Moga jiwa dan jasad saya dapat fokus,
exam berturut. Grand Finals.
Redah.
Lepas tu jalan-jalan, balik.
Dan saya mahu merancang semula hidup.
Mohon doa kawan-kawan. =)
29 March 2015
17 March 2015
Conteng Rambang VI
(Dalam buku tulang biru, saking sukanya aku pada buku ni, sampai mintak tolong rai beli satu lagi masa dia ke Spain. Terima kasih!)
I love you a lot.
Just like I love books.
Maybe a little bit less.
Kerisauan penyair.
Kerisauan seorang ayah.
Saya serahkan buku ini
pada nilai terendahnya.
Ajaib sungguh manusia
bisa membuat Tuhan murka.
(Tulis sebab tertanya-tanya keistimewaan manusia, lepas
tulis rasa bersalah pula.)
Nah, burung kecil itu, harus kuhalau
atau kutonton sahaja?
“Cahaya suci riwarna pelangi
harum sekuntum bunga rahsia
menyinggung daku terhantar sunyi
seperti hauri dengan kepaknya.”
“Aduh, kasihan hatiku sayang
alahai hatiku tiada bahagia
jari menari doa semata
tapi hatiku bercabang dua.”
(Dua rangkap ini ditulis Amir Hamzah, antara penyair favorit
saya.)
Bagaimana agaknya penyair-penyair di dalam neraka,
masihkah bisa berbahasa?
Siapa mendengarkan?
Atau tinggal hanya sesal diam yang panjang.
Ya Allah!
Si penyair risau
dunia tak lagi indah.
Si penguasa risau
dunia tak lagi mudah.
Hidup orang yang malas, memang malas.
Hidupnya pun ditulis oleh orang lain.
(Tapi kalau orang lain yang tulis, maknanya dia power la
kan. Haha)
Ia mengucup tanganmu, matanya memerah,
“terima kasih, terima kasih.”
“Because I’m good, because I’m qualified.”
Seronok dengar Musa Hitam memberi pesan, seperti paman-paman
yang mesra, sungguh-sungguh mahu kebaikan buat anak buahnya.
Osce dan penantian.
Misteri.
Debarnya menunggu.
Tak bersedia, dan boleh ditembak di mana-mana.
Bantuan boleh jadi tak semena-mena.
Akhirnya yang ditanya,
‘ectopic kidney’, ‘tertelan biji tembikai’.
Celah mana nak tahu!
“We accept the love we think we deserve.”
Teringat Kugy, eh Hermione, eh Emma.
Masa muda untuk buat silap.
Masa tua untuk berehat.
“Bisa jadi suatu saat akan menjadi jelas bahawa peradaban
merupakan tingkat kehidupan yang paling akhir dan menjadi titik bagi langkah
pertama menuju kerosakan.”
“Manusia adalah anak kebiasaan-kebiasaannya sendiri dan anak
segala sesuatu yang ia perbuat. Dia bukanlah produk dari tabiat dan
temperamennya.”
(Dua-dua atas ni quote dalam Mukaddimah Ibnu Khaldun,
terjemahan Indonesia penerbit dah lupa.
Aku tak tau apa keza ‘kebiasaan’ dan ‘tabiat’. Apa agaknya
kata asal dalam bahasa Arab ya.)
Dan kita tahu, saat semua perlambangan
telah habis digunakan menurut hasrat
masing-masing, yang tinggal akhirnya
hanya dua; dirimu dan makna.
Salju menjadi salju
kerna tak membeku
tetapi meluruh.
Rindu menjadi rindu
kerna tak tergapai
tetapi sampai.
Penyair mungkin diadili dengan kata-kata yang bukan
ilhamnya,
yang diusahakan, dicarisuaikan sungguh-sungguh,
bagai memilih pengapit buat sepasang pengantin
yang sudah segak menanti di laman.
Mungkin juga kadang, ilham terjadi berkali-kali dalam satu
puisi.
Untunglah. Haha.
“menyampah pada luahan, omelan muda mudi tentang hasrat tak
kesampaian.”
Haha
Apa yang sampai membezakan
bulan dan mentari?
Apa yang sampai menampilkan
mimpi malam ini?
Bulan kecil, tetapi dekat
mentari gah, tetapi jauh.
Setelah membaca Fire and Ice, oleh Robert Frost.
Fire destroys. Api memusnah, atau begitu fikir kita.
