29 April 2011

Ini bukan hari abang dilahirkan

Ini sejujurnya terlalu peribadi, saya sendiri tak tahu mengapa saya kongsi.
Kejaplah kot.


Semalam semasa kelas tahfiz, mak menghantar mesej dari tanah air.

"Assalamualaikum.
Abang, 20 tahun berlalu, tambah usiamu,
satu persatu kau kutipi jerami hidup ini,
lalu kau anyami, kau hampari, buat permaidani.
Selamat hari lahir abang."

...
Tergamam, saya keluar.
Entah bagaimana lepak bawah bunga ros tepi musolla.
dan bersama saya, Irbid menangis.

Saya balas pada mak, (lebih kurang, yang betul tak save lak)

Segala indah corak dan warna,
pada permaidani semuda ini,
adalah teguh jemarimu memandu,
adalah rintih syahdu alunan doa,
adalah gelora gelisah sayangmu.

Andai abanglah permaidani,
mohon ia terhampar,
mengiring jalanmu ibu,
ke syurga.
...


Ini bukan hari abang dilahirkan,
ini hari mak melahirkan.



Siang tadi,
masa pembentangan kumpulan kedua,
saya terima ini pula dari mak,

Dulu, rintih itu tersalut sinisnya senyum.
Duka tersisip di sudut sepi seorang abi,
Saban detik yang terisi, dia punya impi,
Biar irama tiada nama, sumbang dendangannya,
Namun bait-bait lirik terlakar jua,
Segar meniti di hujung lenanya.

Kini himpunan doa moga ada nyatanya,
meski sabit rembulan masih kelam cahaya
namun tetap punya rasa, kalianlah penyinarnya.

Haniff, lurusmu pohon istiqomahnya,
Agar terpahat bahagia di bawah lembayung rahmat Yang Esa.
Abang, mahabbahmu sentuhan kalbu ibu.
Shukran sayang.

Waaaaaa
sekali lagi tanpa tertahan.

Nak cakap apa lagi.
Mak, selamat hari melahirkan!!!
=)

Abang balik nanti, kita lepak sama-sama ye. InsyaAllah.

21 comments:

jamilah said...

Subhanallah.

=]

qila~ said...

makcik,selamat ulangtahun melahirkan!! sayu tapi manis :')

hilmi said...

like. :D

nurhidayah said...

oh sweetnye

kasih ibu
takkan tertanding dengan mana-mana cinta sekalian manusia

kumpulkanlah segala cinta yang kita ada,takkan sama dengan kasih ibu walau sekelumit.


hargai dia, sementara dia masih bernafas.selagi tuhan beri izin

Anonymous said...

for the blogger tepianmuara, selamat ulgthun dilahirkan ke dunia........
truskan dgn penulisan anda,byk bg manfaat pd saye dan kwn2...

nk mintak pendapat,sesape je la....
mcm mane nk nasihat/talk pd kawan yg cakap...'aku menyesal dilahirkan di dunia'....
saye terkedu dgn kate2 nie,xtau nk ckp ape....minta nasihat drpd sesiapa...risau dgn keadaan dye...tq
*really need help here...

~PENCHENTA~ said...

MasyaAllah. Indahnya kata2 seorang ibu. Insan yang selalu buat aku menangis sambil tersenyum. Bersyukur sangat dikurniakan insan sebaik dia.

Sampaikan salam buat ibu anda. Semoga dirahmati selalu. :)

Anonymous said...

selamat hari melahirkan mak cik.
beruntung dapat anak sweet ;)

zikri said...

hah ~_~
selamat pulang ke pangkuan ibu terlebih dulu saya ucapkan...

Abdul Munir Sanusi said...

Aku tidak pandai berkata puitis. Aku tidak bisa lunaskan kata-kata manis. Tapi, aku mampu ungkapkan selamat hari jadi buat Hanif Zikri.


NB - Teringat kalam seorang Ustaz Master. Pernah bertalaki lutut ke lutut. Dia cakap kalau hari jadi kita jangan lupa SMS mak kata;-

"Terima kasih mak kerana membawa beban selama 9 bulan. Lepas itu susah payah melahirkan penuh derita. Tak cukup itu, penat membesarkan aku."


Sorry Hanip, panjag sangat. Abang teringat mak abang!

Syahida Majid said...

-buat-buat tak nampak

Nur said...

