Beting pasir.
Rajin mencari, banyaklah hasilnya.
Cuma kalau kurang ilmu, tidak dapat membeza,
air itu sedang surut atau mahu pasang.
Bahaya.
Bahaya.
__________________________________________
Semua yang kita temukan,
menambah persoalan.
Lalu kita terus mendaki,
mencari jawapan.
Ada waktu mimpi berlabuh,
pada pandangan siang.
Dari itu kita keliru,
tentang harapan dan kenyataan.
Kita tak lupa,
kan binasa dunia,
jika tiap manusia
menggenggam impiannya.
Dan jalan ini,
hingga ke akhirnya,
moga kita cukup luhur,
untuk sebuah jujur.
____________________________________
Masih mentah. Tak sempat peram.
Itupun, nyaris saya terlupa, esok exam!
Genetics, doakan ya!!
-------------
Pergh. Exam genetics ni tahun satu ke tahun dua?
9 comments:
when we meet one day insya Allah, i'd hope you elaborate this one for me,..
Kita tak lupa,
kan binasa dunia,
jika tiap manusia
menggenggam impiannya.
interesting..
all the best genetics!
allahu yuwaffiq :)
p/s: ya, aku pun nak tau, macam yang asif nak tau. Kadang2,
susah nak decipher makna kau.
Dalam. Takut lemas :p
nak try interprete.
klu tiap manusia tu hanya mmkirkan kpntingn diri atau impian sendiri,
akan rosak dunia.
betul?
ko punya puisi ni,,
fuh,,agak sukar di elobrate,,
hehe
good luck sahabat!
semua yg terbaik =)
insyaAlah..
harapan n kenyataan...
susahlah klu x dapat nak beza..
Rajin mencari, banyaklah hasilnya.
Cuma kalau kurang ilmu, tidak dapat membeza,
air itu sedang surut atau mahu pasang.
Bahaya.
harapan je la!
mcm kenal sangat gambar tu =>
(i mean the photo in the prev. post)
>Asif
ha, looking forward for that day.=)
terima kasih.
>syazwan
kalau ada yang faham, kaulah orangnya. mungkin lebih dari aku yang menulis. ecece.
=)
>anonymous
=)
tak salah.
>Mumtaz
terima kasih.
harap-harap makna dari bait kata ini tak 'terlepas' dari tujuan awal ia ditulis.
>hanis
lalalalala.
hanis dapat beza?
>Norashikin
ya ya ya.
begitulah sekadar yang terlihat.
>anonymous
why then, komen kat sini?
err..harapan apa?
ya, saya mengaku rembat.
(muka bersalah)
=>
(untuk yang ni, senyum camni pulaklah.)
Post a Comment