22 May 2010

Perantau.





"Dalam tradisi Minangkabau, setiap anak laki-laki akan pergi meninggalkan tanah kelahiran mereka...dan berjalan mencari pengalaman hidup. Pengalaman hidup yang akan membuatnya menjadi lelaki sejati."

"Apapun yang dikatakan orang, belum tentu itu yang paling benar. Kembalilah nak....kapanpun kau siap."

Tertarik dengan ungkapan dalam filem Merantau ni. Belajar melalui pembacaan dan lingkungan ruang kelas tentu tidak sama dengan ilmu yang diperolehi dari jalanan, dari pengalaman. Peritnya kegagalan. Manisnya kejayaan.

Sekarang 'merantau' di Jordan. Namun, sebenarnya tidaklah terasa sangat di perantauan. Keluarga di Malaysia kerap sahaja dihubungi. Ada komuniti melayu yang sangat akrab. Wang ihsan kerajaan dan rakyat Malaysia (biasiswa) sangatlah lebih dari cukup. Ke universiti dengan bas dan teksi, tidaklah terasa susah memerah keringat berjalan kaki. Nasi, dan hidangan melayu lainnya kerap sahaja dijamah. Kalau Naim tidak masak, boleh ke Warung Din.  Kehabisan asam keping pun ada yang bermurah hati memberi.  Rasanya Syarik Jamiah ini sudah ada ciri-ciri Malaytown.

Selesa. Alhamdulillah. Syukur Tuhan segalanya dimudahkan.

Cuma risau, sekiranya leka, selesa ini membunuh dan membutakan saya.
Umur-umur ini adalah waktu bina diri, bina peribadi.
Pusat pemulihan akhlak, sesetengah orang kata.

Seperti yang disebutkan Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam,
"Bumi Isra’ ini penuh barakah.
Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti…"

Takut pun ada mendengar bait kata ini. Tika lemah, harapnya 'takut' ini akan hadir memberi semangat.

Dan kawan-kawan yang turut sama 'merantau', tidak kisahla keluar negara, negeri, atau daerah sekalipun, ingatlah juga,
"Perantau takkan sepi kerana sepi itu mati dengan pertemuan, akrabnya persahabatan, dan kukuhnya ikatan iman."

Aha.

6 comments:

ms dr.nisa-to-be said...

suka ayat last..
gud luck!

kepalakotak said...

naik teksi?

bes.

referee bias said...

asam keping?? setelah lama memerah otak nak cari kat mana,,haks4

tepianmuara said...

>cik nisa
tu ayat recycle dari post lepas.cengkelat.n trimas for the wish.

>kepalakotak.
mahal.
agak.
bes.

>wala'
cemerlang2..ha

'Ezzah Al-Islam said...

Salam ziarah dik.

peringatan yang halus buat semua 'perantau dunia'. tertampar sedikit buat momentum berlari.


p/s: tak kenal kamu tapi suka kecantikan bahasa kamu.terus menulis!

tepianmuara said...

>'Ezzah Al-Islam.

wasalam kak.
Sudah lama 'kenal' akak. dari tulisan blog.
dan 'pusat pemulihan akhlak' tu memang dari trademark akak la.
Ha.
Terima kasih singgah.