Sanah Helwa ya Haniff,

I wish, I pray, that you have an amazing life in years to come, insyaAllah.

What an amazing Mum that you have. SubhanAllah.

Najib Daud said...

mak borek anak rintik,

selamat hari jadi haniff zikri!


tahniah diatas kejayaan program fiqh medic!



ILYSM!

Najib Daud said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sanah helwah!

same la awak ni dgn mak awak :p

Ain Mardhiah said...

sanah helwa haniff.. semoga terus berjaya di dunia dan akhirat..~

tahniah fiqhmedic selesai. =)

p/s: dah dpat balik kan buku tu? syukran ya!

tepianmuara said...

kak jamilah,

Alhamdulillah.
=)



qila,

kan kan.
duhai...





hilmi,
=)


nurhidayah,
Allah.

doakan saya.
dan kita semua.
moga cinta untuknya sebahagian wujud diri kita.


anon,
oh!tulisan ini, kalau ada manfaatnya, ambillah.

berat persoalan yang saudara timbulkan.haven't been there before.
cuma yang saya tahu, bertahanlah. nescaya sinar kehidupan tidak jauh di hadapan. selebihnya, dari kita, adalah doa.


Penchenta,
tangis dalam senyum.
begitulah juga saya membaca ini.
kasih ibu...



Muhtadi,
=)


hanis,
alahaiiiii..
adik perempuan sorang niii..
nantilah ya..



Abang Munir,
Seni tulisan abang tak perlu puitis.
Setiap orang punya cara menyampaikan kan. Setiapnya punya 'senjata' untuk menyentuh dasar hati paling dalam.

betul bang. hari lahir pada saya sepatutnya mengingatkan kita pada ibu yang melahirkan. fuhh, banyak ilmu kena menuntut dengan abang ni.

=)


kak syi,
=)

nanti bagi no malaysia ya. hah.



Kak Nur,
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Datanglah melawat.


Najib,

Berjaya, kerana kau ada. =)
sayang juga jib!


anon,

saya syak mak dah ajar mende2 ni sejak saya dalam kandungan lagi. haha


kak ainul,
amin.

terima kasih.

dah dapat. =)
tadehal. kalau nak pinjam lagi cakap ya. aha

Anonymous said...

sangat suka sifat keterbukaan,romantis dengan mak :'( saya sendiri rasa segan nak cakap macam tu,tapi we have to start somewhere kan? What a great loving family you have.Semoga terus membahagiakan ibu bapa awak :)

Anonymous said...

bukan semua orang yg ada kekuatan utk ucapkan 'sy sayang ibu' secara terang2an...sy juga antara yg tiada kekuatan utk mengaku terang2an seperti itu...but i do show my affection towards her...just not by words...but i know that she know i do love her...InsyaAllah sampai bila2...

-N-

tepianmuara said...

> anon,

kawan2 yang jumpa mak saya selalu kata, "mak kau sylo la."

Mak cepat mesra dan 'memesrakan' kot. lagilah dengan anak sendiri.

Terima kasih. Moga-moga.


>anon2,

Betul betul betul.
macamlah saya berani cakap depan-depan. haha.
cuma penulisan menjadi medan.

seorang ibu, sekilas di air perubahan kita dapat dibacanya, inikan pula selautan kasih sayang...

Alhamdulillah..
InsyaAllah

Anonymous said...

Assalamualaikum, Haniff Zikri.
tanggal 29april , tak pernah ku lpekan , hari mu dilahirkan .
kini ku hanya terdaya membaca tulisan2 mu yang sarat dengan bahasa yg sungguh indah . kau dan aku sungguh jauh bezanya. sungguh aku rindu utk menjadi rakan akrabmu 1 ketika dulu .
tapi aku tetap bangga krn pernah menjadi teman sepermainanmu , teman persekolahanmu.
moga engkau terus membuat orang disekelilingmu bahagia.
Salam dari seorang kawan lama.

tepianmuara said...

Allah!


janganla camni. tacing sungguh!

alaaaaaaa.

datanglah rumah. aku balik bulan 6 ni insyaAllah. datanglah rumah. bagitau dulu. Nanti aku masakkan la apa-apa. Rendang ke nasi ayam ke nasi lemak ke. apa-apa lah.
( dah itu je yang termampu. =) )


Datang rumah tau!
terima kasih kawan.
Maaf, mungkin lama kita tak berhubung,
tapi aku tak pernah sanggup melupakan.