24 December 2009

Bukan Legasi Lalang


Cinta pandang ( baca; baca ) pertama.
Ya.
Pertama kali bersua dengan novel ini di perpustakaan kecil rumah saya.
Kulit depan yang menarik.
Bahkan diangkat sebagai 'Pemenang Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000'.

Saya lihat kulit belakang.
Tertulis,


Membunuh Jebat menjadi hutang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun. Tuah, Jebat, dua ayam sabung yang dilagakan secara semberono kesumat kuasa, wanita, fitnah, keadilan.


Perlagaan tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanya anganan yang wujud dalam mimpi.
kering jiwa Tuah menumpahkan taat setia kepada tuan. Dan tubuh Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.


Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?


Terpegun kagum.
Saya selak helaian pertama.
Tertulis,
' Terima kasih Cikgu Nahrawi kerana memberikan sokongan'.


Saya tanya Abah, siapa yang beri novel ini.
Abah menjawab,
"Penulisnya. Cikgu di sekolah Abah."



Dan saya, ketika itu darjah lima ( atau empat ), terus memulakan pembacaan.
Novelnya nipis sahaja.
Dan kerana terlalu asyik, saya habiskan membaca pada hari yang sama.

Terdapat banyak  kriteria sebuah buku yang baik.
Jalinan plot yang kemas.
Tema ampuh yang mendasari cerita.
Gaya bahasa menarik.
Wacana, isi yang menggugah rasa dan minda.
dan lain-lain.
Novel ini, bagi saya, menepati kesemuanya.

Perkara awal saya sedari, pengarang gemar menggunakan ayat pendek penuh maksud.


Mulai saat itu, saya menjadi peminat setia Sri Rahayu Mohd Yusop.
Novel ini berulang kali saya baca,
Hati tambah berbunga bangga bila mengetahui beliau anak Tanjong Karang dan dulu belajar di SK Batu 9  Jalan Bomba! Oh!

Baiklah, kita kembali kepada cerita.
Pengarang membawa kita menelusuri amanah Tuah pada keturunannya.
Amanah yang ditunjangi rasa bersalah mengorbankan nyawa sahabat tercinta.
Walau hakikatnya, tiada siapa menanggung salah.
Kedua mereka menjadi mangsa mahu sultan.

Cik Hasan Muda, selaku watak utama  dilihat sentiasa tenang dan sukakan perdamaian.
Pekerjaannya berhikayat kisah rakyat.
Konflik tercetus dengan Orang Kaya Ariff yang mahu mempertahan gah bangsawan.
Lalu menimbulkan pelbagai makar.
Di saat-saat ini, muncullah manusia yang menyerah seluruh hidupnya membela keturunan Jebat.

Saya sebenarnya, sedari kecil 'berpihak' kepada Jebat. Saya menyanjungnya sebagai hero yang selayaknya, bukan pengkhianat petualang Melaka. Namun, ya, seperti kata-kata Winston Churchill, 'History is written by the victors'....Jebat dalam kebanyakan cerita ialah ayam sabung yang mengamuk tanpa pertimbangan, dungu mencabar kedaulatan baginda sultan. Pantang selamanya anak Melayu derhaka menempah murka.
Pengarang novel ini melakukan usaha baik 'memurnikan' Jebat, saya kira.

Mari ikuti saat-saat akhir Hang Jebat,


" Dalam deritanya, Jebat sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah. Kelopak matanya ditutup dan dia menghela nafas yang terakhir sambil tangannya yang menggenggam erat tangan Tuah kini sudah renggang. Ribut yang ganas itu telah melanda lalang sehelai yang kini putus-putus akarnya. Lega dan reda.


Hidup Jebat sebagai pahlawan.
Rebah Jebat sebagai pahlawan.
Kekalnya Jebat sebagai pahlawan.


