18 February 2010

Petra Yang Kita Pandang






Alhamdulillah, setelah tamat Imtihan Nihaie tempoh hari, kami satu batch pelajar-pelajar muda teruna akil baligh JUST, berpeluang mengikuti Jelajah Jordan 2.

Destinasi setelah Pantai Aqabah,dan Wadi Rum ialah Petra, New Seven Wonders of The World.
Menurut hemat Cik Wikipedia, perkataan Petra ini datang berasal dari Greek, bermaksud batu.
Mula didiami kaum Nabateans pada kurun ke-6.

'Sedikit' gambar kenang-kenangan.



Coaster bergerak laju membelah awan ke Petra


Tiket masuk bagi pelajar Jordan sangat murah. Tunjuk hawiyah, dan anda hanya perlu membayar 1JD. Orang luar mereka 'tembak' 33JD. Fuh, langit dan bumi.



Kuda ini namanya Laila, menurut kata tuannyalah. Puluhan kuda memberi khidmat dengan bayaran 2JD. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan, nama kuda yang keluar cuma 'Laila dan Sarah'. Mereka penat kot nak jawab soalan ni...



Bawah ni adalah laluan masuk ke kota Petra. Berdebar juga rasanya.















Snap gambar sambil melepaskan penat.



Di Al Khazneh. Ingatkan ini lah masterpiece akhir, rupanya ada lagi di atas.








Bagaimana agaknya ya memahat batu pada zaman itu hingga jadi binaan gah seperti ini?Hmm, kalau soalan ini mudah dijawab, tentu Petra bukanlah tempat ajaib.


Abu Bakar merenung masa depan..erk..pandai2 je saya..
Ulya bergaya di belakang.























Binaan-binaan ini telah berusia ribuan tahun. 
Described by John William Burgon as 'a rose-red city half as old as time.'





'Tingkap' di salah satu gua. Manusia sampai bilapun perlukan cahaya.





















Pemandangan dari atas.



Alamak, tak tahu lak tempat untuk apa ini.


Meneruskan pendakian untu sampai ke Al Deir, monumen terbesar di Petra. Sangat penat termengah-mengah. Tapi rasa terhina   termotivasi melihat nenek-nenek dan atuk-atuk mat saleh steady mendaki tanpa menunjukkan lelah. Aiya..tak boleh jadi ni..









Yes!Tiba akhirnya.
Al Deir yang tersergam indah merakam sejarah.
Saya dan Aiman mengambil peluang mengabadikan kenangan.


Kami, seterusnya mendaki 'End of the World'. Nun jauh kelihatan  sayup padang pasir tandus luas terbentang.



Terfikir sejenak bagaimana  rasanya ya jika kita di tempat Siti Hajar ditinggal bersama anak kecil, Ismail di kawasan gersang seperti itu.
Hmm, manusia hebat kerana iman bukan?



Bendera Jordan. Di sisi kiri terlihat Al Deir.




Amirun Safwan aka Yon bergaya. Jauh susuk tubuh ini merantau cuti sem lepas.
Pusing Jordan, Turki, UK.
Nantilah....haha




Gambar terakhir yang sempat ditangkap sebelum kamera kehabisan 'nyawa'.
Tata Petra.


Sedikit.....

Kita lihat Surah Al Fajr, ayat 6 hingga 14.
Tidakkah engkau (Muhammad) memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum) Ad?,
(iaitu) penduduk Iram (ibukota kaum Ad) yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
yang belum pernah dibangun (satu kota) seperti itu di negeri-negeri yang lain.
dan (terhadap) kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah.
dan (terhadap)Firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan-bangunan yang besar),
yang membuat sewenang-wenang dalam negeri,
lalu mereka banyak berbuat kerosakan dalam negeri itu,
kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka.
Sungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi.

Al Quran banyak mencatat sejarah umat terdahulu. Namun, kebanyakannya, tanpa perincian geografi secara tepat. Mungkin Petra ini pernah menjadi kota kaum Tsamud. Mungkin tidak.

Namun yang lebih utama untuk kita teliti ialah manusia yang digambarkan Allah. Wajah sejarah mengajar kita mengenali sikap manusia yang selalunya berulang.Watak mungkin berbeza, namun perwatakan seakan sama. Sifir mudahnya, menderhaka Tuhan = azab sengsara. 


Dan Surah Qaf, ayat 36 dan 37.
Dan berapa banyak umat yang kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannyadaripada mereka (umat yang belakangan) ini. Mereka pernah menjelajah di beberapa negeri.Adakah tempat pelarian (dari kebinasaan bagi mereka).

Sungguh, pada yang demikian itu, pasti terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.




Enough said.

15 comments:

nora said...

subhannallah...

cntik sgt...

dlu slalunye dpt tgk gmbar2 cmni kt tv je..
national geographic,discovery...

tp..ade jgk yg da smpai...

beruntung sungguh!!

Berd said...

gile lawa gmba ko. kt mne tu yee.
hahah

pakurawan said...

best g petra?

awak stdy joden eh?

khaulah said...

sdg jeles tgk gambar~

anatilokman said...

wishh i could be there,!
amat kejelusan!

Haniff Ismail said...

Salam ziarah...

Subhanallah...

cukup menarik...terima kasih atas perkongsian ini..
walaupun jauh mata memandang tp dapat dirasai
perkongsian bersama..hohoho

deenierodzhan said...

woah.. best2.. nnt aku ke sne ko pulak yg sambut eh? hehehe.

tepianmuara said...

>faradz
Alhamdulillah.keindahan dunia di mana2,
kat Malaysia kan banyak tempat cantik gak,
Arab tengok tayangan Tourism Malaysia sampai bg standing ovation.He

>Berd n Sadis
Oho...kalian student Mafraq ke??
haha

>nawal
kalau jurukamera 'pandai sket' mesti lagi cantik gambar tu..ha

>anatilokman
Someday....InsyaAllah

>Haniff
Kasih diterima.

>Deenie
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Nur said...

Salams

I've been to Petra, and may I say, I love, love love Jordan, especially its sky. I went there around May-June (I cant remember when exactly), and the sky was, masyaAllah, the bluest sky I've ever seen, and it is so clear it reminds me of the USA. And here, whenever the sky decides to hide the clouds, it looks exactly like Jordan's sky. And how I miss it.

Adik belajar apa ni? Medic?

tepianmuara said...

Yup.Tadika.Tahun satu,sem 2.
Miss Jordan??datang la lagi..
Ha..nice to find your blog!

Amir said...

anep ko maken kuros skung..x mkn roti ke kat jordan?haha

nurdia said...

bukan semua berpeluang lalui seperti aper yg telah anda lalui... terima kasih atas perkongsian nie...

tepianmuara said...

>amir
hari-hari dah makan nasi aku rasa.
Takpe2,ada peluang lagi nak bina badan..haha.

>Cikgu Aida.
Cikgu, terima kasih singgah dan turut mengingatkan.
Alhamdulillah.

hqz said...

salam...suka tgk gambar2...suka jalan2 ek...jalan2 sambil mencari ilmu...best kan

tepianmuara said...

>Yup.dan memang sebahagian minat saya.