19 January 2011

For You Manchester Boy

Lama sungguh dalam bas.
 Perjalanan dari Barcelona ke Madrid bermula dari jam 10 malam hingga jam 6 pagi.
Kami teruskan dari Madrid ke Granada dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Pemandangan sungguh mengujakan.

These long journeys, give you, among others priceless, a time to reflect. And for that, you are given almost everything. Time of course, the serenity, the scenery.

Tarbiyah bas.
Tarbiyah bas.
Tarbiyah bas.

Tiba-tiba teringat seseorang.
And, before I knew it, this was written.



____________________________

Tabah kau ( semua tunduk hormat )
Senyum kau ( istimewa tentu, walau tak pernah pun kami tatap )
Kasar kau ( yang dizahirkan, namun tak sentiasa itu yang terlihat )
Sengal kau ( ramai yang terkena, bingung sebenarnya )

Tak ramai yang tahu,
esak tangis kau ( bila ujian demi ujian berat menghambat )
sesak dada kau ( mengenang pengorbanan insan membesarkan )
serabut jiwa kau ( memikirkan tugasan tak kunjung selesai )

Tiap kali dibicara,
"Luahkan. Tak semua mampu kita simpan."
Kau balas. Kau lama tahu bicara ini.
"Bagaimana? Sedang padaku ramai manusia menggantung kekuatan."

Lalu segala,
esak tangis,
sesak dada,
serabut jiwa,
kau kuburkan dari manusia,
Namun kau balut, kau hias warnakan,
untuk jadi hadiah paling cantik,
buat Tuhan.

Cuma satu aku harapkan,
sebelum sampai syurga,
kau jangan jadi gila!



______________________

How, somehow, I wish you were here.
Madrid-Granada.
11.20 pagi.


Aku cemburu juga,
kau belum mati,
tapi dah dikenang orang.

hahahahaha.

Senyum dan Tangis

Kadang kita tahu orang tersenyum,
meski kita tidak melihat.
Kadang kita ragu orang tersenyum,
meski ukirnya telah terlihat.

Tangisan, lebih membingungkan.



____________________________

Madrid- Granada
18 hb Satu
( Gambar kemudian ya! )

err..beyond words. Al Hambra sangat lawa!

15 January 2011

Terbang.


Lihat.
Tafsir.
(?)



Kalau budak MTD ada Alpha, Bravo, Charlie, Delta,
kami budak pondok atas bukit ada...

A-   Andalus!


B- Basrah!


C-Cordova!



D- Dimashq!





er....


Impian saya nak ke Andalus dan Cordova hampir tercapai.
Doakan selamat kawan-kawan!

10 January 2011

Malam dan Permaidaninya

Malam dan permaidani rahsia yang ia hamparkan.
Kali ini aku gagal menerka bunga dan coraknya.
Asing sekali.

Lelah mencari,
Akhirnya senyum sendiri,
"Keindahan tak sentiasa pada pengetahuan."

( hela nafas panjang dilepas perlahan )

Hidup ini,
mohon Ya Tuhan,
Kami Kau hantarkan, walau ke mana; dalam keimanan.
Kami Kau jemput, walau di mana; dalam keimanan.

05 January 2011

Tentang Harapan dan Kenyataan

Beting pasir. 
Rajin mencari, banyaklah hasilnya.
Cuma kalau kurang ilmu, tidak dapat membeza, 
air itu sedang surut atau mahu pasang. 
Bahaya.
Bahaya.


__________________________________________


Semua yang kita temukan,
menambah persoalan.
Lalu kita terus mendaki,
mencari jawapan.

Ada waktu mimpi berlabuh,
pada pandangan siang.
Dari itu kita keliru,
tentang harapan dan kenyataan.

Kita tak lupa,
kan binasa dunia,
jika tiap manusia
menggenggam impiannya.

Dan jalan ini,
hingga ke akhirnya,
moga kita cukup luhur,
untuk sebuah jujur.


____________________________________

Masih mentah. Tak sempat peram.
Itupun, nyaris saya terlupa, esok exam!

Genetics, doakan ya!!


-------------

Pergh. Exam genetics ni tahun satu ke tahun dua?

03 January 2011

Sesal Syukur



sinar tetap ada.










Dalam menyesali semalam,
kadang kita terhenti,
lalu mensyukuri hari ini.







_________________________________

Err..gambar tu khazanah. Jumpa, saya rembat,letak sini. 
Sebab suka. Harap tuan punya tak marah.

01 January 2011

Perihal Makanan


Asbab makanan jadi sedap, menurut pemikiran simplistik saya, adalah seperti berikut;


1. Anda kelaparan.
2. Anda kepenatan
3. Anda kesejukan.
4. Makanan itu percuma.
5. Makanan disediakan penuh kasih sayang.

Salah satu pun boleh membuatkan makanan anda jadi lazat. 
Lebih-lebih lagi kalau sudah berkumpul lebih dari satu sebab. 
Apatah lagi....kesemuanya!





Contoh. Apabila semua 5 sebab berkumpul. Maggi dan sardin.
Antara hidangan ternikmat seluruh hidup saya.
Pendakian ke Gunung Stong.
Budak-budak Tanjong Karang. ( Notice the 'o'..hah )



Dalam memerhatikan sebab-sebab, tentulah kita akan sampai kepada Musabbibul Asbab.
Hilir kalau dijejaki, kan terlihat hulunya.

Nescaya, tak terelak kita dari mengakui, segala 'sedap' dalam makanan kita, pada lidah kita, pada deria-deria lain yang turut mentakrifkan 'sedap', diberikan Tuhan kita. Allah.

Alhamdulillah.



Lepas makan, baca doalah kan. ( Sebenarnya, saya malu dengan diri sendiri semasa tadika dulu. Serasa, semasa di tadika, doa ini lebih kerap dituturkan berbanding sekarang. ishhh. )



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.



Betapa, dalam doa, kita diingatkan.

Nikmat makan.
Nikmat minum.

Nikmat ISLAM. 

Betapa ketiganya disebut dalam satu lafaz. Makan dan minum, yang dalam apa keadaan sekalipun, biasanya tidak kita lupakan. Tapi, bagaimana dengan nikmat Islam? Adakah sering kita syukuri? 

Nikmat Islam. Nikmat untuk percaya. Tak ternilai harganya. Sedang masih ramai yang tidak ( belum ) menemukannya, dan ada pula yang langsung tidak merasa berhajat kepadanya!

Alhamdulillah, dalam ramai-ramai manusia, Allah memilih kita untuk nikmat terbesar ini. Moga kita lebih menghargai. Lebih sayang. Lebih semangat untuk berkongsi, agar nikmat ini dirasa semua.




Di musim syita ini, selamat menikmati makanan anda!!
( harap-harap orang rumah masak tomyam hari ni. fergh )