26 February 2011

time machine


like lymphatics,
we cannot afford things going back.


not just because.

25 February 2011

kerna


hati dan ketenangannya,
bukanlah permainan bahasa.

22 February 2011

Jernih

Tanjong Karang, Selangor






Venice, Italy






Satu hari, buah hati pengarang jantung saya mengirimkan ini;




Bersih air di hulu,
keruh pula di muara,
di laut bertemu semula,
kuasa Tuhan jernihkan semua.



Dan dituliskan 'tafsir'nya,

"Persahabatan yang baik di permulaan, mungkin ada salah faham di pertengahan, biar masa merawat...akhirnya kuasa Tuhan juga yang mengikat hati-hati manusia."








Saya tak lupa, pada bacaan yang pertama itu, dengan seluruhnya,

saya tersenyum.





20 February 2011

Mentari Terbit, Bulan Terbenam





bulan di belah kiri


bulan juga. sudah mahu terbenam.


Pagi yang sangat indah.
Hari terakhir di Cordova.
Puente Romano.
Melihat mentari terbit di hadapan kiri.
Bulan terbenam di belakang kanan.

Berdiri.
dan mengharap masa terhenti.

Dan sungguhlah,
pada pergantian siang dan malam,
ada keindahan,
dengan segala hikmah,
yang tidak tegambarkan...

Tapi dapat dirasakan.
Seolah puas jiwa dimandikan.
Seolah hilang segala dahaga.
Seolah kenyang dari lapar yang ditahankan.


Subhanallah.



Eh, ni bukan puisi. Ni coret conteng spontan. 
Terkenang-kenang.
'melambai-lambai'







Aaaaaaa. HLS! HLS!





18 February 2011

Purnama Semalam

Perkarangan Mezquita Mayor, Granada






Hai bulan,
malam ini kita tersenyum,
pada pertemuan yang diaturkan.

Dalam sayu terharu,
ada yang tak harus kita lupa.

Aku bukan pungguk.


dan aku lebih rindukan Tuhan.






____________________________________________
Gambar diambil dari teman kembara 
yang paling tak kenal putus asa berusaha untuk shoot bulan.
Bravo! Bravo!



25 Songs, 25 Minutes



Let's try this. Kak Nur 'suruh' buat. Beliau dapat dari Cik Whisper. 
hah, pi mai pi mai tang tu.


1. Bintang kecil. Mak Ani paling suka nyanyikan. Tapi dalam lirik lagu ni kat youtube, mereka nyanyi 'menari', Mak Ani nyanyi 'melayang'. Kat sini lagu dia

2. Most recent? Hmm, buffering....

3. Oh, tak lain tak bukan, Ayah dan Ibu oleh Sudirman. 

4. Lagu-lagu dalam blog Kak Balqis. http://pheonixrajawali.blogspot.com/. I don't even bother to know the title of the songs.

5. Hmm, baru-baru ni, Berita Kepada Kawan, Ebiet G Ade. Powerful lyric.  " Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan.."
Lagi-lagi masa kembara tempoh hari, walaupun baru je lepas gelak suka-ria.


6. Keep Holding On, Avril Lavigne. You know who you are.

7. Past summer. Hmm, Tujuh Nafas Lagi, M Nasir. 20 Hari Mencari Cinta.

8. Well, this is not song, I suppose. Tapi, saya kira suara pertama of THE first love tentulah suara azan di telinga kanan oleh abah selepas dilahirkan, kan? Kerna cinta pertama kita tentulah Tuhan.


9. Ha, Insan dan Manikam, M Nasir.

10. Season in the Sun, Westlife. 

11. Favourite movie?? Stuck here. hah.

12. Balada Seorang Teman. Dan hari ini sahaja, entah sudah berapa kali dengar.

13. Former friend? Don't have one. Shouldn't.

14. Maksud? Lagu yang mengingatkan kawan-kawan lelaki dan perempuan?? haaa.
Would be 'Those Were The Days'. Choral Speaking LPM tingkatan 3.

15. Erk, suara tak sedap. Tapi, mana-mana lagu saya tahu,mesti saya menyampuk nyanyi sama.
Boleh bikin rosak mood orang yang nyanyi tu. huh.

16. Sesungguhnya, Raihan. And still. Just because. (eheh, tiru..)

17. Takde la pulak rasanya. Dahla tak pandai menari.

18. Isabella. Liriknya rasanya biasa, tapi lagunya bes.

19. Takde ipod

20. Sama seperti di atas.

21. Keji jugak soalan ni. Buat penat fikir je. Banyakkkk. Hmm. Sebab kebelakangan ni Irbid asyik hujan, saya pilih Hujan dan Airmata, Sudirman.

