28 February 2010

Seteguh Karang

Teringat pula 'cerpen ntah apa-apa' saya semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 5 dahulu...

Syok sendiri daa..
Secebis nasihat buat sesiapa yang masih 'perlu' menghadapi PMR dan SPM, lebih senang jika memilih karangan fakta berbanding karangan cerita. Pemeriksa pun lebih senang kerja. Tak perlu tulis panjang-panjang sangat. Buat bernas dan padat. Kadang-kadang, pemeriksa cari isi utama sahaja.

Janganlah buat karangan cerita berjela-jela. Dalam timbunan ratus kertas yang hendak diperiksa, dengan anak menangis di tepi...berpuluh jemputan kenduri...cubalah bayangkan kesudahan karangan anda itu.

Penat tau jadi pemeriksa! Kasihanilah mereka...ha. Tolonglah mereka dan tolong diri sendiri juga.

Ini sekadar pandangan peribadi sahaja.

Soalannya, buat sebuah cerita berdasarkan pantun di bawah;



Lemak tidak manispun tidak,
Gula Melaka dari seberang;
Beremak tidak berbapa tidak,
Kerana jasa dikenang orang.




Ini penutup karangan saya. Sedikit cerita tentang sejarah. Tentang Hang Nadim yang saya bantai sahaja ceritanya. Tergelak baca tulisan sendiri..apa-apalah....


"Begitulah kisah yang dapat kuceritakan. Kisah sejarah bisa menggamit kita, mengitari urat nadi, memenuhi ruang rengkung dada, terhela rasanya tiap hembus nafas. Ya, terkadang sejarah berhantu. Boleh saja ia berulang. Boleh saja kita terima akibatnya. Boleh saja kita yang musnah kerana alpa. Telah kita saksikan, bangsa agung dunia semua tumbang kerana lupakan sejarah.

Namuan, aku yakin bedar tamadun Melayu ini akan terus  berlayar membelah, mencabar samudera, mendepani prahara murka, seteguh karang bertahan dihempas arus lautan…asal saja kita berpadu. Usah biar lembaran sejarah ternoda lagi. Semangga dengan itu, hayat Melayu akan bertahan…takkan hilang di dunia! "

semangga = hanya

Ada la terselit pantun-pantun dalam karangan tu..

Tegap dahan himpunan mangga,
Bayu segara menampar nira,
Meski badan lapar dahaga,
Demi Negara ku tahan sengsara.

Indah nian irama keroncong,
Layangan angsana, garang merona,
Geliga Si Nadim dihukum pancung,
Bukankah bijaksana, mengundang bencana ?


Ada sesiapa sudi balas pantun last tu??? Sadis?

 'Jual' kali pertama masa lawan team Hatta. Hidup Basrah! 
(Ha...Hatta, gatal an kita time tu..kanda..dinda...aiya..haha )

23 February 2010

Malam Ini


Turun dari coaster sepulangnya dari jamiah petang tadi, insan-insan Malaysia seolah melambai...
Ah, rindu...

Segera saya pulang ke rumah, mendapatkan telefon celcom, untuk no sahabat-sahabat.
Kemudian ke Jiovanni ( lebih kuranglah ejaannya)..ha.
Kedai telefon murah yang menggunakan talian Voip. Saya pelanggan tetap.

Jordan jam 4.20 petang....Malaysia jam 10.20 malam.

Mangsa pertama : Nidzam Yatimi di DQ.
Bertanya khabar. Canggung-canggung sekejap. Teringat segala tepuk-tampar-smash-gol(winning)-sembangsembang-tumpangtumpang-'tolaktolak'-'tariktarik'-dan mak kami yang 'stylo'....
Sudah hampir ke garisan penamat, Juzuk 29. Moga terus menjadi pejuang untuk Islam, ya akhi.
Juga untuk Sohaib, Ridhwan Fadhil, Fadhil Husaini.

Solat maghrib.

Mangsa kedua : Teacher Norhajratuliqma Mansor.
Without doubt, my favourite teacher. 
Tak pernah tidur tanpa rasa bersalah dalam kelas beliau....erk...
Sungguh rindu zaman 'terpaksa' siapkan karangan.
Teacher selesema. Baru baik demam katanya.
Sembang tentang sekolah tercinta, suasana baru, tentang Jordan, bertanya tentang senior-senior di sini.
Dan mengusik, saya menunggu kad kahwin!haha..
Teacher, maaf ya ganggu malam-malam.

Menelefon Syazwan Adzhar. Dua. Tiga. Tiada jawapan....Aiya..sudah lelap agaknya.

Mangsa ketiga: Mak tercinta.
Mak demam-demam. Gara-gara penat menempuh pendakian ke puncak Gunung Tahan.
Gusar, tapi saya sembunyikan.
blablabla...
moga mak cepat sembuh.

Pemangsa seterusnya..
Hmm,
Moga aman dan dimudahkan jalan membuat keputusan.

