Asbab makanan jadi sedap, menurut pemikiran simplistik saya, adalah seperti berikut;
1. Anda kelaparan.
2. Anda kepenatan
3. Anda kesejukan.
4. Makanan itu percuma.
5. Makanan disediakan penuh kasih sayang.
Salah satu pun boleh membuatkan makanan anda jadi lazat.
Lebih-lebih lagi kalau sudah berkumpul lebih dari satu sebab.
Apatah lagi....kesemuanya!
Contoh. Apabila semua 5 sebab berkumpul. Maggi dan sardin.
Antara hidangan ternikmat seluruh hidup saya.
Pendakian ke Gunung Stong.
Budak-budak Tanjong Karang. ( Notice the 'o'..hah )
Dalam memerhatikan sebab-sebab, tentulah kita akan sampai kepada Musabbibul Asbab.
Hilir kalau dijejaki, kan terlihat hulunya.
Nescaya, tak terelak kita dari mengakui, segala 'sedap' dalam makanan kita, pada lidah kita, pada deria-deria lain yang turut mentakrifkan 'sedap', diberikan Tuhan kita. Allah.
Alhamdulillah.
Lepas makan, baca doalah kan. ( Sebenarnya, saya malu dengan diri sendiri semasa tadika dulu. Serasa, semasa di tadika, doa ini lebih kerap dituturkan berbanding sekarang. ishhh. )
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ Betapa, dalam doa, kita diingatkan. Nikmat makan. Nikmat minum. Nikmat ISLAM. Betapa ketiganya disebut dalam satu lafaz. Makan dan minum, yang dalam apa keadaan sekalipun, biasanya tidak kita lupakan. Tapi, bagaimana dengan nikmat Islam? Adakah sering kita syukuri? Nikmat Islam. Nikmat untuk percaya. Tak ternilai harganya. Sedang masih ramai yang tidak ( belum ) menemukannya, dan ada pula yang langsung tidak merasa berhajat kepadanya! Alhamdulillah, dalam ramai-ramai manusia, Allah memilih kita untuk nikmat terbesar ini. Moga kita lebih menghargai. Lebih sayang. Lebih semangat untuk berkongsi, agar nikmat ini dirasa semua. Di musim syita ini, selamat menikmati makanan anda!! ( harap-harap orang rumah masak tomyam hari ni. fergh ) |
8 comments:
kirim salam orang rumah ye. fiwitt!!
.intonasi.
jangan lupa ajak, wewit.
haha..adeh.memang selalu sebut alhamdulillah je..doa makan tercicir dalam perot..haha
tell me about it.
Dulu panjat gunung Nuang... and dek kerana kelaparan dan kelelahan selepas perjalanan renyah ke base-camp... kami melantak
mula, nasi dan sardin.
tak puas. sisa2 nasi dalam periuk dengan garam! laju je.
kalau kat rumah, telur dadar rasa garam lebih,dah bising.
mahu ke puncak kinabalu...
mmg lapar,mmg penat,mmg sejuk, makanan tu yg ada,of kos le dgn kasih syg lagi2 klu masak sesama famili,so sweet.....
(teringin)
>intonasi
hah.
>hazen
ada makanan baru nak datang,
apela punya kawan.
haha.
>hatta
haha.
dapat sebut alhamdulillah pun alhamdulillah.
=)
>syazwan
kan?
eh, wan, tak rindu lauk DM? he
>hanis
alahai.
simpan rindu tu ye.
untuk nanti lebih menghargai.
Setelah meneliti (kembali) dengan penuh saksama asbab makan yg diberitakan tuan,
Hm,
Saye kalo penat bebenau tak lalu makan
Kerana itulah soifi lebih kurus dari kurus (aiceh). Sebab penat.
Maka berusahalah utk tak terlalu penat
Salam kemerdekaan
*ape kes ni
>intonasi
Tahu je penyelesaiannya.
"Farhan, tolong suapkan ksyi ni!"
mesti boleh kan?haha
Post a Comment