04 March 2015

Conteng Rambang IV

(Dari buku coklat tompok-tompok.)


Mentari,
Laksana bulan mengambang.
-Umm Qays, 15 Feb 2011-
-----Aku masih belum lupa
Mula-mula menulis, ‘1997’
sewaktu tadika.
Tentang waktu.
Panjang pendeknya
nyata bukan milik kita.




“Wahai pasir-pasir
wahai debu-debu,
pernahkah dahulu kamu semua terfikir,
bahawa suatu masa nanti,
kamu semua adalah sebuah gunung?

Wahai mata,
wahai telinga,
wahai segala,
tahukah kamu semua,
bahawa di neraka nanti,
engkau semua boleh jadi bahan api.”
(Tulisan messyconscience. Rindu tulisan akak!)



“Hak tu bila kita tuntut, dia akan pecah. Hak untuk ditunaikan.”
Ust Shuk, kuliah Tafsir Jalalain.


Bismillah.
Pertama sekali, betulkan niat.
Awasi niat.
Dialah sauh kita ‘pasakkan’,
Dialah bintang penunjuk jalan
Dialah layar dan dayung
Dengannya kita maju ke hadapan.

Tinggal 18 hari.




Ya Allah
Lembutkanlah hati kami menerima kebenaran
Teguhkanlah hati kami menggenggam kebenaran.



Kepada watak utama dalam setiap cerita,
Benar,
kalian terkisah dalam cerita,
namun jangan lupa
kalian wujud dalam belahan jiwa setiap manusia.



Untuk tegak perjuangan
jangan terlalu banyak makan budi.




Adakah kita hari ini lebih baik daripada tukang sihir Firaun,
yang terus sujud dibentangkan keajaiban,
sanggup mati daripada meninggalkan kalimah iman yang baru sejenak dikenal?

Ayat Asy Syuaraa







Yang kaunamakan saat ini
umpama mutiara terurai
umpama alir sungai;
telahpun berlalu
sedang berlalu
akan berlalu
tetap berlalu.

Hilang jejak semalam
hadapan tetap mendatang.

Cerminlah hatimu
pada jernih sungai
pada kilau mutiara.

Sesaat dunia
segala pengaturannya
kemas dalam khazanah-Nya.







Mimpi tidak bertamu lagi
Teman tidak tersenyum lagi.







Saya mengharap itu hanya model latihan
kerana tiadalah ukuran dan timbangan
akal yang waras akan mengatakan
itu sikap sebenar seorang pahlawan.






Saya mimpi awak marah.
Esoknya awak mengaku awak marah.






“Medicine is also about letting patient die. Peacefully.”






“Menjadi pujangga mesti jujur
kalaupun bukan hari ini, nanti
orang akan tahu juga
letak duduk suatu perkara.”








Banyak padinya, banyak akalnya
hanya perlu tanih yang subur
untuk mengeluarkan hasil.






Cemburu adalah lumrah
cemburu paling bahagia
adalah pada keluarga.






‘Bagaimana aku berani meminta sedangkan aku tetap aku.
Bagaimana pula aku takkan meminta sedangkan Engkau tetap Engkau!”






Kebenaran punya rentak yang sama
setiap masa,
yang mengenalnya semalam
mengenalnya hari ini.








Tiada suatu kekurangan apapun yang akan
menimpa kita tatkala kita bersungguh mendoakan orang lain
melainkan kekurangan ego dan hasad hati.








Dalam perjalanan, aku terjaga
Di tengah padang, di tengah pasir
Bintang berkerdipan
Seumur hidup, tak pernah kulihat sebanyak ini.
(Perjalanan Umrah Irbid-Madinah)







Seluas alam,
melepasi jangkauan bintang-bintang
tak terteroka oleh akal,
telah terjejak
cinta, harapan, dan kerinduan
buat Tuhan...
dan di balik senyuman
bulan pun berkelip.






9 Weinak in span of 3 days. Gila apa!






‘When we think we are using language, our language is using us.”
“The road to authority is tough for women, and once they get there it’s a bed of thorns.”
(Tak tau saya kutip dari mana, tapi tertulis dalam buku catatan.)




air, adalah pengembara
tak tertanding 
tabah dan setia.






4 comments:

kepalakotak said...

hi.

zikri said...

Hai doktor!!

Keluar mulut harimau...

Haha

AdinataGus said...

how good you are at writing,aku rasa malu pula pilih jalan menulis ini.I don't know who you are out there,somehow all your writings send chills down my spine,keep it up!

tepianmuara said...

Terima kasih. Terharu jugak. Hah

Aku pun selalu baca dan memang suka tulisan kau, sebab tu aku letak kat tepi ni.

Yup2, teruskan juga menulis. Dengarnya nak keluar buku. Inform lah ya, nak beli.

Selamat!