10 February 2010

Kisah Siang

Baru beberapa jam menjejakkan kaki ke Irbid, sepulangnya dari Istanbul.
Perkara pertama yang harus  diselesaikan setiba di Irbid ialah menjamah nasi!

......
Selesai, alhamdulillah...
Fuh,lega.

Perkara kedua, periksa markah fizik.
Sebenarnya sudah keluar lama, namun tidak berani saya lihat.
Takut rosak mood cuti. haha.
Ok rasanya. Taklah teruk.

Sudah lama rasanya saya meninggalkan blog ini.
Gara-gara aktiviti cuti yang penuh.
Jelajah Jordan.
Kemudian, ke Istanbul.

Syukur rasanya semua berjalan lancar, dan kini diberi nikmat merasai empuk katil sendiri.
Banyak yang ingin diceritakan sepanjang perantauan di negeri orang.

Moga-moga rajin bingkas dahulu bangkit dalam diri, agar  rasa malas itu tumpas.
Dengan izin Tuhan tentunya.

Sekarang, kita mulakan dengan 'ini' dahulu.



 Gambar hiasan yang berkemungkinan ada kaitan.


Demi melihat awan menghalang,
Mentari menyeru,
"Berlalulah kau,
Bumi ini, biar aku sinari."

Awan menyahut,
"Tenanglah sang mentari,
aku mengimbangi.

Cerah nanti kubimbangi membawa silau.
mengabui mata manusia,
lantas buta sementara.

Lantaran terikmu tanah merekah .
Kumohon usahlah,
Berilah ruang pohon muda itu bertunas."


Mentari akur.
Bilah cahaya perlahan membelah awan.
Mematuhi sunnah zaman berzaman.

Benarlah,
kebenaran yang terlalu dekat kadang tak terlihat...
lalu kebatilan kan bisa menyusup dalam celahan cahaya yang kau damba... 

Makhluk memandang,
Syukur Tuhan,
Alam ini kau sempurnakan.




6 comments:

pakurawan said...

terbaik doh ko.

ko boleh menulis cantik-cantik sebab ada ilmu yg cukup.

sumpah wa jeles!

Nurul Athirah said...

ahha.. tahniah ar..
wat translate kat arab lagi sedap kot..hehe

try hantar kat paper Irbid uh.. :)

tepianmuara said...

>sadis
dasat tul ayat hang tuh..
cukup?mayama...jauh panggang dari api.
aku hargai.trimas.
banyak ilmu kita boleh timba kat sini.
rugi kalau 'lepaskan'..

>Cik Athirah
oho...sebelum tu, ko tolong checkkan nahu boleh?haha

kepalakotak said...

turki???

argghhhh!!!!!!!!!!!!!!

mujahidah said...

slamat kembali pulang..
wah.best tol menjelajah..
dpt byk ilmu n pengalaman..
jeles2...

hehe..

tepianmuara said...

>kepalakotak
bukan cobaan..ha

>mumtaz
yup..harapnya tidaklah hanya menghabiskan duit sahaja..:)