Bangun pagi di Rome. Bersiap-siap turun, hasratnya mahu melihat-lihat menu di Bar Roberto, hotel kami menyediakan sarapan di situ. Sebab namanya 'bar' kan, jadi macam risaulah.
Di luar hujan rintik-rintik.
Dan, mengejutkan, tidak sejuk!
Hmm, sejuklah juga sebenarnya, tapi amat kalah kalau dibandingkan dengan suhu pagi di Irbid dan tempat lain sepanjang kembara kami. Suhu macam pagi di Malaysia. Nyaman, tenang.
Orang Rome pun mungkin belum bangun tidur lagi.
Indah sungguh pagi itu.
Ya, saya memang sukakan hujan.
Dan hujan sebegini di rantau orang (Irbid tu dah macam kampung) buat saya tergamam.
Entah kenapa. Ada suatu rasa. Tak terungkapkan.
Syukur.
Tuhan rezekikan ke mari.
Syukur.
Kaki tangan ini, ada dan berkhidmat dengan setia.
Syukur.
Bangun dari lena, bersambut sebuah pagi yang benar menghidupkan.
Syukur.
Pada tiap-tiap satu yang terlintas di fikiran.
Syukur. Walau telah seberapa besar kita rasakan, takkan pernah memadai.
Dan banyak lagi rasa-rasa lain. Bertempur bercampur baur.
Sayu syahdu yang entah dari mana.
Pulang ke hostel, saya online. Kak Balqis update. Wah, saya sudah excited.
Baca entri beliau.
Wah!!
"Sejak Subuh tadi, hujan masih belum berhenti
Kabus masih membungkus
Perbukitan masih sepi
Ada kisah yang panjangkah?"
Inilah dia!
Yang saya rasakan pagi ini.
Rupanya, ada orang lain yang tolong mengungkapkan.
Pertanyaan di hujung ayat itu membentuk sebuah jawapan buat saya.
Lalu saya tinggalkan di ruangan komen,
Pagi ini kak, hujan masih tersisa renyai-renyai juga.
saya turun hotel, menikmati hujan, dan sunyi jalan-jalan Rome yang masih belum bangun.
Pulang ke hotel, dan tersenyum membaca ini.
Oh salah, senyum, senyum, dan senyum lagi.
Betapa kan.
Di sini kisah panjang sebuah peradaban. Gemilang jatuhnya. Intrig dan konflik. Mengubah wajah dunia.
Panjang...namun hanya sepintas masa.
Kerna panjang pendek itu tak termampu kita mengukur.
saya turun hotel, menikmati hujan, dan sunyi jalan-jalan Rome yang masih belum bangun.
Pulang ke hotel, dan tersenyum membaca ini.
Oh salah, senyum, senyum, dan senyum lagi.
Betapa kan.
Di sini kisah panjang sebuah peradaban. Gemilang jatuhnya. Intrig dan konflik. Mengubah wajah dunia.
Panjang...namun hanya sepintas masa.
Kerna panjang pendek itu tak termampu kita mengukur.
Kisah yang panjang...
Kisah yang panjang...
"Hidup ini adalah perjuangan.
Kerana ada hidup selepas hidup.
Dan ada mati sebelum mati."
Kemudian ( yang panjang ), 'disebutkan' kepada saya;
"Rasa orang yang berjiwa alamiah memang sama. Semua pun ada rasa."
Senyum.
"Apabila Dia mencipta, Dia mencintai"
Senyum lagi.
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian, kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Pagi ini, manifestasi bagi 'penyempurnaan' itu.
Dan kita tak tahu bilakah pagi terakhir kita.
Allah.
Semua yang diaturkan, punya hikmah yang telah sempurna.
ALHAMDULILLAH,
moga sampai bila-bila,
menjadi hujung persoalan,
bagi setiap yang kita pasti,
atau yang tidak kita temukan.
14 comments:
hujan...jiwa jadi lapang..hati jadi tenang... bukankah itu juga nikmat..? siapa sangka titis-titis hujan juga bisa menunjukkan rahmat Allah dalam jiwa paling dalam...paling terkesan ~N
> N
"Rasa orang yang berjiwa alamiah memang sama. Semua pun ada 'rasa'."
'Rasa' itu, saya kira, adalah iman yang terusik.
Sungguh kan?
Melihat memerhati tiap titis hujan itu...merasai mesranya ia menyapa wajah dan tubuh..seolah cukup untuk berbisik (dan terkadang menempik) kepada diri,
'Nikmat Tuhan yang mana mampu aku dustakan?!'
membuatkan aku makin bersyukur dengan titis air dari langit.
=)
...hurmm....sungguh...nikmat tuhan yang mana mampu engkau dustakan?..
ar-Rahman....surah tu sendiri dah bermakna kasih-sayang...
p/s: hujan lebat juga nikmat.. nyaman dapat direhatkan tubuh yang penat...bukan?
=)
(masalahnya, saya bila-bila pun lena..hah)
(-__-)!
bole like komen tepianmuara x?
pengakuan jujur.
dalam lect hall pun dia lena. heh
>anonymous 1
ish..tak pandai sungguh nak tafsir emoticon2 camtu.
ha.
>anonymous 2
kalau cakap camni dengan cikgu-cikgu sekolah menengah, diorang mesti tak pelik.
kecuali kelas BI.hah
badi kelawar kot.
atau suara lecturer mendodoi sangat.
atau...
dah, dah, sume salah sendiri. hah
minum kopi lah.
atau kunyah2.
jgn mudah sgt kalah.
dgn mngantuk yg x sudah.
moga Allah nilai..
setiap susah payah.
setiap mujahadah.
-utk sendiri juga-
Aduhai.
siapalah gerangan tuan.
terharu sudah.
terima kasih.
Pasni nampak saya lena, silalah lastik dengan apa-apa ya. hah.
ok.
kali ni nk like komen anon kat atas ni. he
> anon
ish.
konspirasi apa niii..
hah.
MMJ CEC..haha
p/s: sila hati2 dengan systems 2nd sem terutamanya 2nd year ni ye.
Baik tuan!
terima kasih!
nanti2, ingatkan lagi ya!
hah.
Post a Comment