25 February 2015

Culik

Pakde; mengulas  mesej whatsapp tentang ‘van penculik’. Dalam mesej itu, disebutkan bahawa van yang seakan-akan van sekolah itu akan tiba lebih awal di depan rumah pelajar, untuk menjemput mereka ke sekolah. Kerana awas dan curiga, seorang atuk berjaya menyelamatkan cucunya daripada menjadi mangsa penculikan.
Sahih tidak sahih saya tidak tahu, di sini saya cuma mahu memberitakan respon Pakde.

“Tahniah kepada atuk yang sangat prihatin terhadap cucunya. Ambil kisah dan contohi atuk itu. Dan semangat prihatin itu tidak harus berhenti di van sahaja malahan harus juga kita prihatin tentang perjalanan dan ‘driver’ van di sekolah yang sebenarnya membawa cucunya ke destinasi yang lebih penting iaitu destinasi penghidupan.

Kita harus juga pastikan tiada ‘pencolekan’ berlaku dalam pendidikan anak-anak kita di sekolah. Untuk anak-anak yang sedang belajar di dalam dan luar negeri dapatkanlah lessen memandu yang sah dan van yang bagus supaya anda dapat membawa adik-adik dan anak-anak bangsa kita ke destinasi yang sudah ditentukan dan diredhai Allah.

Janganlah mereka nanti dicolek oleh pendidik yang tidak bertanggungjawab dan mengikut haluan yang sesat menuju destinasi yang bernama neraka.

Ya Allah, berikanlah kami taufik dan hidayah untuk memilih jalan yang lurus menuju destinasi yang Kau redhai. Jauhilah kami dari terperangkap oleh pencolek pendidikan.”

Pencolek pendidikan.
Memandang dan menilai diri sendiri hari ini, apa agaknya pendidikan yang telah kita terima? Mana hala tujunya, mana laluannya?
Siapa yang telah mencolek masa, harta, dan jiwa anda? (kalau bukan juga anda sendiri. Hah)
Kepada yang tersedar sedang diculik, carilah jalan keluar.
Kepada yang menculik, buatlah kerja culikan baik-baik, culiklah dengan penuh berwibawa dan sistematik, agar orang nantinya tahu, sekali pandang salah itu putih dan benar itu kelabu.
Kepada yang tak tahu diculik, tentunya tulisan ini tidak sampai kepada anda. Haha

“Alhamdulillah, saya belum habis belajar lagi.”
Sebab belajar memang takkan habis, pendidikan adalah proses berterusan, hasil semalam untuk modal esok, sampai kaya terdidik, sampai saat kita bertemu Tuhan.


Ah, tak reti lah tulis skema-skema ni.
Selamat malam, pesan saya, tewaskan jet lag sebelum terlambat. Hahaha


No comments: