17 May 2010

Selamat Hari Guru.

Teringat sambutan hari guru semasa tingkatan 5 dahulu.
Berpantun dengan Bonda Pengetua Saadah, sebelum beliau 'dibenarkan' masuk ke dewan.
Lupa pantunnya yang sebenar, tapi saya bertanyakan tentang amanat untuk pelajar-pelajar.

Senyum beliau seraya menjawab dengan serangkap pantun ready-made.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Saya amat suka pantun ini.
Dalam maknanya.

Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan saya memahami dunia perguruan (tentu sahaja bukan sepenuhnya), memandangkan ayah dan ibu bekerja sebagai guru. Juga Lek Jaja, Lek Zakaria, dan Kak Wahidah.

Sejak kecil, saya melihat buku rancangan mengajar mereka, kadang kala membantu menanda kertas jawapan periksa, menaip kertas soalan, dan ikut ke kelas tambahan di hujung minggu. Ok, tu basic. Yang lain-lain tak cerita.

Semasa sekolah rendah dahulu, terasa seronok menjadi anak cikgu kerana boleh dapat buku teks pinjaman.
Guru Besar, Cikgu Abdul Malik Samiin selalu menyebut, perkataan guru bila dipecahkan suku katanya membawa maksud dan falsafah tersendiri.  Suku kata pertama 'gu' diambil daripada perkataan 'gugu', bermaksud patuh. Sukukata 'ru' pula diambil daripada perkataan 'tiru'. Kesimpulan mudahnya, guru itu untuk dipatuhi, diiyakan dan ditiru.

Teringat hukuman pertama yang diterima dari guru bahasa Inggeris tingkatan 1. Saya dan Hafiz (Ketam) leka bermain lawan pemadam sedang teacher mengajar. Sudahnya dipanggil ke depan.........(lalalala....).
Seriau berhari-hari.


Dan sememangnya panggilan cikgu itu amat keramat..
Tiada rasanya suatu profesion yang akan kekal panggilannya selepas bersara. Posmen bukan posmen lagi selepas bersara.Tapi panggilan 'cikgu' kekal. Kerana ia bukan hanya satu pekerjaan, ia sudah sebati dalam langkah dan tingkah.

Satu keluhan yang ibu saya kerap luahkan,
" Mak perhatikan selalu budak-budak yang nakal,malas, yang mak cubit, yang mak marah kat sekolah tu la yang selalu tegur, senyum bila jumpa. Yang pandai-pandai ni selalu lari."
Ha..peringatan untuk semua...


Kepada semua cikgu-cikgu, guru-guru, 'teacher-teacher', sifu-sifu, lecturer-lecturer yang pernah mengajar saya sejak dulu, ribuan kemaafan saya mohon atas salah silap dari  hujung kuku tangan sampai ke hujung kuku kaki.

Terima kasih!Kesuwon.
Moga rantaian ilmu yang cikgu-cikgu beri itu kan berpeluang jadi lebih panjang.

6 comments:

Unknown said...

sedap betul susunan ayat kau nip. serius.

kalau kau baut buku, tak berenti aku baca rasanya. memang gifted la.

idea mantop, bahasa menarik.

.: nia :. said...

urm..
still ingat lg ape yg cg malek sebut..
(=

NidzamYatimiRamli said...

hanif... selamat hari guru... kau pernah jadi guru aku jugak kn..bio2..

he..

rasanya aku ada miss satu event dalam diari hidup kau kn...

he.. mungkin takde kesempatan dan kelapangan..

semoga panjang umur , murah rezeki, bertambah iman , dimantapkan ilmu2... amin ya rabb..

salam ukhuwah... rindu..

tepianmuara said...

>hazen
uik?
ok,dan terima kasih. aku anggap itu galakan untuk aku yang tengah kering idea nh.

>nia
tiap tahun beliau sebut.mane bleh lupa.

>nidzamyatimi.
aha.
eh, kita belajar sama-sama tuu.kau guru aku gak.endo......haha

moga hati kita terus bertaut.amin.

hqz said...

salam...
betul cakap mak tuh...kita xperasan selagi kita xbergelar guru..jgn lari dari cikgu k cz kejayaan kita sekarang bertitik tolak dari didikannya....semua makhluk dibumi ni adalah guru...guru yang terhebat...i.allah

tepianmuara said...

>hqz
yup2.
jangan segan tak bertempat.
semua guru selagi kita sedia menjadi pelajarnya.