Assalamualaikum kawan-kawan.
Tarik nafas panjang.
Alhamdulillah.
Setelah hampir seminggu 'pulang' ke Irbid, baru dapat menulis. Err, menulis yang betul menulislah maksud saya. Sebahagiannya disebabkan masih dalam fasa pulih dari 'tragedi' kehilangan buku catatan. Sebahagian lagi, kerana ada cebisan-cebisan hati saya yang masih tertinggal di bumi sana.
Ya, saya suka mengembara. Tapi, sukar menerima perubahan. Waktu mula kembara, masih teringat-ingat Irbid, kampung halaman. Setelah tamat kembara, mimpi-mimpi pula kembali ke Sepanyol.
Ish, ke hulu salah, ke hilir pun tak kena. haha.
Kembara ke Sepanyol dan Itali kali ini disertai saya, Shafiq dan empat orang akhawat, ringkasnya, AIAI. hah.
19 hari penuh. Bermula awal pagi 16 haribulan Satu, waktu bulan mahu mengambang.
Berakhir malam 3 haribulan Dua, saat bulan tersenyum tipis dan tajam.
Buku Hilang
Buku catatan sama-sama hilang di hujung kembara. Oh!
Sebenarnya buku itu bukan hilang, kami yang tertinggal.
Jadinya, kami kehilangan.
Ia ketinggalan.
Berhantu rupanya 'nasihat' saya di Cordova pada awal kembara.
" Dis, aku rasa kita kena baca balik la apa yang kita tulis kat buku ni. At least, kalau hilang, taklah lupa semua...."
haha. Memang rupanya nasihat berguna. Cuma lain kali, baik terus scan masuk laptop lah tulisan-tulisan tu.
Bicara tentang ini tempoh hari, seseorang ( yang bukan sebarang ) mengatakan, kurang lebih,
"Tema blog korang sama. Suka main kata."
'Main kata'. hah. Taklah setuju sepenuhnya, tetapi tak juga tolak semua.
Saya balas kemudiannya,
" Main kata ni kadang macam main api. Mungkin dengan hilangnya buku kami, ada 'api' yang Tuhan mahu padamkan."
Redha.
Cuba.
__________________________________
Secara ringkas kembara kami.
16 hb. Ke Queen Alia Airport, Amman. Penerbangan ke Cairo ditangguhkan kerana cuaca buruk. Bermalam di Iberotel. Jumpa Hanis. Nil cruise.
17 hb. Terbang ke Barcelona. Terlepas bas ke Madrid. Jalan-jalan di park. Makan strawberi dan roti.
18 hb. Tiba di Madrid. Terus ke Granada. Pusing-pusing lihat tinggalan sejarah. Petang ke Al-Baicin.
19 hb. Ke Al Hambra. Shopping malamnya.
20 hb. Ke tempat penyerahan kunci Al Hambra. Ke Muzium. Bertolak ke Cordova. Sunset di Puente Romano. Malam jalan-jalan.
21 hb. Tulip!! Medinat Az Zahra. Masjid Cordova. Petang ke Callahora Tower.
22 hb. Al Cazar. Stables. Caliph Bath. Bertolak ke Sevilla. Malam jalan-jalan.
Dah tak larat sambung sebenarnya. Mula-mula ingat nak sumbat semua, tapi rasanya banyak sangat. Kita sambung kemudianlah nampaknya.
__________________________________________________________
Ha, gambar-gambar yang saya letak ni minta halal ya!

Tinggal kenangan. Sewaktu sama-sama menulis di Bocadillas Dar Baraka.

Cairo Airport
Hotel '5' bintang!
Medan Abu Rish. Hanis separa menjerit tertawa semasa saya maklumkan sudah berada di sini.
17 hb. Terbang ke Barcelona. Terlepas bas ke Madrid. Jalan-jalan di park. Makan strawberi dan roti.
lepak kat park
Ke Barca, merentasi Itali, yang akan kami kunjungi kemudian.
18 hb. Tiba di Madrid. Terus ke Granada. Pusing-pusing lihat tinggalan sejarah. Petang ke Al-Baicin.
