Ala-ala tulis diari lah.
Tadi, dari Kuwait, kapal bertolak kurang lebih jam 11 dan tiba di KLIA jam 1 (keduanya waktu tempatan masing-masing ).
Dalam kapal tadi dapat seat 34 K. Pramugara kata tepi tingkap. Dan hujung. Gembira.
Jalanlah sampai ke seat saya. Owh, lihat-lihat ada seorang wanita Indonesia, umurnya dalam lingkungan 40-an duduk di tempat saya. Alamak.
Tegurlah. Minta beliau beralih. Err, tak terbayang juga
Tidak lama untuk jangkaan awal saya meleset. Saya buka surat khabar, dan dia mula berbasa-basi.
blablabla...
"Kok iso ngomong jowo?" beliau bertanya.
"Wes Mae bapae jowo. Aku sing orak patek iso ngomong.."
"Owh..."
Dan perbualan semakin rancak. Terkadang diselangi gelak tawa bila menceritakan pengalaman-pengalaman lucu. Dan hampir semuanya sembang dalam bahasa jawa. ( Beliau taklah pula menggelakkan bahasa jawa saya yang tak 'polished' dan tak menepati lahjah ).
Tri namanya. Beliau bekerja di Kuwait. Pembantu rumah. Punya sorang anak. Perempuan.
( Ok,stop kat sini. ).
Bahasanya lembut. Enak didengar. Merendah diri.
(terjemah terus)
"Bahasa Arab ibu tentu sangat bagus kan?", saya bertanya.
" Mujur sudah belajar dulu di pesantren. Sudah ada asas gitu lo. Jadi, tidaklah payah.."
Terasa juga. Setelah setahun di Jordan bahasa saya tidak meningkat mana. Ish.
Bluetooth beri beliau lagu Perantau dan Mengemis Kasih nyanyian The Zikr. "Syahdu dan meruntun ya lagunya.", katanya.
Beliau memberikan cenderamatahati dua keping wang, sekeping rupiah Indonesia, dan sekeping lagi dinar Kuwait.
Banyak harapan-harapan hidupnya diceritakan pada. Dan dia juga jadi guru bahasa jawa halus saya!
( Ha, mbah, Anip dah siapkan teks untuk 'majlis mohon ampun maaf' tahun ni ).
____________________________
There's no place like home.
Sampai Malaysia, perkara-perkara 'rare' berlaku. ( Cis, padahal baru setahun ).
-Terasa wang syiling 10 sen sangatlah comel. Kecilnya....belajar semula menguruskan matawang ringgit.
-Masuk kereta dengan famil dan Klasik Nasional berkumandang. Tahulah, saya memang berada di kereta yang betul.
-Sempat ke bazar. Bising. Ada ayam percik, kuih pelita, popia, air tebu dan lain-lain yang kalian sedia tahu.
-Terawih. Diselangselikan selawat.
-Sempat bertemu semula dengan 'kekasih gelapku', si PS2. Winning Eleven sepam dua.
-HUJAN!!! ya hujan, sungguh saya rindu. Turunlah selalu-selalu lebat-lebat (asal jangan banjir).
-Sempat ngeteh, 'ngilo' dengan roti canai di kedai mamak dengan Ainol anak lelaki bongsu Cik Hamid.
-Dapat berpusing dengan Lagenda 110 tu. Oh, rupanya saya masih tak lupa bawa motor.
Alhamdulillah...esok-esok tentu banyak lagi.
Dan sebagai manusia yang sememangnya tamak, saya sudah mula rindu dengan Abang Imran dan Syeikh Makmun. Aiya..
Oh ya, Kak Syi, saya juga tidak mahu kalah dalam membaca!
14 comments:
wahwah... udah sampey... kirim kabar berita ya..
kirim salam mak kau juga
Kamu bsia ngomong jawo.
Kita kena buat kesatuan orang jawa di Jordan nampaknya.
rindu aku tak?
oh. teman sekampung juga pertama dicari.
[td sheikh makmun buat esakan menjadi2]
jgn jeles!
Oh gelame sudeh aku di tepi-tepi sungai ni..
[Status terbaru di FB]
"Malam ini Masjid Yarmouk bercahaya dari negeri akhirat. Syeikh Makmun menyanyikan lagu cinta. Cinta agung buat Pencipta. Maka berkatalah Balqis, "Rabbi, inni zholamtu nafsi, wa aslamtu ma3a Sulaiman lillaahi Rabbil 3alamin.." (Tuhanku, sungguh telah aku menzalimi diriku. Dan aku serahkan diriku bersama Sulaiman, pada Allah, Tuhan sekalian alam) ~ ♥"
Ada kat Malaysia? (gelak keji)
Borongkan buku PTS, buku terbitan Anbakri, buku tulisan Ust Ridwan Md Nor, tulisan Pak Hamka, buku.. buku.. buku.. Kalau sanggup la. Balik boleh klaim
assalam.
selamat pulang ke tanah air.
selamat alhamdulillah sampai ye..
gembire x hengat kan dpt jumpe kuarge smule.
huhuhuu..
fuh.
duit syiling msia yang kecil tu sangat setuju.
lama juga aku belek.
er, aku pun banyak buku nak kena baca. kehkehkeh.
>nidzam
mak aku kim salam kembali.
khabar? sentiasa, InsyaAllah.
>Bang Munir.
Waduh..waduh.
tula pasal. abang pun sebelum ni tak bgtau.
>W M Najib.
i memang rindu you laa..haha
>Raihana Nazri
agak trans di situ.
hah..esok nak gi jumpa teacher iqma,teacher norkiah..blablabla..
(jangan jeles)
>Kakashi
Ohooooooo...
memang jeles pun.
'win some,lose some' orang hitam kate.
Buku.Masyi..saya mmg minat tulisan Pak Hamka, terbitan Anbakri. Bawa yang dah ada di rumah ni sajalah ya. (yele,yela..saya tambah sikit nanti)
>Luqman
Alhamdulillah.
sungguh gembira.hah
>hazen
yup, halus sungguh.
Hutang budi tu sayang. jangan lupa.
alhamdulillah... dah selamat sampai ruper nya...
ini sudah kali ke enam buka blog kamu, tapi hilang kata mahu bicara.
haih.
haha.mesti kelaka kw klo aku ngoping kw ckap jawa dgn dy.seb bek seat jao.pengalaman tuu.nyong seng jowo pon wes kesel arek ngomong2 karo indon nang flight.erk
>nurdia
alhamdulillah cikgu.
>Kak Aishah
err..
>nur fareyhin
bes pe bermesra ngan depa.
serumpun, sedhulur.
alhamdulillah (:
dah selamat sampai.setahun x jumpa.
jumpa mggu depan weyh (:
Post a Comment