10 June 2010

Tentang Tulip, Orked, dan .....


Kredit untuk http://www.flickr.com/photos/reisgekki/



I

Bunga.
Berkenalan dengan tulip kuning ini di Turki.
Ada kisahnya.
Terasa Tulip ini sangatlah cantik. Tulip ini tidaklah kembang mekar seperti ros. Atau segah lavender. Malu-malu. Dan daunnya, ya daunnya hijau lembut, seolah melengkapkan 'kesempurnaan' tulip ini.
Tahu tulip memang jadi kegilaan di Turki ini, sehingga ada ' Tulip Age' di sini.
Merujuk kepada zaman pemerintahan Sultan Ahmad III ( sultan ke-23 ) dan 'bendahara' Nevsehirli Damat Ibrahim Pasa. Banyak kemajuan zaman ini. Dan tulip mencapai status yang sangat tinggi. Menjadi idaman semua. Lebih lanjut, tanya Encik Google.

Blame Turkey for making me fall in love with you!!


II


Secantik-cantik bunga di rantau orang, bunga di laman sendiri yang menambat hati

Teringat orked mak tanam depan rumah.
Dulu sebelum mak decide nak tanam orked, ada tanam pokok renek lain,daunnya hijau terang, ada macam 'buah-buah' warna oren. Tak tau pula namanya.

Saya ada nilai sentimental dengan pokok hijau itu. Entahlah. Mungkin kerana lamanya dia di situ. Mungkin kerana 'buah-buah' oren itu sering saya kumpul, buat main baling-baling, gesel-gesel dengan bata, pastu bau-bau. (apa jadah pun tak tau buat camtu ). Mungkin hanya kerana...dia setia...mudah dijaga...tak merajuk-merajuk. Oh, lupa beritahu, masa ini saya darjah dua. Atau tiga. Lupa.

Masa mak mula-mula suarakan nak tanam orked (masa tu saya pun tak tau orked tu apa, budak dalam iklan susu dengan Ako Mustapa tu lagi bijak) saya tanya, di mana?. Mak kata kat tempat pokok hijau tu. Saya sudah rasa semacam. Macam protes sikit-sikit. Tapi, sebab orked pun belum beli, saya cubalah juga sedapkan hati.

Petang itu, semasa pulang dari sekolah agama, saya terkejut.
Pokok-hijau terang-dengan-buah-oren itu sudah tiada!

" Mak dah cabut ke pokok tu?" ( obviously, ini soalan bodoh, tapi bayangkan saya tanya dengan nada geram)
" A'ah...kita nak tanam orked."
"Kenapa tak tunggu abang balik dulu??!!!!"

I stormed ( ceh!) masuk ke dalam rumah. Baring atas katil. Teka apa saya buat. Menangis. Ya. Sungguh tak jantan. Kalau budak perempuan, mungkin la boleh cakap, "maybe its hormonal kot". Saya? tiada alasan. Awek kat sekolah taklah buat hal (gurau2..ha), ustazah taklah marah-marah, makan semua cukup...songkok tak hilang..baju siap gosok..cuma...saya tetap tak boleh terima hakikat,

"Mak dan Abah 'bongkarkan' pokok renek itu untuk memberi laluan kepada orked."


Saya buat kesimpulan waktu itu, saya tak suka perubahan.
Saat itu.
Selepas itu, mak beli orked, kami semua ikut, mak tanam penuh kasih sayang.
Selepas itu, saya siram pokok itu petang-petang, masih terasa hati, "kaulah perampas pokok hijau aku".
Selepas itu, hati terpujuk sendiri tengok orked-orked harum, warna warni.
Terpujuk tengok mak senyum.
( Mak Abah, adik-adik tak tau tentang ini, until now...haha)

Kemudiannya, saya belajar menikmati perubahan itu. And i'm glad that it happened.
Dalam banyak hal. Dalam banyak hal. Dalam banyak hal.

Perubahan biasanya ada pengorbanan. Keluar dari zon selesa. Risiko. Kadang kita memilih perubahan, kadang perubahan dipilihkan untuk kita. Terpulang bagaimana kita mahu hadapinya. Dan mahu menanggapinya.


III

Tapi belakangan ini, saya lihat orked-orked itu semakin tak bermaya.
Ok. dapat satu idea.