Lebih istimewa lagi kerana dia bukan pahlawan biasa. Mereka bencikannya. Mereka cintakannya.  Riwayatnya tamat dengan begitu tragis dan penuh makna." 


Untuk mengetahui kesudahannya, belilah novel nipis kaya jiwa ini.

Berbalik pada soalan yang ditimbulkan pengarang tadi,
Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?

Lama saya merenung.

Soalan ini mungkin bermaksud sinis, pesimis, jujur berkehendakkan jawapan, atau mungkin.....
soalan ini sendiri sebenarnya adalah satu jawapan.





Hari Malaysia








Salam.
Rasanya sudah agak lewat saya menulis tentang ini.
Rata-rata kawan-kawan di sini sudah terlebih dahulu mencoret.

Antaranya, kalian boleh berkunjung ke blog-blog ini.
opulya.blogspot.com
zulakhyar.blogspot.com
shafeqsads.blogspot.com

Malaysia Day.
Program ini diadakan pada 22 Disember.
Pada mulanya, terasa agak kelam kabut.
Manakan tidak, program dijadual bermula jam 8 30 pagi, meja-meja gerai hanya tiba jam 7 30.
Namun, syukur kita lafazkan kerana semua berjalan lancar.
Badan- badan anak negeri semua mengambil bahagian di gerai-gerai, mempromosikan budaya negeri masing-masing.

Memang ramai Arab yang datang memeriahkan.
Semua teruja melihat promo Visit Malaysia yang ditayangkan sewaktu perasmian.
Baru mereka tahu betapa indah bertuah bumi Malaysia agaknya.

Teringat pula lagu yang dinyanyikan penuh bersemangat oleh arwah moyang saya,



"Malaya yang subur,
Di dunia telah termasyhur..


Malaya...Malaya...


Kedudukan kamu,
sungguh terang bercahaya,
buat hati kita ria,


Malaya...Malaya...


Wahailah pemuda, wahailah pemudi..
Ayuh bergerak kerja dan usaha
di tanah airmu wajib dibela...."





Ah, hati terkenang, mulut menyebut....Al fatihah buat arwah.
Saya suka rangkap terakhir itu.
Ringkas. Tapi itulah yang sebenarnya.


Ada apa dengan negara?
Teringat ungkapan fasilitator BTN,
"Kerana Islam pentinglah, negara itu penting"
Ya, Islam itu selamanya tertinggi.
Bodohlah kalau mahu kita pertikaikan itu.
Cuma dalam sudut pandang konteks ini, negara menjadi naungan untuk mengamalkan Islam.
Mungkin kita hanya perlu melihat Melaka ketika dijajah sebagai contoh.
Oleh itu, kedaulatan negara perlu dipertahan.



Dalam kita ghairah mempromosi Malaysia kepada masyarakat dunia, kita tidak harus lupa wajah Malaysia yang kita tatap hari ini terbentuk hasil titik peluh, jerih perih, nenek moyang kita.
Keamanan kita kecapi hari ini bukan tanpa pengorbanan.
Untuk keamanan dan kemakmuran itu kekal, ia perlukan usaha.


Justeru,
Negara perlukan pemuda pemudi sebagai pemuka masa hadapan.
Pemuda pemudi yang membuka mata terhadap dunia.
Memerhati dan memahami.
Menyedari tanggungjawab dan memikulnya dengan kesungguhan.

Oh, maaf, saya merayau jauh.
Sedikit refleksi buat diri.

Sambung....sambung....
Pada hari itu, saya ditugaskan menjaga gerai Urusetia.
Kami menjual roti canai, popia, pau, bihun, dan teh tarik.
Kita lihat gambarlah ya!




Gatal bergambar di pelamin. Keunikan istiadat perkahwinan Melayu ditunjukkan pada hari itu.



Persembahan silat dari Mu'tah. Tiger jump.Irbid juga tidak ketinggalan, diketuai Abang Sadis kita.
Mendapat tepukan amat gemuruh hari itu. Selepas ini, mungkin ramai Arab ingin mempelajari silat.
Haiiit. Ceeeeshy.





