02 May 2011

Pokok tak goyang, Angin tak goncang





Tanya manusia pada sungai,
Mengapa air dikau keruh?
Jawab sungai; jejaki huluku.

Tanya murid pada guru,
Mengapa kami tidak istiqomah?
Jawab guru; soal dirimu apa niatnya.

Tanya manusia pada langit,
Mengapa dikau indah membiru?
Jawab langit; terik mentari mengubah wajahku.

Tanya murid pada guru,
Mengapa teruji berat sekali?
Jawab guru; ujian jua menghasilkan berlian.

Tanya manusia pada kambing,
Mengapa dikau tertinggal seorang?
Jawab kambing; kawanku lari kakiku tempang.

Tanya murid pada guru,
Mengapa saban hari kami dikumpulkan?
Jawab guru; ukhuwah itu saling menguatkan.

Tanya manusia pada batuan,
Mengapa teguh tak terhancurkan?
Jawab batuan; terbina aku bukan sehari.

Tanya murid pada guru,
Mengapa hati keras sekali?
Jawab guru; setelah dosamu mana taubatnya.


Kepada pokok; guru tanyakan,
'Adalah' teguh dahanmu,
             rimbun daunanmu,
             ranum buahanmu,
Khidmat bakti buat siapa?
Jawab pokok; 'semata cinta-Nya pada manusia'.

Guru terdiam.
Murid tidak
bertanya lagi.


__________________________

Inspirasi Wadi Syuib,
Begitulah, alam sentiasa sudi mengajarkan.

Rimbun pohon di tepianmuara,
Sepanjang jalan pulang ( kenangan ).
Amman-Irbid
1 Mei 2011.



(ada rangkap tak kena, tapi belum sempat betul edit, dah sampai Irbid, nak buat macam manaaa)

7 comments:

Anonymous said...

salam
terima kasih atas peringatan .

sedang ketuk hati
tanya iman apa khabar :)

salam

Anonymous said...

salam
terima kasih atas peringatan .

sedang ketuk hati
tanya iman apa khabar :)

salam

~PENCHENTA~ said...

:)

Seronok membaca.

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

sedap baca.




sigh.siapa tak kenal haniff..


:)

syazwanadzhar said...

memang sedap, dan menyentuh hati la nif.

Aku tunggu buku kau. Karya kau perlu dikongsi.

Wadah manusia mencari Tuhan-Nya :)

"semata cinta-Nya pada manusia" :)

Anonymous said...

aku melihat hari itu,

'rimbun pohon'

dan

'tepianmuara'

bagaimana kelak jika terpaksa berpisah..?


*peace. mintak maaflah terusha saat dua beradik lain mak bapak ni bermesraan. haha

tepianmuara said...

>anon,

wasalam.

=)
moga hati saya juga sihat.



Penchenta,
alhamdulillah.


Nora,
alhamdulillah


Syazwan,
If that's true for me, more so for you.

=)




anon,
'rimbun pohon' akan ok jee, saya ni haaaaa...

aaaaa..

janganlah ingatkan.
haha.