27 February 2015

Conteng Rambang II

(Dari buku berlatar senja dan ‘bangau’ pulang.)



Apa yang membezakan kita?
Bagaimana sampai aku adalah aku
dan kau adalah kau?

Tentulah kita masih tertanya-tanya
kerna nyata kita belum tiba.
Saktenane.




Saya memilih untuk tidak membalas, di sini.
Atau di mana-mana, buat masa ini.
Saya memilih untuk tidak memilih.
(Baca balik, alahai bangangnyaaaaa. Haha)




Kat syurga nanti mesti
internet speed tinggi kan,
takyah nak bayar
takde kerenah Orange.




“The reason the willow weeps
It weeps for the one you miss
It weeps for the colours faded
It weeps for sunrise
It weeps so hard
and so much and so often
so you don’t have to.

So you can carry on.”
(Kutip dari blog akak tulip biru, beliau petik dari mana tak tahu.
Sori kak, kami sekeluarga tak sempat hadir tempoh hari, moga terus berbahagia!)



“Both of you are products of miracle.
Our differences are only skin deep.”
Dr Zabidi Adzhar


I wouldn’t be here, if I haven’t been there.



Mengapa kautuliskan rehat
pada wajahku yang penat?



Setiap helai kosong
adalah potensi dan peluang.

Setiap helai (hati) kosong
adalah potensi dan peluang.



“Berlayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang.”

“Kalau menurut biar berakal
Kalau mengikut biar pintar.”

(Dua-dua atas ni daripada PGL)



Tujuh manusia tanpa kemanusiaan
tujuh perempuan satu keperempuanan
diam, dan memerhati tajam.
(Jangan tanya, sumpah aku pun tak faham. Hah)



Langkah dengan perlahan
dentum-dentumkan
hatimu pada kebaikan.



Ia terbang terlalu tinggi
Ia menyelam terlalu dalam.
(Ntah, dari Let Her Go rasanya.)



Adakah ‘kemanusiaan’ punya apa-apa makna
atau sekadar istilah ciptaan yang mengelirukan?




Manusia selalu mesra dengan tanda tanya
ada terlupakan oleh usia
ada hadir bersama usia
ada yang mati menggenggam tanya.




Dia bukan perlu penjelasan,
dia perlu masa.




Nabi mesti tak pernah makan nasi lemak kan.
Nanti nak masakkanlah untuk Nabi. Kena buat kurang pedas lah tapinya.




Sekian tahun berlalu, usia bertambah
apa yang membuat engkau dekat
apa yang membuat engkau kuat?

Kau datang tanpa apa-apa.
Sampai-sampai, kau menyewa  sebuah rumah dengan percuma.
Kau akan pergi tanpa apa-apa.
Siapa kau sebenarnya?




Pokok meranti sayur meranti
Awak menanti saya menanti;
Kanan duri kiri pun duri
Saya mencari awak berlari.










25 February 2015

conteng rambang, macam biasa, dalam buku nota pelajaran, nota hidup aku hari-hari.

Malam ini pekat, hujan mencairkannya.
Rindu ini dekat, hujan menghanyutnya.



Kelembutan telah sampai pada tulisannya
mengalir, mengalir sampai dalam
sampai hujungnya muara.



Sebenarnya apa yang pernah kita pilih untuk diri sendiri?
Makan tengah hari semalam, sarapan pagi tadi?




Hos bagi lagu, Gracias a la Vida, aku tengok lirik, suka. Lalu aku tuliskan perkara seakan sama.
Terima kasih Tuhan untuk mata tersenyum yang pernah sekilas kutatap suatu waktu dahulu.
Untuk bintang terang di atas sana dan di bawah telapak kaki kita.
Untuk suara dan deria, untuk kata; dengannya aku mengutus jiwa dan menjemputnya semula.
Untuk tempat-tempat yang kujejaki, segala yang bersamaku, yang kutemukan dalam perjalanan.
Untuk degup jantung ini, rentaknya sendiri.
Untuk tawa dan tangis, bahagia dan duka
dengan keduanya aku berjalan, berlari dan terbang
dalam kehidupan.
Terima kasih Tuhan, memilih menjadikan aku.



Tragedi. Teh sejuk semalam, siapa nak minum?



Bagaimana menuliskan puisi cinta yang tak peribadi?
‘A cry for lack of meaning’




Malam ini, rindu itu datang lagi.
atau sebenarnya
ia tak pernah pergi.



Mungkin kita harus memilih satu mimpi.
Hari peperiksaan. Kau di sana, menangisi kepulangan dirimu dan apa yang kau tinggalkan.
Apa yang kau baru pasti dari sebuah persoalan. Aku yang tak pernah memberi jawapan.
Antaranya, kilatan kata-kata semata.




Tasbih di hujung katil
saksi subuhku yang terlewat,
buku terbuka
timbunan kertas
pentas usiaku bernafas.





Keliru, dan merasa keliru dalam kekeliruan.
Pecahkan semuanya, hingga tinggal hanya empat, kemudian tiga, kemudian dua.
Dari dua, eluslah kemungkinan itu, dengarkan getarnya.
Kau sanggup hidup dengan yang mana?
Setelah itu. Setelah itu. Teruslah hidup.
Biarlah pilihan kedua menjadi hidupmu yang ditinggalkan,
tapi turut diraikan dalam kenangan. Hanya kenangan.