Antara hasil seni kraftangan Melayu yang dipersembahkan.




Abang Afiq Muiz. Masih babyface macam dulu. Saat ramai Arab senyum-senyum sinis memandang,
ingin sahaja saya teriak, 'Woi, ini SAMPIN, bukan SKIRT!!'



Dari kiri; Naim, Faiq, Helmi, Salam.
Gerai Kelantan cukup mantap hari itu.



Dari kiri; Muhtadi, Basyir, Syuib, Fahmi, dan Fathi di gerai kami.
Syuib memang paling 'tabah'. Sabar sungguh melayan karenah Arab.



Rumah panjang Sarawak. Sejarahnya turut disertakan.



Aha, memang ramai manusia berkunjung.



Ha, yang ini paling menggiurkan! Terima kasih buat gerai kedutaan. Satu, sedinar. Sangat sangat sangat berbaloi!

15 December 2009

Hidden Behind Biology (1)



Biology is a field of hard science.

Biology is a field of hard science.

Biology is a field of hard science.


The words used are exact and accurate.


For they talk about facts. Or statements perceived as facts. Or at least, ideas about the facts.

They should be 'entirely unambiguous'.

They are 'the purest form of practical language'.

'The existance of multiple denotations and various overtones of meaning' will cause misunderstanding and confusion.

So, let it be as it used and supposed to be.








Yet, all Biology textbooks in the world is written by human.

And without doubt, human has feelings.

The writers try to imply and acknowledge this while conveying all the informations.

Not only for us to realise having human in us but to  appreciate BEING a human.














Now, an excerpt from Campbell's Biology Eighth Edition, used for our Tadika Medic.
Something that we can choose to reflect and ponder upon.


"Perhaps the reason we have so many unanswered questions about cancer cells is that there is still so much to learn about how normal cells function."       ( Page 243 )

Makes me wonder,
Perhaps the reason we have so many unanswered questions about our life, and the society is that there is still so much we don't know about ourselves. Our inner self.
The basic foundation that lay ground for the formation of society.

This is a quote from Khalil Gibran, a well-known Lebanon poet,

يقولون لى : لو عرفت نفسك لعرفت الناس                                  
فاقول لهم : لن اعرف نفسى حتى اعرف جميع الناس  



11 December 2009

Gemerlapan

____________________________________



Pada dada langit malam itu kita bicara,
Kalaupun nanti siang menjelma,

                 " Bintang itu,
                   jangan kau lepaskan pergi.
                   Biar ia jadi tatapan,
                   Teman.
                   dan panduan.
                   Buat mengharung,
                   perjalanan esok."

Tapi sayang,
terkadang manusia lupa,
Bintang bukan milik malam.

______________________________________


10 malam Jordan.
Di celahan torque in equilibrium,

08 December 2009

Dia Datang Lagi.

Bismillah.

Hm, bagaimana ya mahu mula.
Baiklah, tulisan ini saya coretkan lebih-lebih untuk ingatan diri pada masa hadapan.
Juga untuk rakan-rakan. Moga ada yang boleh dimanfaatkan.






MASALAH.

Hadirnya tanpa dijemput.
Menyesakkan dada. Menjerihkan fikiran.

Masalah kecil.
Masalah besar.
Masalah kecil menjadi besar.
Masalah besar menjadi kecil.
Masalah kecil diperbesarkan.
Masalah besar diperkecilkan.

Aha...macam-macam ada.

Diri jadi murung.
Kusut. Serabut.
Tertekan.
Salah tingkah.
Serba tidak kena.
Air mata mungkin jadi teman setia.

Saat ini, apa yang dilakukan?



Opsyen 1.

Berdepan.