Yang terbakar bertukar rupa. Hilang.
Tinggalannya, kalau ada, abu yang rapuh.
Ice retains the form of things of which she destroys.
Masa terhenti.
Mungkin penghentian masa adalah seksa terbesar untuk alam.
Sekurangnya api melepaskan.
Buat manusia yang penat-penat berfikir tentang kehidupan:
Hidup sajalah!
Kalian akan lebih penat setelah jawapan.
(Hahaha, emo pasal apa ntah saya tak tau.)
Kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya.
Merah-merah kusangka hati
kalau hati mana kasihnya.
Impian?
Hidup dalam masa,
yang main hari, exam makin jauh.
Setelah sekian lama, khabarkan padaku kawan,
is maturity still an option?
11 March 2015
Conteng Rambang V
(dari buku tulang merah, Mezquita Mayor de Granada, 2011)
(juga dari buku hijau pucuk pisang)
Hadapan Masjid Biru, malam itu
salji turun renyai-renyai
pertama buat kita,
dan payung putih kita rosak
diterpa angin tak terduga.
Masihkah kau ingat?
Kita senyum gelak tawa
entah apa ramuannya
apa bahagia, terharu, hiba..
Sampai tidak rasa waktu itu
kita memijak tanah yang sama
abad berbeza
pahlawan silam menggegar dunia.
Sahabat,
mataku saat itu-lebih dari bibirku-tersenyum
kerna ia melihat
usia muda
sepipis doa
selangit harapan
akan kembali apa yang hilang.
Istanbul, 2010
Katamu kau benci
kau telah lupa
kau ‘tidak apa-apa’
kau sudah habis rasa.
Hairan aku, mengapa kau perlu
memfitnah diri sendiri?
Dengar lagu White Flag, Dido. Teringat puisi Buya Hamka ‘Berjumpa
Pula’. Ala, puisi yang 15 tahun baru jumpa balik tu, dalam Kenang-kenangan
Hidup.
Dengar lirik lagu ni, terbayang kena betul dengan puisi,
mesti Buya Hamka pun suka kalau dengar.
Juga kata-kata bayangnya,
‘Tetapi kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang
rendah.’
And when we meet
As I’m sure we will
All that was there
Will be there still
I’ll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I’ve moved on..
The pat on my back
was the greatest present
I’ve ever had.
Alhamdulillah.
Cabaran- ketiadaan matlamat
-kalau nak, masa terbuka
Antara tak mampu, mampu tapi malas, dan mampu dan mahu.
Frasa ‘main kata’ tu bukan saya setuju sepenuhnya, namun
tidaklah saya tolak semua.
Saya balas, ‘main kata ni kadang macam main api,
mungkin dengan hilangnya buku kami,
ada ‘api’ yang Tuhan mahu padamkan.
Everyehere you are, ask yourself
‘Why am I here.”
It is more honourable to leave if you
cannot find the reason why you are here.
-Dr Rasheed Al Jomard
Bas berpeluh
menempuh kabus.
Ke Granada!
Ke Granada!
Mentari
entah dari mana
tak putus asa dia
meminjamkan cahaya.
Madrid-Granda, 2011
Akan tiba hari
saatnya kita diuji
memaafkan dan dimaafkan.
Untuk hari itu
moga kita tetap teguh
pada Tuhan.
Kadang susah kita hargai yang dekat. Susah.
Allah berikan masa
Allah berikan hidup
untuk kita aturkan.
Segalanya kita niatkan khidmat untuk-Nya
bukan personal victory!
“Orang berjiwa alamiah memang
punya rasa yang sama.
Semua pun ada ‘rasa’.
Dalam muntahan keji cerca yang durja
kau tatang aku dengan setia.
Tentang tulisan ‘Selesai Musim Gugur’
Ke mana hilang tulisan-tulisan, dan hasil seni yang lepas?
Kepada siapa ia diwariskan?
Ke ‘taman rahsia’ yang mengakui keindahannya,
Ke ‘saku masa’ yang melenyapkannya?
Ke ‘keduk malam’, ada tapi tersembunyi kegelapan.
Ke ‘dalam sukma’ menelusuri mendarahdaging
menjadi peribadi?
Atau ianya kekal pada setiap
kali kita merasai gembira
dan setiap kali kita derita?