Perjalanan.
Tugu Isabella dan Ferdinand yang 'diraikan'.
Someone help me with the name, please..
19 hb. Ke Al Hambra. Shopping malamnya.
Al Hambra, kau menyimpan seribu cerita seribu rahsia.
20 hb. Ke tempat penyerahan kunci Al Hambra. Ke Muzium. Bertolak ke Cordova. Sunset di Puente Romano. Malam jalan-jalan.
21 hb. Tulip!! Medinat Az Zahra. Masjid Cordova. Petang ke Callahora Tower.
Madinat Az Zahra. Ada kenangan tak terlupakan.
Masjid Cordova. Sedih.
22 hb. Al Cazar. Stables. Caliph Bath. Bertolak ke Sevilla. Malam jalan-jalan.
Al Cazar Cordova.
Sudah di Sevilla.
Golden Tower.
Dah tak larat sambung sebenarnya. Mula-mula ingat nak sumbat semua, tapi rasanya banyak sangat. Kita sambung kemudianlah nampaknya.
__________________________________________________________
Ha, gambar-gambar yang saya letak ni minta halal ya!
13 comments:
takziah.
untuk kehilangan buku catatannya
saya rasa buku kalian terlalu besar untuk dibuat buku catatan kembara,
dan terlalu besar untuk hilang
:)
dan gambar berdua tu sungguh nampak bagai anak baru terlepas dari sindiket human trafficking.
hik~
mungkin tanah itu mahu kamu kembali ke sana. memberi lebih banyak pada dia.
-puteri gunung ledang-
9th pic:
royal chapel
klu x silap lah.
cek blik susunan gmba2 yg ada.
takziah nep utk 'perginya' buku tu,,
syg,,dan berharga,,
seyes,,park tu cntik!msjid cordova,,Alhambra..
semua cntik la semuanya!ehe..
tp,,disebalik kecantikan tu tersimpan seribu kedukaan,,kepahitan..
agk2 stu mse ble ak smpai sepanyol ad lgi x tmpat2 ni..hm2..
tu dia sadis! kawaiiii, huahahaha
encik abang,camnela buku tu boleh hilang??
kami sekeluarga geleng kepala.
hayyy....
taun dpan nk gi..
hehe
>anonymous
mungkin kami yang terlalu kecil untuk menjaganya.
ishh, tak besarlah. hujung kembara tu, hanya tinggal beberapa muka surat yang tak tertulis. Kalau bawa kecil memang dah habis lamalah.
Mungkin. Cuma tentulah yang kaya memberi, bukan sebaliknya.ha.
-bukan putera gunung tahan-
>anonymous.
angguk-angguk.
Betullah rasanya royal chapel.
terima kasih.
>Mumtaz
InsyaAllah.
diorang preserve untuk pelancongan.
Harapnya untuk kita mengambil iktibar.
>intonasi.
haha!!
tak tengok video dia lagi..hah
>hanis
Berapa tahun kenal abang ni???
haha.
>faiq.
oh.
saya sokong.
spend lama sikit kat granada.
tu gambar royal chapel eh? bukan seville cathedral?
tapi kalau kronologi post ni betul, bukan kot seville cathedral~
memang royal chapel rasanya.
seville cathedral yang ada la giralda tu kan. bukanlah.
menarik la perjalanan ko hanip..best!
firdhaus..
>daus
insyaAllah, morocco next.
=)
21 hb. Tulip!! Medinat Az Zahra. Masjid Cordova. Petang ke Callahora Tower
Tulip? You see Tulips then? As if a flower? Or a place?
> Kak Nur
ha, nila yang nak cerita kat akak.
jumpa tulip di kedai bunga. Kuning. My fav.
sekuntum 1 euro.
tapi, masalahnya, travel dengan perempuan. malulah nak beli bunga!!
lagipun takkan nak bawak ke hulu ke hilir.
dan, kalau mahu diberi, kepada siapa??
Kesimpulannya...nantilah bila-bila jalan-jalan dengan isteri..haha!
-haniff kat rumah sadis-
Post a Comment