Bak pepatah arab yang baru saya pelajari,

الباب الى بجيك منه الريح
سده واسترح




Maksudnya;

"Pintu yang masuk darinya angin,
Tutuplah dan rehatlah."

Di sini kalau buka pintu musim syita' malam-malam, alamat kesejukan teramat la. Jadi, jangan berlengah. Tutup sahaja pintu (selesaikan masalah) dan kau boleh kembali tenang menjalani kehidupan.

Ya, tidak semudah itu.
Tapi, itulah konsepnya.

Langkah pertama, kita mesti TAHU apa masalah kita.

"Abu, aku ada masalah la."
"Masalah apa tu, kalau mampu aku bantu."
"Aku pun tak tahu masalah apa. Tapi aku pasti aku ada masalah."
"Laa..kalau camtu, pastikan dulu masalah kau. Esok-esok cari aku."

Ha...boleh bayangkan dialog di atas?
How can you fight something you don't know.

Kenali masalah.
Mungkin masalah itu berkaitan dengan sesuatu yang lebih besar.
Ia hanya ranting pada dahan, dari akar yang telah lama menjadi punca.
Mungkin itu sebenarnya bukan masalah, cara kita memandangnya yang bermasalah.
Mungkin masalah itu rentetan salah faham, yang tidak sepatutnya berlaku.
Mungkin masalah itu duri semilu di jalanan yang boleh kita elak dan abaikan.

Kemudian,
Mungkin kita perlu selesaikan pecahan kecil dari masalah besar itu dahulu.
Mungkin kita perlu tarik nafas, kosongkan fikiran, lalu terus memikirkan penyelesaian.




Opsyen 2.

Lari.

Ya, tentu sahaja.
Bila keadaan mendesak,
Kiri kanan, atas bawah tiada ruang bergerak.
Buntu. Jalan keluar tidak kelihatan.

Yang terlintas, 'aku mahu hilang dari sini.'

Kita semua pernah lari bukan?

Teringat contengan spontan saya dalam sebuah blog. Dan saya tambah serangkap kemudiannya.

Larilah sekuat hati,
sampai langkah terhenti,
biar jiwa letih itu pulih.
kerna sedari awal,
sempurna bukan jawabnya.

Adakala kita mencari jawapan
Dari susunan bata persoalan.

Adakala kita mencuri masa,
belajar menerima,
jawapan yang lama tersedia.

Agar nanti bisa kita berjalan pulang,
dengan tenang.

-----------------------------------------------------

Time is a great healer.
Mungkin kaki telah tidak daya,
nafas habis lelah.
tapi masih terus memaksa.
Sebenarnya kita tahu,
garis akhir bukan pada batas gagah kaki melangkah,
Ia tersimpan dalam diri.

Tidak selamanya kita ingin lari bukan?



Akhir kata,
buat ingatan kita semua.

Masalah memberi pengalaman.
Pengalaman mematangkan.

01 December 2009

Terumbu Nafsu

Di sebalik terumbu nafsu,
terpendam hitam dosa, kelam noda,
tersorok durjana lembing terhunus,
terhias manis yang menghiris.

Biru.
Merah.
Ungu.
Meliuk lentuk diduga arus laut,
menggamit hambat mereka yang lupa,
khayal tumpas dengan dunia.

Angkara terumbu itu,
Rebah Rom Parsi menyembah Bumi,
yang dulu keras diinjak telapak kaki.

Ranap runtuh peradaban Abassiah,
tinggal hanya tulisan suci di kota sepi.

Karam bedar tamadun Melayu,
yang dulu gah dikemudi merentas benua.

Oh Tuhan,
sungguh manusia punya rasa yang bisa membinasa.

------------------------------------------------


malam sebelum trial bm,
Hilang dan kucantum serpihannya.
Terima kasih kau yang menyimpan.
Moga untukmu hanya yang terbaik.


Owh!
Bulan mengambang,
Bintang-bintang terbias seri.
Aku senyum. Lagi.