Malam ini pekat, hujan mencairkannya.
Rindu ini dekat, hujan menghanyutnya.
Kelembutan telah sampai pada tulisannya
mengalir, mengalir sampai dalam
sampai hujungnya muara.
Sebenarnya apa yang pernah kita pilih untuk diri sendiri?
Makan tengah hari semalam, sarapan pagi tadi?
Hos bagi lagu, Gracias a la Vida, aku tengok lirik, suka.
Lalu aku tuliskan perkara seakan sama.
Terima kasih Tuhan untuk mata tersenyum yang pernah sekilas
kutatap suatu waktu dahulu.
Untuk bintang terang di atas sana dan di bawah telapak kaki
kita.
Untuk suara dan deria, untuk kata; dengannya aku mengutus
jiwa dan menjemputnya semula.
Untuk tempat-tempat yang kujejaki, segala yang bersamaku,
yang kutemukan dalam perjalanan.
Untuk degup jantung ini, rentaknya sendiri.
Untuk tawa dan tangis, bahagia dan duka
dengan keduanya aku berjalan, berlari dan terbang
dalam kehidupan.
Terima kasih Tuhan, memilih menjadikan aku.
Tragedi. Teh sejuk semalam, siapa nak minum?
Bagaimana menuliskan puisi cinta yang tak peribadi?
‘A cry for lack of meaning’
Malam ini, rindu itu datang lagi.
atau sebenarnya
ia tak pernah pergi.
Mungkin kita harus memilih satu mimpi.
Hari peperiksaan. Kau di sana, menangisi kepulangan dirimu
dan apa yang kau tinggalkan.
Apa yang kau baru pasti dari sebuah persoalan. Aku yang tak
pernah memberi jawapan.
Antaranya, kilatan kata-kata semata.
Tasbih di hujung katil
saksi subuhku yang terlewat,
buku terbuka
timbunan kertas
pentas usiaku bernafas.
Keliru, dan merasa keliru dalam kekeliruan.
Pecahkan semuanya, hingga tinggal hanya empat, kemudian
tiga, kemudian dua.
Dari dua, eluslah kemungkinan itu, dengarkan getarnya.
Kau sanggup hidup dengan yang mana?
Setelah itu. Setelah itu. Teruslah hidup.
Biarlah pilihan kedua menjadi hidupmu yang ditinggalkan,
tapi turut diraikan dalam kenangan. Hanya kenangan.
Mimpi malam tadi.
-Jalan-jalan Tanjong Karang, lawa!
-Lori terbang angkut kerang
-Tanya tapi tak jawab
-Piknik dengan Mak dan Mak Ani
-Ular tepi jalan dah mati
Tentang ISS. Macam mana eh hidup di angkasa selama setahun,
bertahun-tahun. Attached, tapi..
Hidup di luar Bumi. Bagimana memandang 'kehidupan' dari kejauhan?
Kecik-kecik dulu rajin membaca, besar-besar bergadang
malasnya.
Ada rangkap yang tak habis
Ada rindu yang telah terhakis.
Hari ini pagi cerah, petang mendung, malam bintang terang.
Hidup adalah himpunan hari-hari yang berbeza warnanya.
Paku pakis tumis.
‘Manusia satu itu muncul lagi. Apa khabar dia?
‘Sementara itu, mungkin cuma laut biru yang tahu.’
Hariku mencari manfaat buat diri sendiri
menulis kata-kata dan melepaskan segalanya.
Saya percaya Tuhan sangat mudah tersentuh
dengan random act of kindness.
Untuk setiap jiwa yang menemukan akhir
Dan setiap jiwa yang redha dengannya.
Bahkan tiada yang kita peluk
Mampu benar kita takluk.
Terima kasih dari dunia.
Semoga terus kuat, kawan.
Bayang adalah batas cahaya
Ia telah tiba, menemui tujuannya.
Bunga, mengapa cemburu dengan masa
Ia juga tak punya selamanya.
Semasa mendengar berita kematian Tok Guru Nik Aziz, aku rasa
ramai menangis. Di hujung hari, ini tertulis,
hujan yang jatuh
dari perjalanan jauh
suatu kebanggan buat kami
dalam percik zaman ini
kita pernah berkongsi
hayat yang sama.
2 comments:
Marry me Juliet
Mende bro?
Post a Comment