Ha...apa motif cerita ini semua ya?
Maaf, mungkin ini malam yang tak terlupakan.
Saya terkejut saya tidak terkejut.
Masa benar ajaib.

Untuk kalian, saya hidangkan dua sajak Salim A Fillah. Moga jadi pedoman dan pelembut jiwa. Rasanya ini dalam kategori Puisi Lambat Panjang....haha

Sedikit daripada TALI KOKOH
semakin mengenali manusia
yang makin akrab bagi kita
pastilah aib-aibnya
sedang mengenali Allah
pasti membuat kita
mengakrabi kesempurnaanNya
***
maka gantungkanlah harapan
dan segala niat untuk menjadi baik
hanya padaNya
hanya padaNya..
jadilah ia tali kokoh yang mengantar pada bahagia
dan surga.




KERINDUAN
di satu lepas maghrib aku rindu
pada saudara terkasihku
kukirim pesan padanya
“akhi, adakah tersisa kata untukku hari ini?”
***
dia menjawab, “doakan aku akh..”
kujawab, “selalu akhi, insyaallah. adakah kaupun mendoakan kami?”
“insyaallah”, jawabnya lagi.
***
aku tersadar telah melupakan sesuatu.
lalu bertanya lagi.
“adakah pinta khususmu,
yang kau ingin kami memohonkannya pada Allah untukmu?”
agak lama ia menjawab tanya kali ini.
lalu setelah isya’ tertunaikan..
“lembutkan hatiku. ampuni dosaku. perbaiki amalku.
aku merasa hati ini keras. keras sekali.”
***
malam kian larut.
menjelang istirahatku, sekaligus
mungkin juga saat ia sedang sibuk-sibuknya
aku mengatakan sesuatu
yang lebih tepat ditelunjukkan pada diriku
***
“ketika Sa’d ibn Abi Waqqash minta didoakan agar doanya mustajabah, Rasulullah bersabda kepadanya, ‘bantulah aku hai Sa’d, dengan memperbaiki makananmu!”
“ketika seorang sahabat lain minta didoakan agar bisa membersamai Sang Nabi di surga, beliau bersabda padanya, ‘bantulah aku dengan memperbanyak sujud!”
“akhi sayang.. doa kami jauuuh sekali bobotnya daripada doa Sang Nabi. hingga, jika beliau saja meminta agar para sahabat yang didoakan membantu doanya dengan ikhtiyar mereka, maka harapan kami akan ikhtiyar Ant berlipat-lipat akhi..”
“iya kan akhi?”
dengan gerimis, lalu kuhayati firman Allah yang kusampaikan padanya
“beramallah, -berikhtiyarlah-, maka Allah, Rasul, dan orang beriman akan melihat amal kalian”
“teriring doa kami selalu, semangat akhi!”



Lalalala.

22 February 2010

Adik, Abang

Satu pagi,
Terjaga dari tidur..
Saya menerima offline message dari yang tersayang.
Yang akhirnya saya kongsi buat semua,
Jangan lupa dalam diam-diam ramai yang benar-benar menyayangi kalian setulus hati...






EPILOG BUAT ABANG


Saat adek masih kecil,
Hanya abang rakan dan lawan.




Adek tahu  abang sentiasa...

Biarkan adek menangis,
kerana dukanya abang menyimpan.

Biarkan adek tertawa,
kerana riangnya abang gembira.

Biarkan adek merajuk,
kerana dinginnya abg merasa.

Terimalah adek seadanya,
adek insan biasa cuma.
Bukan Khaulah Al Azwar Al Kindi,
srikandi berkuda kencang,
menderap tapak berdebu harapan,
"di mana akhi??aku mencarimu!!"
terjelopok dia di padang gersang,
tatkala tawanan perang dipertaruhkan.

Adek tak pernah bermimpi...

Punyai abang,
seperti si sulang Hum Saath Saath Hain,
di kepala adiknya,
Vivek bersumpah,
"kebahagiaan abang milikmu, kedukaanmu milik abang".

Adek lebih mengenali abang,
cukuplah abang satu inspirasi,
memenuhi ruang hati.

Adek di sini tetap mendoakan,
pulangnya abang membawa bangga,
seisi keluarga.


Salam rindu;
sweetie sister of zikris.
___________________________________________

Aduhai....
Kelu.
Berat.
Kelu.
Berat.

Setelah sekian lama,
Saya 'terbitkan' balasnya, buat adik tercinta,



PROLOG BUAT ADIK

Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rasa...kadang tak mampu diungkap kata.
Kata...kadang bisa saja menipu rasa.


Lama abang cuba cari balasnya,
Hati tenggelam rasa,
dasarnya telah abang jejak,


Namun dada sesak,
Mana mungkin ini yang terdalam!


Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rencah hidup ini dik,
laksana seribu lautan,
nyata banyak yang belum kita cicip.

Saat manis, 
izinkan abang lebih bahagia,
melihatmu tersenyum.

Saat pahit, 
dari diam yang jauh abang titipkan pesan,
agar tabah kukuh di jiwamu. 

