09 August 2010

Ramadhan Kareem

Jalan mana-mana sekarang ni, akan terdengar orang wish, Ramadhan Kareem.


Oh, memang dah saat-saat genting. Sehari dua lagi. Moga Allah sampaikan kita.

Teringat status ym encik naib, sebelum kami yang lain-lain bertolak menunaikan umrah tempoh hari.

" Siapa kita menetap musim meminta,
sedang Dia memberi setiap masa"

Terpana lama mengenang erti yang ingin disampaikan. Sungguh rasa bertuhan bukan patut hanya ada di Haramain atau pada Ramadhan. Bahkan setiap masa!

Namun sangking luasnya rahmat cinta, dan belas ihsan Allah, disediakan-Nya untuk kita satu bulan istimewa. Dibuka pintu keampunan. Digandakan ganjaran. Dirantai syaitan. 

'Bertuah' sungguh kita punya Allah sebagai Tuhan, kan?

Di sekolah dulu, selalu sangat orang sebut, ' Gunakanlah sebaik-baiknya segala peluang berada Madrasah Ramadhan untuk tarbiyah diri."

Tabiyah meningkatkan amalan.
Tarbiyah menekan segala mazmumah, menyubur mahmudah.
Tarbiyah 'bermesra-mesra' dengan Allah.
Tarbiyah menjinakkan nafsu dengan iman.

Rancanglah Ramadhan kita. Jangan biar ia berlalu sia-sia.

Perkenankanlah Ya Allah.


Catatan kecil ini buat peringatan diri jua.




7 comments:

aishah_conteng_je said...

assalamualaikum anif...
awat post dua kali?
:)

semoga Ramadhan kali ini betul2 dapat 'menyekolahkan' kita.

taqwa. itulah yang dicari. semoa ia tidak lari.



Selamat untuk kamu di Tanah Irbid.

tepianmuara said...

>Kak Aishah

waalaikumussalam, kak.
Silap2.hah.

moga kita juga sedia menjadi pelajarnya.

Selamat untuk akak di tanah air.

Akhyar said...

tazkirah romadon.
mekaseh.

mujahidah said...

Salam Ramadhan..

moga bertambah amal..

muSafir said...

Ramadhan Kareem~

"Sungguh, berdebar rasanya hendak melangkah ke sekolah ramadhan... few hours to go."

Syukran 'ala tazkirah =)

nurdia said...

salam ramadhan al mubarak...

tepianmuara said...

>akhyar
same2 la mengingatkan eh.

>mujahidah
amin.

>musafir
senyum kembali.
moga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya.

>Cikgu Nurdia
=)