22. Kenangan di Rantau Abang, Rafeah Buang. Mak nyanyikan buat kami sekeluarga semasa bermalam di Pantai Rantau Abang, Kembara Pantai Timur semasa saya darjah lima. Sungguh kenangan.

23. Lirik sengal. Ok lah, saya bagi contoh, 'boleh kenal...apa nombornya...' Lagu-lagu rap zaman sekarang.
Memang terus cari lagu lain.


24. Dance? Takdela kot. Kalau sambil goyang-goyang kemas barang, adalah. Pagi di Hostel Etrusca, Florence. 'Oh, mama! Saya mahu....' haha. Eh jap, soalan ni tanya best friend eh?  Tak tahula valid ke tak jawapan tuu. ha.


25. Tak berapa nak wujud kot lagu camtu. ha.



Ok, tak sampai 25 minit pun. 
Dah, dah, nak gerak main badminton. ( ataupun jadi penonton! )

haha.

16 February 2011

Satu Pagi di Rome.



Bangun pagi di Rome. Bersiap-siap turun, hasratnya mahu melihat-lihat menu di Bar Roberto, hotel kami menyediakan sarapan di situ. Sebab namanya 'bar' kan, jadi macam risaulah.

Di luar hujan rintik-rintik.
Dan, mengejutkan, tidak sejuk!

Hmm, sejuklah juga sebenarnya, tapi amat kalah kalau dibandingkan dengan suhu pagi di Irbid dan tempat lain sepanjang kembara kami. Suhu macam pagi di Malaysia. Nyaman, tenang.









Orang Rome pun mungkin belum bangun tidur lagi.

Indah sungguh pagi itu.
Ya, saya memang sukakan hujan.
Dan hujan sebegini di rantau orang (Irbid tu dah macam kampung) buat saya tergamam.
Entah kenapa. Ada suatu rasa. Tak terungkapkan.





Syukur. 
Tuhan rezekikan ke mari.
Syukur.
Kaki tangan ini, ada dan berkhidmat dengan setia.
Syukur.
Bangun dari lena, bersambut sebuah pagi yang benar menghidupkan.
Syukur.
Pada tiap-tiap satu yang terlintas di fikiran.

Syukur. Walau telah seberapa besar kita rasakan, takkan pernah memadai.
Dan banyak lagi rasa-rasa lain. Bertempur bercampur baur. 
Sayu syahdu yang entah dari mana.



Pulang ke hostel, saya online. Kak Balqis update. Wah, saya sudah excited.
Baca entri beliau.
Wah!!



"Sejak Subuh tadi, hujan masih belum berhenti
Kabus masih membungkus
Perbukitan masih sepi
Ada kisah yang panjangkah?"


Inilah dia!
Yang saya rasakan pagi ini.
Rupanya, ada orang lain yang tolong mengungkapkan.

Pertanyaan di hujung ayat itu membentuk sebuah jawapan buat saya.



Lalu saya tinggalkan di ruangan komen,


Pagi ini kak, hujan masih tersisa renyai-renyai juga.
saya turun hotel, menikmati hujan, dan sunyi jalan-jalan Rome yang masih belum bangun.

Pulang ke hotel, dan tersenyum membaca ini.
Oh salah, senyum, senyum, dan senyum lagi.

Betapa kan.
Di sini kisah panjang sebuah peradaban. Gemilang jatuhnya. Intrig dan konflik. Mengubah wajah dunia.

Panjang...namun hanya sepintas masa.

Kerna panjang pendek itu tak termampu kita mengukur.




Kisah yang panjang...
Kisah yang panjang...

"Hidup ini adalah perjuangan.
Kerana ada hidup selepas hidup.
Dan ada mati sebelum mati."


Kemudian ( yang panjang ), 'disebutkan' kepada saya;

"Rasa orang yang berjiwa alamiah memang sama. Semua pun ada rasa."

Senyum.

"Apabila Dia mencipta, Dia mencintai"

Senyum lagi.


Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian, kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.


Pagi ini, manifestasi bagi 'penyempurnaan' itu.
Dan kita tak tahu bilakah pagi terakhir kita.
Allah.

Semua yang diaturkan, punya hikmah yang telah sempurna.



ALHAMDULILLAH,
moga sampai bila-bila,
menjadi hujung persoalan,
bagi setiap yang kita pasti,
atau yang tidak kita temukan.