Antara pertanyaan-pertanyaan itu, ‘di tengah jalan hidup’
dalam langkahmu menuju kedewasaan, atau hanya satu kebetulan
dalam satu jangka masa hidup, kau membuat renungan;
Yang penting ditanya dan dipersoalkan bukan ke mana hasil
tulisan itu, tapi..
‘Setiap mencecah bumi
bukan hanya memecah sepi.
Sesuatu hasil seni
harus punya hasrat diri.’
Gadis gitar dan gadis litar
dipandang dengan sebab berbeza.
Sebagaimana kau memilih
kau dipilih untuk senyum.
Kata-kata yang bermakna, kata yang berharga.
“If you promise that you’ll save the world,
people will believe you. And when you don’t,
people will forget what you promised.”
“So you have power. What else can you do?
I collect poetry.”
Bilik bertukar gelap. Tulisan-tulisan puisi terang mengawang,
bersimpang siur enak dipandang.
Kutip dari movie. Terpengaruh dengan cerita ni,(dan gigi
taring dia) aku pun mula conteng dinding bilik. HAHA!
Siapa kau untuk ‘tak memberi harapan’,
sambil tertawa pada setiap jenakanya,
tersenyum pada tiap ulahnya, hadir
setiapnya dia mahu bersandar rasa.
siapa kau untuk ‘tak memberi harapan’
setelah tanganmu sendiri menghimbau tangisnya?
“apa erti membelah awan
Andai hati ketinggalan.”
-Sadis
Pesawat berlalu, awan bertaut.
Pasangan ganda kata ‘baru’ yang saya suka,
Cantik-gutatik
Comel-gumamil
Putih-gutatih
Sedikit-mikit
Cahaya-maya
Terang-gemirang
Senang-menang
Ada cadangan lagi? Haha
Harus juga kita perhatikan, takluknya Konstantinople bukan
hanya kerana keunggulan Al Fateh seorang. Terdahulu daripadanya, sultan-sultan
yang membuka jalan, merancang, mencuba, membuat kesilapan-kesilapan yang
membolehkan Al Fateh belajar dan menambahbaik. Kisah cita-cita yang
disempurnakan.
Ini catatan semasa jualan sate terakhir dengan Naim. Kami
buat dalam 400-500 cucuk. Aku paling rindu scene cucuk sate, sebab paling
perlukan ketabahan. Seorang kena cucuk sekurangnya 200 batang. Kami selalu anyam
masa itu dengan lagu-lagu Sudirman, Kopratasa, Kau Ilhamku oleh Manbai. Favorit
kami berdua tentulah Nilai Cintamu. Biar rasa itu sampai meresap dalam sate!
Kalau boleh orang menangis masa makan. Haha
Plan esok pagi
Pukul 9
-panaskan perapan + setin susu cair
-sambil goring, blend kacang
-tumis bawang + cili.
(penuh betul-betul satu periuk+perapan+kacang)
-siapkan sebelum pukul 12
Pukul 1 30
-start panggang
-potong timun
-bungkus kuah
Pukul 7
-siap hantar
10 cucuk free untuk Naim
10 cucuk free untuk Anip
10 cucuk makan sama.
Ucapan tembikai susu
-Kak Dr A- Tahniah! Selamat pulang berkhidmat! =)
-Dr F – Majulah sukan untuk Negara.
-Dr A- Majulah puisi untuk dunia!
“Terutama lagi bagi anak-anak muda. Hendaklah mereka menjaga
pandang matanya, terutama pada waktu mudanya, sebab kerapkali besar perintahnya
atas dirinya, daripada akalnya. Zaman muda adalah zaman perjuangan yang maha
hebat. Alangkah beruntungnya kalau zaman perjuangan itu boleh ditempuh dengan
selamat, dan setelah dia menjadi orang dewasa, dia berasa bangga dengan
kemenangan itu.”
HAMKA, Falsafah Hidup, m/s 162
Dulu masa awal remaja, aku selalu pelik, apa yang power
sangat mata ni, sampai orang selalu beri amaran. Dapat hidup 4-5 tahun lagi
lepas tu..ooo, ok2, faham-faham.
“Putuslah tali layang-layang
Robek kertas tentang bingkai
Hidup jangan mengepalang
Tidak kaya, berani pakai.”
HAMKA nukil dalam ceramahnya.
Melur takku mahu
Mawar takku suka
Sebab semboja dari dahulu
Telah kembang di kubur bonda.
-Amir Hamzah, Cempaka Mulia-
04 March 2015
Conteng Rambang IV
(Dari buku coklat tompok-tompok.)
