05 May 2010

Helai Akhir.

Dalam menyelak helaian kehidupan,
kita lihat pelbagai coretan,
pada muka-muka belakang.

Ada contengan yang dipadam,
namun tetap meninggalkan kesan.

Ada warna-warna cacamerba,
namun manis bila dipandang.

Ada kisah tak dikisahkan,
Rahsia-rahsia; rapi tersimpan.

Ada tulisan elok terletak,
Saat taat; halus dan tulus.

Ada baris-baris impian,
yang menanti untuk dinoktahkan.

Dan kita merenung,
pada muka-muka hadapan yang masih kosong,
...."apa yang akan diisikan?"...

Sedang tahu,
kita bukan penentu,
Akhir helaian itu.

_______________________________

Bawah teduh ini,
4 petang.
Masjid JUST.

9 comments:

Unknown said...

bukankah kita yang melakarnya?

Berd said...

luahkan saja. ikut akal. itu tanda berani.

Nurul Athirah said...

semua yang telah tertulis,
yang bakal ditulis

menjadi rahsia sang Pencipta
sehingga masanya tiba

tepianmuara said...

>hazen
aku lebih maksudkan 'masa' sebenarnya.
But still,
pada manusia ada usaha,
Tuhan penentu segalanya.

>Berd
???
xpaham

>athirah
setuju!
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"

kamal abdullah said...

tggi gle bhasa ko hanif!!smpaikan aq kna bce 2 3 kali gak nk fhm nih...

tepianmuara said...

>kamal.
ish, tak mau lah tinggi-tinggi.
nanti kalau jatuh, sakit...
ha

shazleeshahazeman said...

suka ini (gaya facebook)

Anonymous said...

Mcm prnh trbaca kt 'contengan' ko yg len..

2 3 kali pn msh ak rse indah ngn sajak ni.lg2 kalo ak byg bce kt bwh pokok tu. (=


k.e

tepianmuara said...

dah lama tak lepak situ.
kau yang tunjuk tempat tukan. haa.

dah 2 tahu berlalu rupanya.

=)