Mimpi malam tadi.
-Jalan-jalan Tanjong Karang, lawa!
-Lori terbang angkut kerang
-Tanya tapi tak jawab
-Piknik dengan Mak dan Mak Ani
-Ular tepi jalan dah mati



Tentang ISS. Macam mana eh hidup di angkasa selama setahun, bertahun-tahun. Attached, tapi..
Hidup di luar Bumi. Bagimana memandang 'kehidupan' dari kejauhan?



Kecik-kecik dulu rajin membaca, besar-besar bergadang malasnya.




Ada rangkap yang tak habis
Ada rindu yang telah terhakis.




Hari ini pagi cerah, petang mendung, malam bintang terang.
Hidup adalah himpunan hari-hari yang berbeza warnanya.





Paku pakis tumis.
‘Manusia satu itu muncul lagi. Apa khabar dia?
‘Sementara itu, mungkin cuma laut biru yang tahu.’
Hariku mencari manfaat buat diri sendiri
menulis kata-kata dan melepaskan segalanya.




Saya percaya Tuhan sangat mudah tersentuh
dengan random act of kindness.






Untuk setiap jiwa yang menemukan akhir
Dan setiap jiwa yang redha dengannya.

Bahkan tiada yang kita peluk
Mampu benar kita takluk.

Terima kasih dari dunia.
Semoga terus kuat, kawan.





Bayang adalah batas cahaya
Ia telah tiba, menemui tujuannya.




Bunga, mengapa cemburu dengan masa
Ia juga tak punya selamanya.




Semasa mendengar berita kematian Tok Guru Nik Aziz, aku rasa ramai menangis. Di hujung hari, ini tertulis,
hujan yang jatuh
dari perjalanan jauh

suatu kebanggan buat kami
dalam percik zaman ini
kita pernah berkongsi
hayat yang sama.



Remaja, kalau hidupnya tak penuh dengan berjuang
penuhlah hidupnya dengan memikirkan perempuan.

Haha. Habis tu, buku dan kawan-kawan?


A Samad Said, Cinta Fansuri,

"Cinta pertama itu tetap unggul,
mencakar-cakar kerinduan dan
kenangan, menyembunyi dan
merahsiakan sebahagian keanehannya, dan
akhirnya menjadi sukar dimengerti,
apalagi disambung."


Culik

Pakde; mengulas  mesej whatsapp tentang ‘van penculik’. Dalam mesej itu, disebutkan bahawa van yang seakan-akan van sekolah itu akan tiba lebih awal di depan rumah pelajar, untuk menjemput mereka ke sekolah. Kerana awas dan curiga, seorang atuk berjaya menyelamatkan cucunya daripada menjadi mangsa penculikan.
Sahih tidak sahih saya tidak tahu, di sini saya cuma mahu memberitakan respon Pakde.

“Tahniah kepada atuk yang sangat prihatin terhadap cucunya. Ambil kisah dan contohi atuk itu. Dan semangat prihatin itu tidak harus berhenti di van sahaja malahan harus juga kita prihatin tentang perjalanan dan ‘driver’ van di sekolah yang sebenarnya membawa cucunya ke destinasi yang lebih penting iaitu destinasi penghidupan.

Kita harus juga pastikan tiada ‘pencolekan’ berlaku dalam pendidikan anak-anak kita di sekolah. Untuk anak-anak yang sedang belajar di dalam dan luar negeri dapatkanlah lessen memandu yang sah dan van yang bagus supaya anda dapat membawa adik-adik dan anak-anak bangsa kita ke destinasi yang sudah ditentukan dan diredhai Allah.

Janganlah mereka nanti dicolek oleh pendidik yang tidak bertanggungjawab dan mengikut haluan yang sesat menuju destinasi yang bernama neraka.

Ya Allah, berikanlah kami taufik dan hidayah untuk memilih jalan yang lurus menuju destinasi yang Kau redhai. Jauhilah kami dari terperangkap oleh pencolek pendidikan.”

Pencolek pendidikan.
Memandang dan menilai diri sendiri hari ini, apa agaknya pendidikan yang telah kita terima? Mana hala tujunya, mana laluannya?
Siapa yang telah mencolek masa, harta, dan jiwa anda? (kalau bukan juga anda sendiri. Hah)
Kepada yang tersedar sedang diculik, carilah jalan keluar.
Kepada yang menculik, buatlah kerja culikan baik-baik, culiklah dengan penuh berwibawa dan sistematik, agar orang nantinya tahu, sekali pandang salah itu putih dan benar itu kelabu.
Kepada yang tak tahu diculik, tentunya tulisan ini tidak sampai kepada anda. Haha

“Alhamdulillah, saya belum habis belajar lagi.”
Sebab belajar memang takkan habis, pendidikan adalah proses berterusan, hasil semalam untuk modal esok, sampai kaya terdidik, sampai saat kita bertemu Tuhan.


Ah, tak reti lah tulis skema-skema ni.
Selamat malam, pesan saya, tewaskan jet lag sebelum terlambat. Hahaha