Mentari,
Laksana bulan mengambang.
-Umm Qays, 15 Feb 2011-
-----Aku masih belum lupa
Mula-mula menulis, ‘1997’
sewaktu tadika.
Tentang waktu.
Panjang pendeknya
nyata bukan milik kita.
“Wahai pasir-pasir
wahai debu-debu,
pernahkah dahulu kamu semua terfikir,
bahawa suatu masa nanti,
kamu semua adalah sebuah gunung?
Wahai mata,
wahai telinga,
wahai segala,
tahukah kamu semua,
bahawa di neraka nanti,
engkau semua boleh jadi bahan api.”
(Tulisan messyconscience. Rindu tulisan akak!)
“Hak tu bila kita tuntut, dia akan pecah. Hak untuk
ditunaikan.”
Ust Shuk, kuliah Tafsir Jalalain.
Bismillah.
Pertama sekali, betulkan niat.
Awasi niat.
Dialah sauh kita ‘pasakkan’,
Dialah bintang penunjuk jalan
Dialah layar dan dayung
Dengannya kita maju ke hadapan.
Tinggal 18 hari.
Ya Allah
Lembutkanlah hati kami menerima kebenaran
Teguhkanlah hati kami menggenggam kebenaran.
Kepada watak utama dalam setiap cerita,
Benar,
kalian terkisah dalam cerita,
namun jangan lupa
kalian wujud dalam belahan jiwa setiap manusia.
Untuk tegak perjuangan
jangan terlalu banyak makan budi.
Adakah kita hari ini lebih baik daripada tukang sihir
Firaun,
yang terus sujud dibentangkan keajaiban,
sanggup mati daripada meninggalkan kalimah iman yang baru
sejenak dikenal?
Ayat Asy Syuaraa
Yang kaunamakan saat ini
umpama mutiara terurai
umpama alir sungai;
telahpun berlalu
sedang berlalu
akan berlalu
tetap berlalu.
Hilang jejak semalam
hadapan tetap mendatang.
Cerminlah hatimu
pada jernih sungai
pada kilau mutiara.
Sesaat dunia
segala pengaturannya
kemas dalam khazanah-Nya.
Mimpi tidak bertamu lagi
Teman tidak tersenyum lagi.
Saya mengharap itu hanya model latihan
kerana tiadalah ukuran dan timbangan
akal yang waras akan mengatakan
itu sikap sebenar seorang pahlawan.
Saya mimpi awak marah.
Esoknya awak mengaku awak marah.
“Medicine is also about letting patient die. Peacefully.”
“Menjadi pujangga mesti jujur
kalaupun bukan hari ini, nanti
orang akan tahu juga
letak duduk suatu perkara.”
Banyak padinya, banyak akalnya
hanya perlu tanih yang subur
untuk mengeluarkan hasil.
Cemburu adalah lumrah
cemburu paling bahagia
adalah pada keluarga.
‘Bagaimana aku berani meminta sedangkan aku tetap aku.
Bagaimana pula aku takkan meminta sedangkan Engkau tetap
Engkau!”
Kebenaran punya rentak yang sama
setiap masa,
yang mengenalnya semalam
mengenalnya hari ini.
Tiada suatu kekurangan apapun yang akan
menimpa kita tatkala kita bersungguh mendoakan orang lain
melainkan kekurangan ego dan hasad hati.
Dalam perjalanan, aku terjaga
Di tengah padang, di tengah pasir
Bintang berkerdipan
Seumur hidup, tak pernah kulihat sebanyak ini.
(Perjalanan Umrah Irbid-Madinah)
Seluas alam,
melepasi jangkauan bintang-bintang
tak terteroka oleh akal,
telah terjejak
cinta, harapan, dan kerinduan
buat Tuhan...
dan di balik senyuman
bulan pun berkelip.
9 Weinak in span of 3 days. Gila apa!
‘When we think we are using language, our language is using
us.”
“The road to authority is tough for women, and once they get
there it’s a bed of thorns.”
(Tak tau saya kutip dari mana, tapi tertulis dalam buku
catatan.)
02 March 2015
Conteng Rambang III
(dari buku merah-oren-kuning)
Makmal puisi
terbakar hari ini
yang tinggal cuma
sepatah kata
yang lusuh makna.
(Puisi Utusan Ibu di Malam Aidil Adha, Aku di Queen Alia
Airport Menanti Flight Pulang yang Tidak sedikitpun Ibu Tahu.)
