23 October 2014

-

Sebenarnya

"Bukankah lebih baik kita kekal begini
mengapa kau ingin lebih berani?"

Mungkin kerana kau cantik, dan kau baik.
Mungkin aku kehabisan pilihan dan kau tunggal belum memberi jawapan.
Mungkin kerana aku suka bagaimana senyum lincahmu menghangat ketenangan,
bagaimana pipimu merah diusik rindu, bagaimana marahmu mengundang cemas dadaku.
Mungkin kerana aku tak lagi mahu mencuri pandang bucu matamu,
melihat keindahan terjaga dan merasa bersalah untuk itu. Mungkin kerana
bintang-bintang yang kita namakan malam itu dengan nama yang cuma
kita tahu, terlalu sering meneriakkan kata-kata yang aku sembunyikan darimu.
Mungkin ini balasku setelah diam tika kau tanyakan antara bayu dan hujan,
antara kelip-kelip dan bulan, antara laut dan awan; bahawa aku memilihmu
lebih dari semua pilihan.
Mungkin aku hanya ingin tahu,

"Kita sudahpun begini,
mengapa kau tak ingin lebih berani?"

Morning report Surgery
14 September 2014


5 comments:

al said...

*two thumbs up*

Rossarina™ said...

Keep conteng-ing ur notes with poem, Anip! Nanti dah keje hanya tidur yg difikirkan. Haha.

tepianmuara said...

al,

thanks!


Kak Arina!
yeahhh, bulan-bulan akhir ni pun debar-debar je. Rasa macam akan hilang kebebasan hidup. haha.

doakan ye kak, selamat grad dan boleh menulis. heh


Kak Aishah,
angguk senyum.

Mn Salam said...

nak komen jugak lahhh

tepianmuara said...

ah, ley!

hmmm, nak jemput2 lagi tau hujung minggu. haha