06 March 2010

Panas Salju Di Uludag



Salam.

Pada cuti sem yang lalu, saya berpeluang melanjutkan pelajaran pemandangan ke negeri orang.
Ke Turki. Alhamdulillah.
Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi kita mula dengan ini.

Kembara kami, Jejaka Akhir Zaman Jambu ( disertai Naim Deraman, Ismi Hamid, Mahdi Ibrahim, Salam Abdullah, Faiq Zaini, Amirun, Zaki, Helmi, dan Fahmi, Syuib, dan saya )  ke Turki kali ini sekitar Istanbul sahaja. Pengecualiannya, kami ke Bursa pada 6 Februari, tepat sebulan lepas.

Tiket feri ke Bursa seawal jam 6.30 pagi, kami harus bersiap awal. Ha..terkejar-kejar juga.
Hmm..saya tidak larat bercerita, dan kalian mungkin kurang rajin membaca. Jadi, kita lihat gambar ya!



Di dalam feri. Bertolak ketika mentari baru muncul menjengah bumi.



Lepak di kawasan kanak-kanak dalam feri.
Bergurau dengan si kecil. Seorang namanya Ahmad, seorang lagi saya lupa. Mereka pun baru kenal.



Saudara Salam. Baru tiba di Pelabuha Bursa.















Menaiki teksi ke Pergunungan Uludag. 
Snow was everywhere we laid our gaze upon..
Hari ini matahari terik memancar hingga  saya berpeluh dalam baju sejuk.
Amat sesuai untuk bermain ski.




Tiba!















Benam kamera dalam 'tanah'. Ini hasilnya.


Salji pada pokok.



MULA BERMAIN SKI

Kami menyewa  peralatan bermain ski, 15 lira( X 2.5 untuk RM) sahaja untuk satu hari. Fahmi seorang memilih untuk bermain snowboard dengan tambahan lagi 5 lira.











Semua bergaya, yakin dan bersedia!
Tidak sabar untuk meluncur laju melintasi permukaan salji.
Terbayang aksi-aksi pemain profesional yang ditonton dalam TV.



Setelah bermain...ini reaksinya!

Memetik kata-kata Naim, yang menggambarkan situasi kami,
" Nak pakai ambil masa 30 minit, baru main 3 saat dah jatuh!"

Ha...ini yang dimaksudkan dengan 'pakai'...susah da bagi kami..he



Gambar sekitar kawasan bermain ski.







Saudara Mahdi. bergaya beberapa saat sebelum jatuh.
 lambat dia mengalah. Saya??ha..lihat gambar bawah ni.





Ha...'tersadai' bawah pokok. Rehat......




................padahal dah putus asa. Haha..

Gempak! ( Angan-angan pun jadilah... papan ski pun tak melekat kat kaki tuu..)



Suka reaksi natural Faiq, kiri sekali. ...pegel...ha



Perfect to describe our emotion...haha. Salam sekali lagi menjadi model.


SUDAH - SUDAH

Ha..sudahlah 'kisah sedih' kami bermain ski. 
 Gagal kali pertama bukan bermakna gagal selamanya, bukan?
Kami pujuk diri.

Kita lihat gambar pemandangan pula.


Naim 'beruban'..









 Helmi...merenung masa depan?



Teruja melihat salji setinggi ini.



Perjalanan pulang dari Uludag ke Bursa, kami lelap hanya 5 minit selepas masuk ke dalam teksi.
Penat!

All in all, this is indeed a nice day to remember!

TAMMAT

13 comments:

bawahbumi said...

oke.
gambar2 menceritakan perasaan.
*jeles siket x byk*

Mn Salam said...

Adus,, masih tersa dingin salju ulugad wlw sudh di Irbid.. he3,, lpsni same2 kte cari tuisyen berski,, jaulah lnkali sng sket.. :)

deenierodzhan said...

anip,
mne kau?
mmg x de dlm gmbr en? ke aku x cam? hahaha.

salji pun aku x prnh pegang, ni kan nak men salji.. ishk2x.. sonok btul tgok!

tepianmuara said...

>bawahbumi.
oke juga..bukan tujuan nak bagi jeles pun..kenangan hari tua, modal nak cerita kat cucu cicit.

>salam
sape tok gurunye da??haha

>deenie
yang pakai baju merah hati la sayang..
Ha..jemput2 datang Jordan..pastu aku bawak gerak Turki.

Norashikin Abdullah said...

masyaAllah, seronoknya
tringin sgt nk men slji...
jeles2nya
:)

gReeN iS pEAce said...

jeles2..xpe2..sabar2..

tapi gambar 2 orang kanak2 tu COMEL..
terima kasih

tepianmuara said...

>norasyikin
akan sampai masa, InsyaAllah.

>Green is Peace
betul2..sabar2..kat us nanti pi la main puas2..
budak2 tu siap diajar mak ayah depa tukar2 barang mainan...patuh je depa..seronok tengok.

gReeN iS pEAce said...

baguih2..

awat dengaq macam pelik sangat tulih dlm bhsa utara ni??=.=

tepianmuara said...

>green is peace

sbb aku org jawa!!
haha..

gReeN iS pEAce said...

ok..=.="

saya sayang bahasa saya..T_T

Balqis said...

ahaks. main ski. satu je... best tapi penat + sakit badan. tapi best. ^^

tepianmuara said...

bes2...
rasa macam tak percaya pula sudah jejak ke situ...ha

Anonymous said...

assalamualaikum..

saya Anne. saya dan suami akan ke uludag mc nanti. ingin bertanya tentang perjalanan dari istanbul ke uludag..berapa kos taxi dari perlabuhan bursa ke uludag? how much was the cable car? saya dah google..untuk pakej dari travel agency sangatlah mahal..can u email me at pu3anne@gmail.com . tq