18 April 2011

Al Wadi Al Kabir




Kini lebih dikenali sebagai Quadalquivir.

Bulan purnama begini memang 'evoke memories' la.
























BLUE RIVER

The river of diaphanous waters
murmuring between its banks
would have you believe
it is a stream of pearls.

At midday tall trees
cover it with shadows
turning it the color of metal.

So now you see it, blue,
wrapped in brocade,
like a warrior in armor
resting in the shade of his banner.


--Muhammad ibn Ghalib al-Rusafi



Hatta, saya nak belajar syair arab dengan awak. Nanti saya datang semula Al Hambra nak baca syair-syair tertulis indah di dindingnya.=)


____________________



Diceritakan, di sinilah Al Mu’tamid menemui jodohnya.
Sewaktu berjalan-jalan bersama temannya, di tebing Quadalquivir, Al Mu’tamid melontarkan sebaris puisi, mencabar temannya melengkapkan.
Sana’a ‘r-ribu min al-ma i zarad…
  [The wind has turned the water to chain mail...]

Tidak semena-mena, ada gadis membalas spontan.
Ayyu dir'in li-qitdlin law jamad!  
[What armor for a battle, if it froze!]

Balasan yang menimbulkan kekaguman. Gadis tersebut bernama Rumaikiyyah. Dipendekkan cerita, mereka berkahwin, dan Rumaikiyyah menjadi teman hidupnya yang setia. Tambahan, dikatakan Rumaikiyyah inilah yang merindukan salji  putih Syria, lalu Al Mu’tamid menanam pohon yang gugur bunganya nanti persis turunnya salji.

( Sadis, kita ada cuba juga kan ini di Puente Romano, tak menjadi pun.  Nanti kita cuba di ‘tepian muara’ Sungai Klang lah. Hah)


Quadalquivir juga turut menyaksikan kejatuhan Al Mu’tamid dari puncak kuasa. Beliau dan keluarganya diiring di Quadalquivir untuk dibuang negeri, ditatap sekalian rakyat jelata.

Sungai setua ini, tentu menyimpan banyak rahsia. Sungai kebanggaan Seville dan Cordova. Zaman ketinggian ilmu dan budayanya. Sungai air mata, kejatuhannya. Sungai yang menemukan, jua memisahkan.  Namun tetap jua setia ia di situ, mengingatkan, walau apa terjadi, alirannya enggan terhenti. Manusia belum putus hadir ke dunia. Ada harapan meski sinarnya tak kelihatan.

Di situ, melihat mentari mulai memancar garang, awanan jingga, merpati bertengger di celahan bata, menikmati nyaman udara, pancaindera tenggelam dalam indah alun muzik air .

Ada tenang dan sayu tak tergambarkan.


Quadalquivir berbisik,
"Bumi ini rindukan Islam."

7 comments:

Anonymous said...

tapi bulan purnama pagi tadi terlalu sayu..
cahayanya kelam...
belum sempat mentari terbit ia telah hilang...
sedangkan siang mentari memancar garang...

somehow you should just let it remains..
as it is..

tepianmuara said...

Purnama lalu, bulan gagah merentas siang.
ia mengalah memberi ruang sekali ini mungkin,
pada mentari sahabat baiknya.

Bulan, tak terdaya menerka tingkahnya.

yang dua akhir tu, kelu saya membalas.

...

mungkin sekali.
mungkin sekali.

terima kasih.

-hazen said...

bukan sekadar terpaku dengan tulisan yang tak pernah basi ini.

komen-komen pun.

ha. (gelak tepianmuara)

Ainul Arina Madhiah said...

owh, nama tempat ni al wadi alkabir ke? serius tak pernah tahu. just pergi dan lepak2 lepas subuh je.. balik baru tahu dia ada muzium kat hujung. hari ni baru tahu nama dia apa. =)

tepianmuara said...

hazen,
banyaklah kau punya paku.
selamat!



Kak Ainul,
yup, menurut satu 'riwayat' la. ada juga yang kata berasal dari perkataan hebrew.

muzium tu sangat bes. simple je, tapi, memang nostalgik.

=)

Anonymous said...

peh!

dah macam Al Mu'tamid dan Rumaikiyyah je anon dan tepianmuara kat atas ni.

chill, nip! ;D

Anonymous said...

>anon

erk!

tu lelaki laa. haha

chill, chill.=)

-haniff z-