(dari buku merah-oren-kuning)
Makmal puisi
terbakar hari ini
yang tinggal cuma
sepatah kata
yang lusuh makna.
(Puisi Utusan Ibu di Malam Aidil Adha, Aku di Queen Alia
Airport Menanti Flight Pulang yang Tidak sedikitpun Ibu Tahu.)
Setiap kali dia hadir di sisi,
menyusupresapi nurani
yang kerap tandus dengan harga
sebuah tulus.
Dialah pengorbanan
bersendikan kesabaran.
Tahun demi tahun azam menguntum
wanita dan lelaki tetap punya impi
mencari suatu realiti bukan lagi ilusi
jadi Islam sejati.
Saat kalian di kejauhan
mama hanya mampu menadah tangan
bersama alunan takbir santunan zikir
tanda kasih terus terukir
selamanya tak pernah berakhir.
2.40 Pagi, adha pertama.
“It can really be seen, if it’s not deep enough.”
“But this estranged organ in my chest,
still beats for you.”
(Dari lagu Mar)
Setelah aku, siapa lagi akan kauhadiahkan
senyuman itu?
alam luas, ilmu terbatas
ilmu luas, alam terbatas
tinggal satunya Tuhan
terluas, tertakterbatas.
Janganlah risau nasi menjadi bubur
sampai tidak ditanak beras di dapur.
Dalam budaya memang tiada garis sempadan jelas. Sebab kita
manusia sentiasa berinteraksi, saling belajar, sama-sama tumbuh dan berubah.
Cuma hari ini, ‘ancamannya’, kita bergerak ke arah satu
budaya yang sama, kerana mudahnya rangkaian komunikasi. Hingga tiada lagi yang
unik, yang istimewa.
Atau, perkara ini tidak perlu dirisaukan. Manusia sentiasa
ada tindak balas berbeza atas perkara sama. Entah.
Tapi apapun biarlah kita kekal berbeza, tidak semata membeza-bezakan.
Bagaimana menulis puisi untukmu
sedang malam terlalu segan
dan siang terlalu penyantun.
Dari mana kata-kata akan datang
bertemu dan berhimpun?
kelip-kelip dan malam
kelip-kelip dan hutan
kelip-kelip dan bulan
kelip-kelip dan muara
(Semasa menulis ‘Sebenarnya’, saya tidak tahu mahu
menggandingkan kelip-kelip dengan apa,
lalu saya menyenaraikan pilihan; malam, hutan, bulan, muara.
Entah, antara yang terjumpa ini, cuma gandingan bulan yang
terasa berdenyut.
Lalu bulan saya pilih.)
A dalam ukuran apa?
-memadam keresahan daripada menyala
-bagaimanapun, kita akan memilih bahasa apa dalam tutur
kita? Lunak mesra atau tajam menghiris?
-Sekurangnya biarlah kau yakin tanpa perlu merasa besar.
Biarlah kau kecil tanpa merasa terhina.
Satu yang saya tak lupa; Teacher Iqma minta kami memilih
satu antara lima tajuk untuk dikarang. Ala-ala latihan SPM. Saya pilih one-word
tittle, ‘Rain’. Beberapa kelas kemudiannya, teacher ulas tulisan kami. Tentang
tulisan saya, antara selingan potongan ayat yang teacher sebut, “beautiful
language…. but without direction…. I wouldn’t give this an A.”
Hah, merah padam
segan malu debar-debar tunduk-tunduk saya dibuatnya. Malu depan (belakang)
kelas. Memang betul pun, saya menulis karangan itu hanya kerana saya suka
hujan, tanpa ingin menyampaikan apa-apa.
Dan saya belajar, saya boleh buat lebih baik.
Satu lagi saya tak lupa; Teacher Iqma pernah minta kami
sekelas menyiapkan satu mind map tentang ‘a story you want to write’. Atau
begitu seingat saya. Just a simple mind map, a story line. Exposition, rising
action, climax, falling action, resolution.
Saya tulis sesuatu tentang perang zaman silam, seorang hero yang tiba-tiba muncul pada saat genting,
tika pasukan sudah hampir tewas. Tanpa penamat.
Biasa. Tiada yang istimewa.
Klise. Entah saya ciplak dari mana.
Cuma di bawah kertas itu, teacher buat bintang, dan menulis
lebih kurang,
“Good story line. I’m looking forward to read it(!)”
(Bila fikir balik, agaknya memori saya suka hati menambah
tanda seru di hujung ayat. Haha)
I still remember how that made me smile. A ‘sudden onset,
continuous, progressive’ smile.
The story never gets written.
Tapi itu buat saya bermimpi.
Untuk menulis.
No comments:
Post a Comment