(Dari buku berlatar senja dan ‘bangau’ pulang.)
Apa yang membezakan kita?
Bagaimana sampai aku adalah aku
dan kau adalah kau?
Tentulah kita masih tertanya-tanya
kerna nyata kita belum tiba.
Saktenane.
Saya memilih untuk tidak membalas, di sini.
Atau di mana-mana, buat masa ini.
Saya memilih untuk tidak memilih.
(Baca balik, alahai bangangnyaaaaa. Haha)
Kat syurga nanti mesti
internet speed tinggi kan,
takyah nak bayar
takde kerenah Orange.
“The reason the willow weeps
It weeps for the one you miss
It weeps for the colours faded
It weeps for sunrise
It weeps so hard
and so much and so often
so you don’t have to.
So you can carry on.”
(Kutip dari blog akak tulip biru, beliau petik dari mana tak
tahu.
Sori kak, kami sekeluarga tak sempat hadir tempoh hari, moga
terus berbahagia!)
“Both of you are products of miracle.
Our differences are only skin deep.”
Dr Zabidi Adzhar
I wouldn’t be here, if I haven’t been there.
Mengapa kautuliskan rehat
pada wajahku yang penat?
Setiap helai kosong
adalah potensi dan peluang.
Setiap helai (hati) kosong
adalah potensi dan peluang.
“Berlayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang.”
“Kalau menurut biar berakal
Kalau mengikut biar pintar.”
(Dua-dua atas ni daripada PGL)
Tujuh manusia tanpa kemanusiaan
tujuh perempuan satu keperempuanan
diam, dan memerhati tajam.
(Jangan tanya, sumpah aku pun tak faham. Hah)
Langkah dengan perlahan
dentum-dentumkan
hatimu pada kebaikan.
Ia terbang terlalu tinggi
Ia menyelam terlalu dalam.
(Ntah, dari Let Her Go rasanya.)
Adakah ‘kemanusiaan’ punya apa-apa makna
atau sekadar istilah ciptaan yang mengelirukan?
Manusia selalu mesra dengan tanda tanya
ada terlupakan oleh usia
ada hadir bersama usia
ada yang mati menggenggam tanya.
Dia bukan perlu penjelasan,
dia perlu masa.
Nabi mesti tak pernah makan nasi lemak kan.
Nanti nak masakkanlah untuk Nabi. Kena buat kurang pedas lah
tapinya.
Sekian tahun berlalu, usia bertambah
apa yang membuat engkau dekat
apa yang membuat engkau kuat?
Kau datang tanpa apa-apa.
Sampai-sampai, kau menyewa
sebuah rumah dengan percuma.
Kau akan pergi tanpa apa-apa.
Siapa kau sebenarnya?
Pokok meranti sayur meranti
Awak menanti saya menanti;
Kanan duri kiri pun duri
Saya mencari awak berlari.
6 comments:
“Berlayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang.”
“Kalau menurut biar berakal
Kalau mengikut biar pintar.”
(Dua-dua atas ni daripada PGL)
PGL as in puteri gunugn ledang?
Tujuh manusia tanpa kemanusiaan
tujuh perempuan satu keperempuanan
diam, dan memerhati tajam.
yang ini siapa punya?
thank you in advance :)
Aah, movie Puteri Gunung Ledang.
Dialog2 ni ditutur M Nasir kalau tak silap.
Saya tulis. Jumpa semula dalam buku. Tapi maksudnya sekarang saya pun tak tahu. Haha
saya tersenyum sorang2 di dalam perpustakaan baca tulisan kamu. addicted.
teruskan menulis!
Harap buku-buku di perpustakaan turut sama tersenyum. Haha.
Tolong doakanlah boleh terus menulis, dan yang ditulis perkara yang baik.
Mekasihh.
kamu dah selesai exam?
may Allah ease all your hardship.
saya dah (alhamdulillahhh) habis exam. sebelum tamat final haritu, ada niat nak belajar menulis dari kamu.
boleh ke?
saya sebenarnya cuba (untuk) menulis dengan baik macam kamu tapi selalunya akan terhenti selepas habis ayat pertama.
pernah terbaca: "..tulislah apa2 sahaja yang terlintas di hati atau fikiran,"
tapi..bila ulang baca tak seindah tulisan kamu
belum lagi, ada banyak lagi ni. habis nanti hujung bulan lima insyaAllah.
Belajar menulis? hahaha. Saya memang tak reti laa. Tapi nasihat yang saya boleh bagi untuk sesiapa nak menulis, termasuk diri sendiri ialah banyakkan baca karya orang lain.
Baca karya penulis yang kita minat. Lepas tu, ikuti susur galurnya. Maknanya penulis yang kita minat tu, minat penulis mana pula. seterusnya, hingga ke atas.
Selamat bermula, selamat berjaya! =)
Post a Comment