I love you a lot.
Just like I love books.
Maybe a little bit less.
Kerisauan penyair.
Kerisauan seorang ayah.
Saya serahkan buku ini
pada nilai terendahnya.
Ajaib sungguh manusia
bisa membuat Tuhan murka.
(Tulis sebab tertanya-tanya keistimewaan manusia, lepas
tulis rasa bersalah pula.)
Nah, burung kecil itu, harus kuhalau
atau kutonton sahaja?
“Cahaya suci riwarna pelangi
harum sekuntum bunga rahsia
menyinggung daku terhantar sunyi
seperti hauri dengan kepaknya.”
“Aduh, kasihan hatiku sayang
alahai hatiku tiada bahagia
jari menari doa semata
tapi hatiku bercabang dua.”
(Dua rangkap ini ditulis Amir Hamzah, antara penyair favorit
saya.)
Bagaimana agaknya penyair-penyair di dalam neraka,
masihkah bisa berbahasa?
Siapa mendengarkan?
Atau tinggal hanya sesal diam yang panjang.
Ya Allah!
Si penyair risau
dunia tak lagi indah.
Si penguasa risau
dunia tak lagi mudah.
Hidup orang yang malas, memang malas.
Hidupnya pun ditulis oleh orang lain.
(Tapi kalau orang lain yang tulis, maknanya dia power la
kan. Haha)
Ia mengucup tanganmu, matanya memerah,
“terima kasih, terima kasih.”
“Because I’m good, because I’m qualified.”
Seronok dengar Musa Hitam memberi pesan, seperti paman-paman
yang mesra, sungguh-sungguh mahu kebaikan buat anak buahnya.
Osce dan penantian.
Misteri.
Debarnya menunggu.
Tak bersedia, dan boleh ditembak di mana-mana.
Bantuan boleh jadi tak semena-mena.
Akhirnya yang ditanya,
‘ectopic kidney’, ‘tertelan biji tembikai’.
Celah mana nak tahu!
“We accept the love we think we deserve.”
Teringat Kugy, eh Hermione, eh Emma.
Masa muda untuk buat silap.
Masa tua untuk berehat.
“Bisa jadi suatu saat akan menjadi jelas bahawa peradaban
merupakan tingkat kehidupan yang paling akhir dan menjadi titik bagi langkah
pertama menuju kerosakan.”
“Manusia adalah anak kebiasaan-kebiasaannya sendiri dan anak
segala sesuatu yang ia perbuat. Dia bukanlah produk dari tabiat dan
temperamennya.”
(Dua-dua atas ni quote dalam Mukaddimah Ibnu Khaldun,
terjemahan Indonesia penerbit dah lupa.
Aku tak tau apa keza ‘kebiasaan’ dan ‘tabiat’. Apa agaknya
kata asal dalam bahasa Arab ya.)
Dan kita tahu, saat semua perlambangan
telah habis digunakan menurut hasrat
masing-masing, yang tinggal akhirnya
hanya dua; dirimu dan makna.
Salju menjadi salju
kerna tak membeku
tetapi meluruh.
Rindu menjadi rindu
kerna tak tergapai
tetapi sampai.
Penyair mungkin diadili dengan kata-kata yang bukan
ilhamnya,
yang diusahakan, dicarisuaikan sungguh-sungguh,
bagai memilih pengapit buat sepasang pengantin
yang sudah segak menanti di laman.
Mungkin juga kadang, ilham terjadi berkali-kali dalam satu
puisi.
Untunglah. Haha.
“menyampah pada luahan, omelan muda mudi tentang hasrat tak
kesampaian.”
Haha
Apa yang sampai membezakan
bulan dan mentari?
Apa yang sampai menampilkan
mimpi malam ini?
Bulan kecil, tetapi dekat
mentari gah, tetapi jauh.
Setelah membaca Fire and Ice, oleh Robert Frost.
Fire destroys. Api memusnah, atau begitu fikir kita.
Yang terbakar bertukar rupa. Hilang.
Tinggalannya, kalau ada, abu yang rapuh.
Ice retains the form of things of which she destroys.
Masa terhenti.
Mungkin penghentian masa adalah seksa terbesar untuk alam.
Sekurangnya api melepaskan.
Buat manusia yang penat-penat berfikir tentang kehidupan:
Hidup sajalah!
Kalian akan lebih penat setelah jawapan.
(Hahaha, emo pasal apa ntah saya tak tau.)
Kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya.
Merah-merah kusangka hati
kalau hati mana kasihnya.
Impian?
Hidup dalam masa,
yang main hari, exam makin jauh.
Setelah sekian lama, khabarkan padaku kawan,
is maturity still an option?
6 comments:
I said, marry me Juliet
(Also, maturity isn't an option)
:)
It is,
but i think its ok to take a little risk
"Hidup sajalah!"
Ni perlukan keberanian. Hah.
ps: my friend was diagnosed w/ an autoimmune disease dan malam ni taktau boleh tidur ke tak. rasa bersalah kat dia. cause i keep running away from my problems and dia positively said, "aku positif dgn semua ni."
bercakap tentang manusia. Apa istimewanya? (rasa bersalah juga. Adoi.)
Anon 1,
Dua kali kau sebut, dua kali aku tak faham. Haha
Tak tau la, nampak gaya macam lama-lama mengkal je. Moga-moga lah bergerak, maju sikit.
Selamat jugak untuk kau.
Anon2,
Moga dia cepat sembuh. Aamiin.
Istimewa agaknya sebab dia bertanya dan tertanya-tanya, apa yg istimewa? Haha
Moga rasa bersalah tu hasilkan benda positif lah. Selamat.
Well, sometimes it means what it means. :)
oh, harap2 juliet sudi lah.
Post a Comment