28 February 2010

Seteguh Karang

Teringat pula 'cerpen ntah apa-apa' saya semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 5 dahulu...

Syok sendiri daa..
Secebis nasihat buat sesiapa yang masih 'perlu' menghadapi PMR dan SPM, lebih senang jika memilih karangan fakta berbanding karangan cerita. Pemeriksa pun lebih senang kerja. Tak perlu tulis panjang-panjang sangat. Buat bernas dan padat. Kadang-kadang, pemeriksa cari isi utama sahaja.

Janganlah buat karangan cerita berjela-jela. Dalam timbunan ratus kertas yang hendak diperiksa, dengan anak menangis di tepi...berpuluh jemputan kenduri...cubalah bayangkan kesudahan karangan anda itu.

Penat tau jadi pemeriksa! Kasihanilah mereka...ha. Tolonglah mereka dan tolong diri sendiri juga.

Ini sekadar pandangan peribadi sahaja.

Soalannya, buat sebuah cerita berdasarkan pantun di bawah;



Lemak tidak manispun tidak,
Gula Melaka dari seberang;
Beremak tidak berbapa tidak,
Kerana jasa dikenang orang.




Ini penutup karangan saya. Sedikit cerita tentang sejarah. Tentang Hang Nadim yang saya bantai sahaja ceritanya. Tergelak baca tulisan sendiri..apa-apalah....


"Begitulah kisah yang dapat kuceritakan. Kisah sejarah bisa menggamit kita, mengitari urat nadi, memenuhi ruang rengkung dada, terhela rasanya tiap hembus nafas. Ya, terkadang sejarah berhantu. Boleh saja ia berulang. Boleh saja kita terima akibatnya. Boleh saja kita yang musnah kerana alpa. Telah kita saksikan, bangsa agung dunia semua tumbang kerana lupakan sejarah.

Namuan, aku yakin bedar tamadun Melayu ini akan terus  berlayar membelah, mencabar samudera, mendepani prahara murka, seteguh karang bertahan dihempas arus lautan…asal saja kita berpadu. Usah biar lembaran sejarah ternoda lagi. Semangga dengan itu, hayat Melayu akan bertahan…takkan hilang di dunia! "

semangga = hanya

Ada la terselit pantun-pantun dalam karangan tu..

Tegap dahan himpunan mangga,
Bayu segara menampar nira,
Meski badan lapar dahaga,
Demi Negara ku tahan sengsara.

Indah nian irama keroncong,
Layangan angsana, garang merona,
Geliga Si Nadim dihukum pancung,
Bukankah bijaksana, mengundang bencana ?


Ada sesiapa sudi balas pantun last tu??? Sadis?

 'Jual' kali pertama masa lawan team Hatta. Hidup Basrah! 
(Ha...Hatta, gatal an kita time tu..kanda..dinda...aiya..haha )

11 comments:

Unknown said...

sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga,
Nak tunjuk pandai biar bertempat,
hasad manusia tak dapat dibaca.

erk. wa memang fail lah pantun-pantun nih.
tapi pantun wa campur sekali dengan peribahasa tuuuu...

hebat tak?ha ha.

Norashikin Abdullah said...

btol3x, wat krgn fkta lg senang dr crita
nnt kalo wat cter, ntah lalut2 je
tarak isi

gReeN iS pEAce said...

kerana ukhuwah hati bertemu,
sambil bertemu melakar cinta;
sambil berjihad mengejar ilmu,
kerna syahid itu impian kita..

bolehkah?

tepianmuara said...

>SADIS

Dengar cite, ada 'tupai' ke Amman hari ni..hehe.
Aku suka baris maksud tu..
'hasad manusia tak dapat baca'
Yup..sebelum itu, kena urus hasad sendiri dulu la kan..hu

>Norashikin.
Ha..kita ada seorang 'graduan fresh' SPM..
Trimas bersetuju.

>Hijau=Aman (err..ha)
Wah!
suka2..

cuma mungkin temanya di sini ialah bijaksana.
(saya pun tak tahu nak jawab sebenarnya..ha)

khaulah said...

pen merah, pen biru,
u marah, i wat x tau...


ps: nk gak bgi pantun even x de kne mengene

Anonymous said...

haha..nih la cerita hang nadim yang cikgu Ummi Khasiebah tanda tuh ye? hehe.. nape aku tak berkesempatann tuk baca ye? hehe..

aku jeles gila tgk ko ngn hatta bermadah indah nih.. so langkah pertama aku ialah nak beli kamus dewan bahasa..

p/s: aku ada beli buku Anwar Ridhwan.. hard cover, tak sgka murah.. RM 28 je.. da jadi SN ada subsidi untuk buku kot..~

Anonymous said...

oh. satu lagi, yang aku amat tidak berpuas hati.

mengapakah ym aku belum diapprove ?

dan mengapakah kamu tidak mewujudkan akaun FB?

tepianmuara said...

>nawal
x marah...
sbb aku yg dlu wat tak tau..ha

>Aeisyulillah.
Sebab aku da sorokkan!haha
Jeles??That...coming from you..can be considered as sarcasm..ha.(teringat karangan bi kte n faiz f3..nak wat ayat nangis pun kene pilih calon-calonnya..)
aku tak beli(berat tu nak bawak sini,bek bawak kicap!)..tapi tengok kat sini,http://prpm.dbp.gov.my
Pe tajuk buku tu ye?

YM? mayama aku x approve?hg bia betul..whitefin_91
FB?sedangkan sekarang pun, internet seolah meratah hidup aku..apatah lagi kalau...

gReeN iS pEAce said...

oh..agak ar..sedikit berkarat otak nak memikirkan..:D

hanis amalina said...

em..hidup basrah!
trimas jd teammate yg best time tu..

saye masih berpantun..
insyaAllah 5 april ni bertanding peringkat zon..
sambest tuan rumah!
kalu b'jaya, peringkat daerah ke sekolah lain, dan moga2 sampailah ke peringkat negeri.. sbb sambest jd tuan rumah semula!
doakan ye!

tepianmuara said...

>hai

err...siapa ya ni?? rasa kenal muka, nama lupa.
maaflah tidak dapat turut membantu untuk final..kita bincang sebelum tu pun camtu-camtu je an..tahniah2..

rindu plak nak jadi mc..ha, kirim salam saya buat Cekgu Raouf tercinta!