"Menerima adalah sebahagian dari memberi."

Mari buat equation.

Katakanlah saya minta mak serikan semula taman orked tu,

Mak takkan kecewakan saya, lagi-lagi bila setahun tak jumpa = mak akan tunaikan permintaan saya = mak akan cabut rumput, beli baja, beli orked baru, siram petang-petang dengan penuh kasih sayang = duit, masa,  banyak habis = mak penat, penat sangat-sangat, peluh mengalir laju-laju = mak senyum, takpe, ini untuk anak =  kemudian, saya balik, saya gembira tengok bunga lawa-lawa = emak gembira ganda ganda ganda lihat saya gembira = sebab gembira, sekuntum bunga mekar dalam hati saya = setaman bunga mekar dalam hati mak.

Nampak tak kawan-kawan???
nampak tak betapa kejamnya saya


" Dua..sayang berpanjangan...membawa ke syurga...kasihnya ibu."


Apa mesej saya. Seksa mak? Well, it goes beyond that.
Selama ni, mak tak pernah merungut kita mintak macam-macam.
Mengandung sembilan bulan, ujian demi ujian, kena pantang-pantang, jalan tak cergas ( lagi-lagi bila meteng tuek ).
Masa baby, nangis malam-malam tak henti-henti, demam, mak tak boleh tidur.
Masa kecik-kecik, kejut mak malam-malam ( padahal mak baru je lelap dan itu saja waktu berehat ) , 'mak, nak kencing.', 'mak, lapar..nak makan'.
Semua mak ladeni.
Setelah semua ini, apa yang pernah kita korbankan untuk mak??

 Kawan-kawan bijak bestari, mesti boleh calculate sendiri kan yang lain-lain tu.


IV

Mak, ini ganti abang tak wish birthday mak, segan-segan ucap selamat hari ibu, dan buat muka tak tahu bila mak tanya, 'rindu mak tak?'. Memang tak seberapa, takkan mampu sebanding, tapi abang tahu mak akan ingat sampai bila-bila.


Mak yang lahirkan, menyusukan, membesarkan abang. Satu-satunya dalam dunia. Tiada tara. Mak lagi cantik dari tulip kuning tercantik di dunia, lagi seri dari Ungu Kamila (ha..pengaruh RAM),  lagi wangi dari orked paling wangi.

Mak, kita setuju kan, 'rasa...kadang tak mampu diungkap kata'.


Sebabnya? Satu. Mak adalah  mak abang. Dunia akhirat.

Blushing. kesat air mata mak. ceh..

Dan lagi satu, masa skype nanti, sila buat tak tahu. Abang malu. hahahahahahahahahaha.

Ha, abang tahu, lepas ni mesti mak tulis sajak panjang-panjang dalam diari sambil lipat kain pukul dua tiga pagi...kan?kan?kan? ( sambil kenyit mata) kah3.




________________________________________________________________


( masa menulis entry ini sama dengan empat round game PES yang kawan main di sebelah. )


Berjaya buat satu entry pusing-pusing tanpa hujung pangkal. Masa saya mula tadi, langsung tak tahu endingnya begini. Maaf, kawan-kawan, entry nh ala gadis-gadis baru mencapai umur matang. Saya rasa ini kesan tidur siang, jaga malam sempena summer (dengan hadiah ngeri mimpi-mimpi pulang Malaysia), dan severe effect of studying antomy & OC hampir serentak, dua-dua berebut tempat dalam otak.

p/s : annoying kan selit bahasa omputih celah-celah bahasa Melayu indah kita ni. Saya pun tak suka rojak-rojak ni sebenarnya. Aiya...Ampun ya para pencinta Bahasa Melayu.

p/s 2 : Lebih seminggu berlalu, tapi saya pasti peristiwa Freedom Flotilla hari itu, tidak kita lupa, kan?

16 comments:

pakurawan said...

i

pokok hijau buah oren tu pokok renek famili teh.

ii

lagu aris ariwatan mamang dalam hati senantiasa

iii

sampai kehati entry kali ini. sungguh. minta tunjuk ajar sifu!.

ayyash said...

ye..
akk tau pokok hijau buah oren tu..

