Open your two hands wide, don't rely on floating on the wind from now on

It's easy to be drunk from the wine of parting, men only bleed they don't cry
Finish your cup, then bid farewell without restraint.



11 April 2014

Pakde

Bulan lepas, pakcik saya datang sini. Jordan. Selalunya saya sangat awkward bila nak sembang dengan orang, lagi-lagi orang tua. Pakcik selalu dapat buat saya selesa. Pakcik boleh nampak ruang, dan lagi best, dapat create ruang untuk sembang. Saya suka elemen nasihat dalam cerita dia. Antaranya, yang saya ingat, masa kami baru nak bertolak untuk jalan-jalan ke Jerash,

" Masa kita mula-mula merdeka, masa mula nak mengisi kemerdekaan, banyak post-post penting dalam pentadbiran, yang terlibat dalam penyusunan dasar ini dipegang oleh orang-orang yang bukan ahlinya, tak cukup ilmunya.

Semuanya masih ikut telunjuk British, idea-idea mereka. Orang putih ni masih dianggap sangat superior.

Generasi Anip nanti dah tak macam tu. Semuanya dah qualified. Cukup pengetahuan dah.

Cuma yang Pakde nampak, semua potensi ni boleh habis kalau generai ni bergaduh sesama sendiri. Musuh goyang kaki."


----------------------

Draft tahun lepas ni. Mulanya nak pendam sebab nak tambah lagi, alih-alih tinggal dan lupa. Haha.

10 April 2014

mende ntah


Yang aneh-aneh. Mimpi.

Menarik rotation family med ni. Rasa macam patah balik sekolah menengah.
Pagi pukul 8 ada kelas. Selang dengan rehat. Lepas tu, masuk klinik 'teman' doktor melayan pesakit. Rehat lagi. Sambung petang satu kelas lagi.

Pergi balik jalan kaki hampir 1kilo dari rumah. Oh, aku nak tulis pasal apa sebenarnya tadi?

Sekolah menengah. Haah, sebab 2minggu ni macam berehat. Dalam kelas aku khayal. Balik rumah petang baca novel. Malam pergi 'kelas' teater. Entah, rasa macam carefree. Macam dulu. Macam mimpi.

Tempat kosong yang perlu kita isi. Masa. Hidup kita sendiri.
“Bacalah kitabmu. Cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu.”

It feels like I'm about to pay the price though. 4 hari lagi nak exam, baru bercempera nak mula studi.

Tolong doakan ya selamat semua. =)