14 February 2010

Sedikit Tentang PERTAMA

Alhamdulillah, saya berpeluang mnyertai Persidangan Tahunan Mahasiswa se-Jordan kali ke-4 atau lebih dikenali sebagai PERTAMA pada 12 hingga 13 Februari.

Dua tetamu alumni Jordan yang boleh dikatakan bertaraf 'legend' dijemput; Ustaz Mazlee Malik dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Panelis 'tempatan' yang tidak kurang hebatnya, Ustaz Heizal Hezry Omar turut sama menambah warna.

Tema kali ini ialah Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah.
Sejumlah tujuh kertas kerja dibentangkan.
Pelbagai penjelasan dan idea dilontarkan.

Tapi, akhirnya, semua berbalik pada circle of influence.Diri yang pertama.
'Bersama seorang mukmin, akan datang pelbagai asbab kejayaan'.

Tegaknya khilafah Islam.
Menjadi orde dunia.
Terbinanya masyarakat yang terisi dengan nilai-nilai Islam.
Hidup rukun dalam dunia berlainan agama, dan budaya.

Semuanya impian kita.
Perkara besar...bermula dengan perkara kecil.
Titik perubahan bermula dengan diri.

Sebutnya mudah.
Merealisasikannya cukup payah.

Tahniah kepada AJK pelaksana yang memastikan program berjalan lancar.
Cadangan saya untuk PERTAMA yang akan datang ialah untuk menjemput lepasan pelajar perubatan untuk turut sama membentang kertas kerja dan berkongsi pandangan.


Akhirnya, 'Buah tangan' Ustaz Hasrizal untuk kami semua malam itu.





TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam



"Kisah seorang manusia mungkin lebih bermakna dari sejarah berkurun sebuah kota."

6 comments:

pakurawan said...

like this!

Berd said...

ingt buah tgn dr ustaz berd.

sajak mntap woo

bawahbumi said...

dtg utk kopi-paste lirik

tepianmuara said...

>SADIS
Like u too..
err...bleh ke camni??ha

>Berd
Tu lah..
Kene ambil iktibar kita yang kat sini.

>bawahbumi
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

hasanhusaini said...

salam ziarah..terima kasih atas perhatian ntum terhadap PERTAMA..ana pohon maaf andai ada kekurangan terhadap khidmat yang kami sediakan..moga PERTAMA ke-5 lebih gemilang dan terbilang...

tepianmuara said...

>hasanhusaini

insyaAllah