"entri ni ala-ala gadis baru mencapai umur matang".. [erk, tak setuju]

erm, mesti mak gembira baca entri nih.. gembira sbb ada anak yg baik.. \(^__^)/

Anonymous said...

Erk, aku selalu tulis post tak tahu hujung.. pangkal dah ada, hujung kita explore sendiri.. memang tak terancang.. tapi lagi best, sebab kita macam berbual dengan blog, *abaikan blog tak boleh bersuara.

I really like this post.. n i am so proud to have friend like you..

and mak kau, mesti bangga, yang teramat.
dan syahdu yang teramat.

Akhyar said...

teringat mak kampung..ceh,nasib baik aku x nangis anip!
haha

QteenaHazman .: said...

whoaaa..kalah entri 'emo-jiwang' aku...hua3~

mmg tbaek laa entri kali nihh..

suke2~ aku plak yg ase bhagia ble bce..(pelik en?!cm tader kne mngena..huhu)

moms..they r d greatest women in world! =)

anon said...

sob sob.

nak balik!!! +_+

tepianmuara said...

>Hazen.
i) ooo..yeke..wa tak tau..tq
ii)yeah...layan..sangat2 suka.
iii)ecece...

we, ak boleh bayang kene sembur ngan abang imran sat lagi..post blog, tp x ngapal..eish..

>kak ayyash
erk..da terfikir gak td mcm boleh ada kontroversi. no insult intended.
ok..salah pn rasanya. Ampun kak. They said men from mars kan..
hah, anak nh la yang banyak buat mak nangis..aiya.

>aeisyulillah.
Keluar nama ko, terus teringat teacher. Terus teringin nak duk pekse jawab kertas soalan bi..bm pun.sebab nak bersaing sekali dengan ko.( arab tak pulak..hehe)
Mak ak..ha, i don't know if i've done anything to deserve her. Make her proud. ish.

>Akhyar
Hahaha..dak laki nangis xbley kasi orang tau. nangis atas sejadah banyak2 ok. bab nh memang jeles sangat2 ngan abang imran.

>Lurvehater.
NO!'greatest women in the world.'
Even that is an understatement.ha

Bahagia? ko dah terasa nak jadi mak kot.Aku doakan yang terbaik r kalau camtu. 1st batch kte.

>Amirah.
Hati ak dah kat Malaysia dah. Nanti nak pi umrah, ak mintak pos sini balik.haha

Balqis said...

Wah... sekali anak jantan yang tulis untuk mak. Memang lain. Anak jantan yang punya perasaan terhalus. Mak Haniff mesti bangga. =)

mujahidah said...

good haniff!!
x terkata..syahdu..
me pon x mmpu nak wat cmni kat mak...
huhu..

ur mom..
bngge dpt anak mcm kamu..
msti menitis air mte..ha..
i`m sure!!=)

tepianmuara said...

>Kak Balqis.
saya masih ingat puisi akak untuk abah tu.
Suka. =).
Ibu bapa permata dunia akhirat kita kan.

>mujahidah
Erk!
Da selalu sangat buat jahat ngan mak.

err..=)

anatilokman said...

asl bergenang2 ha mate ak bc post ko yg neh ? haha

anatilokman said...

haha ak harap mak ko ungkit balek bnd neh kt skype.bia kau maluu !
[haha tp tk sptotnye ko malu dohs,bangge2!]
ko dh brjaye wt mak ko trharu gilerr!!
nak ank cm ko ah nanty !heee

tepianmuara said...

>anatilokman
aku cool je.

watch out what u wish for!
satu lagi, kahwin jangan tangguh-tangguh, kahwin masa kitorang balik, jangan kat hotel, sebab aku ngan ainol nak gak turun rewang.hak

anatilokman said...

org ckp psl ank bukn sal kwen,huhu

Nur said...

Salams,

I love tulips so much, regardless of their colours, but have you seen the blue tulips? It's marvelous, beyond beautiful, wonderfully majestic.

And yes, Turkey is beyond words too. I love Turkey, more than anything, except Cairo and the two Haramain!

tepianmuara said...

>Nur.
Kak,
guess the yellow is my first love.
Now..nothing can replace that!he

Ha..Turkey.
Breathtakingly beautiful. But for me, Malaysia still holds her status quo.=)