Setiap kali dia hadir di sisi,
menyusupresapi nurani
yang kerap tandus dengan harga
sebuah tulus.
Dialah pengorbanan
bersendikan kesabaran.
Tahun demi tahun azam menguntum
wanita dan lelaki tetap punya impi
mencari suatu realiti bukan lagi ilusi
jadi Islam sejati.
Saat kalian di kejauhan
mama hanya mampu menadah tangan
bersama alunan takbir santunan zikir
tanda kasih terus terukir
selamanya tak pernah berakhir.
2.40 Pagi, adha pertama.
“It can really be seen, if it’s not deep enough.”
“But this estranged organ in my chest,
still beats for you.”
(Dari lagu Mar)
Setelah aku, siapa lagi akan kauhadiahkan
senyuman itu?
alam luas, ilmu terbatas
ilmu luas, alam terbatas
tinggal satunya Tuhan
terluas, tertakterbatas.
Janganlah risau nasi menjadi bubur
sampai tidak ditanak beras di dapur.
Dalam budaya memang tiada garis sempadan jelas. Sebab kita
manusia sentiasa berinteraksi, saling belajar, sama-sama tumbuh dan berubah.
Cuma hari ini, ‘ancamannya’, kita bergerak ke arah satu
budaya yang sama, kerana mudahnya rangkaian komunikasi. Hingga tiada lagi yang
unik, yang istimewa.
Atau, perkara ini tidak perlu dirisaukan. Manusia sentiasa
ada tindak balas berbeza atas perkara sama. Entah.
Tapi apapun biarlah kita kekal berbeza, tidak semata membeza-bezakan.
Bagaimana menulis puisi untukmu
sedang malam terlalu segan
dan siang terlalu penyantun.
Dari mana kata-kata akan datang
bertemu dan berhimpun?
kelip-kelip dan malam
kelip-kelip dan hutan
kelip-kelip dan bulan
kelip-kelip dan muara
(Semasa menulis ‘Sebenarnya’, saya tidak tahu mahu
menggandingkan kelip-kelip dengan apa,
lalu saya menyenaraikan pilihan; malam, hutan, bulan, muara.
Entah, antara yang terjumpa ini, cuma gandingan bulan yang
terasa berdenyut.
Lalu bulan saya pilih.)
A dalam ukuran apa?
-memadam keresahan daripada menyala
-bagaimanapun, kita akan memilih bahasa apa dalam tutur
kita? Lunak mesra atau tajam menghiris?
-Sekurangnya biarlah kau yakin tanpa perlu merasa besar.
Biarlah kau kecil tanpa merasa terhina.
Satu yang saya tak lupa; Teacher Iqma minta kami memilih
satu antara lima tajuk untuk dikarang. Ala-ala latihan SPM. Saya pilih one-word
tittle, ‘Rain’. Beberapa kelas kemudiannya, teacher ulas tulisan kami. Tentang
tulisan saya, antara selingan potongan ayat yang teacher sebut, “beautiful
language…. but without direction…. I wouldn’t give this an A.”
Hah, merah padam
segan malu debar-debar tunduk-tunduk saya dibuatnya. Malu depan (belakang)
kelas. Memang betul pun, saya menulis karangan itu hanya kerana saya suka
hujan, tanpa ingin menyampaikan apa-apa.
Dan saya belajar, saya boleh buat lebih baik.
Satu lagi saya tak lupa; Teacher Iqma pernah minta kami
sekelas menyiapkan satu mind map tentang ‘a story you want to write’. Atau
begitu seingat saya. Just a simple mind map, a story line. Exposition, rising
action, climax, falling action, resolution.
Saya tulis sesuatu tentang perang zaman silam, seorang hero yang tiba-tiba muncul pada saat genting,
tika pasukan sudah hampir tewas. Tanpa penamat.
Biasa. Tiada yang istimewa.
Klise. Entah saya ciplak dari mana.
Cuma di bawah kertas itu, teacher buat bintang, dan menulis
lebih kurang,
“Good story line. I’m looking forward to read it(!)”
(Bila fikir balik, agaknya memori saya suka hati menambah
tanda seru di hujung ayat. Haha)
I still remember how that made me smile. A ‘sudden onset,
continuous, progressive’ smile.
The story never gets written.
Tapi itu buat saya bermimpi.
Untuk menulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)