Langkah ke depan,
jalan kita masih panjang,
Abang mohon menemanimu,
Hingga tiba di penghujungnya.

Moga di Syurga!

_____________________________________________________


Adik, debar menanti result  SPM ya?? Kita panjatkan doa.

p/s....Sambil mendengar halwa telinga di blog fav ini .Sungguh menenangkan.
        Sayang Adik! seru blog ini.
       

        

18 February 2010

Petra Yang Kita Pandang






Alhamdulillah, setelah tamat Imtihan Nihaie tempoh hari, kami satu batch pelajar-pelajar muda teruna akil baligh JUST, berpeluang mengikuti Jelajah Jordan 2.

Destinasi setelah Pantai Aqabah,dan Wadi Rum ialah Petra, New Seven Wonders of The World.
Menurut hemat Cik Wikipedia, perkataan Petra ini datang berasal dari Greek, bermaksud batu.
Mula didiami kaum Nabateans pada kurun ke-6.

'Sedikit' gambar kenang-kenangan.



Coaster bergerak laju membelah awan ke Petra


Tiket masuk bagi pelajar Jordan sangat murah. Tunjuk hawiyah, dan anda hanya perlu membayar 1JD. Orang luar mereka 'tembak' 33JD. Fuh, langit dan bumi.



Kuda ini namanya Laila, menurut kata tuannyalah. Puluhan kuda memberi khidmat dengan bayaran 2JD. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan, nama kuda yang keluar cuma 'Laila dan Sarah'. Mereka penat kot nak jawab soalan ni...



Bawah ni adalah laluan masuk ke kota Petra. Berdebar juga rasanya.















Snap gambar sambil melepaskan penat.



Di Al Khazneh. Ingatkan ini lah masterpiece akhir, rupanya ada lagi di atas.








Bagaimana agaknya ya memahat batu pada zaman itu hingga jadi binaan gah seperti ini?Hmm, kalau soalan ini mudah dijawab, tentu Petra bukanlah tempat ajaib.


Abu Bakar merenung masa depan..erk..pandai2 je saya..
Ulya bergaya di belakang.























Binaan-binaan ini telah berusia ribuan tahun. 
Described by John William Burgon as 'a rose-red city half as old as time.'





'Tingkap' di salah satu gua. Manusia sampai bilapun perlukan cahaya.





















Pemandangan dari atas.



Alamak, tak tahu lak tempat untuk apa ini.


Meneruskan pendakian untu sampai ke Al Deir, monumen terbesar di Petra. Sangat penat termengah-mengah. Tapi rasa terhina   termotivasi melihat nenek-nenek dan atuk-atuk mat saleh steady mendaki tanpa menunjukkan lelah. Aiya..tak boleh jadi ni..









Yes!Tiba akhirnya.
Al Deir yang tersergam indah merakam sejarah.
Saya dan Aiman mengambil peluang mengabadikan kenangan.


Kami, seterusnya mendaki 'End of the World'. Nun jauh kelihatan  sayup padang pasir tandus luas terbentang.



Terfikir sejenak bagaimana  rasanya ya jika kita di tempat Siti Hajar ditinggal bersama anak kecil, Ismail di kawasan gersang seperti itu.
Hmm, manusia hebat kerana iman bukan?



Bendera Jordan. Di sisi kiri terlihat Al Deir.




Amirun Safwan aka Yon bergaya. Jauh susuk tubuh ini merantau cuti sem lepas.
Pusing Jordan, Turki, UK.
Nantilah....haha




Gambar terakhir yang sempat ditangkap sebelum kamera kehabisan 'nyawa'.
Tata Petra.


Sedikit.....

Kita lihat Surah Al Fajr, ayat 6 hingga 14.
Tidakkah engkau (Muhammad) memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum) Ad?,
(iaitu) penduduk Iram (ibukota kaum Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
yang belum pernah dibangun (satu kota) seperti itu di negeri-negeri yang lain.
dan (terhadap) kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah.
dan (terhadap)Firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan-bangunan yang besar),
yang membuat sewenang-wenang dalam negeri,
lalu mereka banyak berbuat kerosakan dalam negeri itu,
kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka.
Sungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi.

Al Quran banyak mencatat sejarah umat terdahulu. Namun, kebanyakannya, tanpa perincian geografi secara tepat. Mungkin Petra ini pernah menjadi kota kaum Tsamud. Mungkin tidak.

Namun yang lebih utama untuk kita teliti ialah manusia yang digambarkan Allah. Wajah sejarah mengajar kita mengenali sikap manusia yang selalunya berulang.Watak mungkin berbeza, namun perwatakan seakan sama. Sifir mudahnya, menderhaka Tuhan = azab sengsara. 


Dan Surah Qaf, ayat 36 dan 37.
Dan berapa banyak umat yang kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannyadaripada mereka (umat yang belakangan) ini. Mereka pernah menjelajah di beberapa negeri.Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka).

Sungguh, pada yang demikian itu, pasti terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.




Enough said.