Sebuah kedai kecil,
di hujung simpang jalan,
Aminah ibunya,
Ahmad abangnya,
Hamzah adiknya.
Entah apa rahsia kalian,
membuai asyik,
mengalirkan sebegini tenang.
Apa mungkin,
dari segulung schish kebab,
secawan segar lemonida,
malap terang lilin sebatang,
alun muzik terpilih,
dan ukir biru indah terpandang?
Atau sebenarnya,
kalian punya cinta,
yang tersisa dari Sultan Al Hambra,
namun masih teguh menyala,
buat semua pengunjung Granada ?
Dan Aminah,
saat memanggilmu "ummi"
aku tahu jawapannya.
_______________________
Jeling teman kembara di sebelah,
Hek eleh, buat puisi sama rupanya!
Tapi, dia punya mantap laaaa.
Selamat malam.
Esok ke Cordova insyaAllah.
4 comments:
wah. ini lawatan sasterawan ke?
Hoho. mantap, masyaAllah.
bumikan semangat juang dan julang gemilang islam Granada dan Kordoba dalam laman hati ye haniff.
Aku mahu pulas buahnya bila kita ketemu lagi nanti :)
woooowwwwwwwwww jalan spain. nice.
wah encik sasterawan nih..
kagum!
good job!!
berjalan,,melihat,,mentafsir,,menganalisis,,mentarbiyah..
safaran aaminan! =)
>Syazwan
Dia lah sasterawan. Aku jalanan.
mahu pulas?
pilih hati-hati ya.
he.
>kepalakotak
alhamdulillah
>Qurratulain
terima kasih, terima kasih.
Post a Comment