22 June 2010

Pantai Latakia.





Assalamualaikum.


Kami seramai 17 orang ahli Tahfiz Az Zikr  diizinkan menziarahi Syria selama 4 hari. 

Saya pun tidak larat menulis post berat, jadi ini sekadar gambar dan sedikit coretan kami di Pantai Latakia, pada hari ketiga.

Kami tiba pada malam hari kedua, disambut desiran ombak lembut, dan air laut yang jernih.

Menikmati masakan kari ikan akak-akak yang sangat lazat. 

Ketika yang lain lelap tidak lama kemudiannya, saya dan encik anonimus shafiq keluar menghadap pantai, membawa buku menulis ntah apa-apa.

"Kalaulah aku ada lastik, aku bidas kepala pakcik tu"
Ayat kami takkan lupa.

Dengan....

bulan separuh memilih berada di belakang,
bayu hanya sekali sekala menyapa .
nyamuk dahaga darah manis Nusantara, dan
pakcik 'shisha' sekeluarga berkelah hadapan mata.

kami bertahan...

sehingga sejam kemudian.

Encik shafiq mengoyak sehelai kertas tulisannya, keronyok, dan campak ke bawah. ( tanpa menghargai semangat NR yang kami pelajari. hah )
Dia ke dalam, dan saya menurut tidak lama selepas itu.

Esok paginya, kami serang air jernih pantai itu.





Rumah tumpangan kami.








Aiman dan Salam kegirangan.


Bersama Ustaz Amir yang baik hati menaiki bot kayuh.




Pemuda-pemuda Arab yang peramah. Ada bendera Syria di belakang.


Cuba teka siapa gerangan tuan punya muka??



Tadaa!!Aiman dengan gaya-menggoda-muka-depan-majalah-Mangga. haha.





Main celup kamera dalam air.


Ustaz Ziad Mafraq berkelana ke Syria sepanjang musim panas.




haha...kantoi ada tiles di belakang. Dalam kolam depan 'rumah tumpangan'.



Lepak atas batu. Gambar tiada motif..heh.


Ikan kecil-kecil comel.





















Ikan dan 'terumbu'.


Hampir jam 9, kami 'mendarat', bilas badan, dan meneruskan perjalanan.


Esok pagi, saya bertolak ke Haramain menunaikan umrah. Doakan segalanya selamat ya.

________________________________________________


Nota kaki kanan: " Kami tak nampak pun syabab baca Quran..."

Erk!




10 comments:

Unknown said...

hahahahahah!

terbaik lah post ini!

yang "aku bidas kepala dia" dengan "kami tak nampak pun syabab baca quran".

heh. kenangan yang tersimpan!

er, sajak ko cantik.

ch@ said...

haha gambar sesaja, mcm tak complete je criternya :p

Mn Salam said...

haha.. semat dalam memori baik2 kenangan ni. Simpan lama2. Makin lama makin manis utk kita imbas.

"Kami tak nampak pun syabab baca Quran".. sebab masa syabab baca akhwt tido.. tawadhu'.. ahhaaaa~ :)

tepianmuara said...

>hazen
haha. ko curik bace ke?!memang kurang hijau laa kalau camtu..cess..

>ch@
yup2..memang pun..xlarat..nanti2lah.

>salam.
tak baca sebab segan dengan Salam, boleh??
haha.

Hattarazian said...

hei..kamera itu sangap mantap..tentu mahal...semoga selamat tiba dan menunaikan ibadah dengan sempurna...nanti ingin ku bertanya tentang latakia ini..teringin nak pergi..ok anep..haha

Rizha CUMA (FH) said...

camera waterproof !

mujahidah said...

salam ukhwah...

waaa....bestnye!!!
hehe..
hati2 pgi umrah...
smoge selamat..
kirim doa,,hehe

Dya-Na said...

best part gmbr dlm air~
=)

Anonymous said...

wah, semakin hari, semakin jeles aku dibuatnya.
=)

tepianmuara said...

>Hatta, aeisyulillah,cha, rizha, mujahidah.


jodoh tak panjang. kamera dah hilang. haha!