01 April 2011

Nur Baiti

Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat kalian pencinta kebenaran, keindahan, dan keadilan.

Sejujurnya, saya tidak tahu bermula bagaimana.
Apatah lagi mahu menghabiskan nanti.

Untuk kali ini, saya hampir tidak menyusun apa-apa untuk menulis, yang ada hanyalah 'rasa-rasa' yang mahu dikongsi buat re.nungan bersama.

Hmm, semalam saya membaca Mencintai Pejuang Itu. Sangat terkesan. Pada keseluruhan isi surat. . Sampai rasanya ke hati. Hingga ke sedasar-dasarnya.  

" Nur, gue belum dapat merasai rasa seperti itu. Tetapi, rasa yang loe tanya pada gue, meski belum mencapai rasa maqam tertinggi, mencintai pejuang agama sudah cukup melengkapkan hari dan malam. Rasa itu akan melengkapkan loe. Dengan cara yang cukup magis, meski rasa itu tidak berbalas.

Dan rasa itu akan membuatkan loe mahu hidup setiap hari, mahu juang setiap hari, mahu ingin agar dapat membahagiakan dia setiap hari, meski tidak dapat membahagiakan dia, sekurang-kurangnya loe akan mahu hidup agar loe boleh berdoa untuk kebahagiaan dia setiap hari. Itu rasanya Nur. Itu rasanya."

'Tersentak merah' saya pabila membaca perenggan ini. Sungguh itulah juga yang saya rasa.
Saat kadang seolah jatuh terjunam ke lurah dalam, inilah yang saya syukuri.
Syukur kerana dalam segala lalai-lalai kesalahan, dosa-dosa bertimbun, masih ini tersisa dalam diri. Syukur kerana Tuhan masih memperkenan adanya rasa ini. Rasa mencintai.
Kerna pada saya, mencintai itulah pangkal awal wujud diri.
Kalau itupun sudah tiada, apalah ertinya lagi hidup ini.

Saat tak kuat, kaki longlai melangkah, mengenang hinanya diri, rasa inilah yang selalu jadi azimat. Bahawa sekurangnya, hidupku di dunia ada gunanya lagi. Buat mendoakan. Mendoakan para pejuang yang tak kenal lelah itu, yang tak luntur azam semangatnya, yang di mana bila-bila mewakafkan dirinya berjuang atas jalan ini. Jalan sabar dan taqwa. Jalan menegakkan persaudaraan manusia. Jalan meninggikan kalimah Tuhan.

Dan berdoa, dengan segan sekali, agar terpilih bersama mereka.

Kagum sungguh aku pada kalian. Siangnya mahu menjadi khalifah, malamnya mahu menjadi abid. Malu sungguh aku pada kalian.

Tanpa lupa, saya di sini juga dalam medan perjuangan. Berjuang dengan buku, menimba ilmu, agar nanti dapat 'membawa kepakaran untuk dibawa pulang untuk Tuhan dan ummah'. Fuh, sudah diketahui begitu jalannya, tapi tidaklah diri ini kuat sentiasa. Atau sebenarnya entah bilalah kuatnya.

Saya juga mahu mengingatkan diri agar kalau ada masa-masa terasa seolah ringan melakukan taat, berbuat khidmat,   mungkin saja semuanya atas asbab 'murah hati' manusia-manusia lain mendoakan untuk kita. Dan tentu sahaja atas kurnia Tuhan. 

Tuhan mengurniakan 'siratan doa' ini indah sekali. Hingga seluruh alam pun, bisa berdoa memohonkan ampun buat kita. Rahmat-Nya. Rahmat-Nya.





Oh, tentang tajuk. Nur Baiti.
Itu nama seorang makcik yang berkhidmat sebagai pembantu rumah seorang dentist Arab di hadapan Abu Ain. Seorang Jawa. =) Unik sungguh sembang-sembang dalam bahasa ibunda sambil terselit-selit bahasa Arab. Terbiasa, katanya.

Umurnya menjelang 60-an saya kira. Satu perkara saya perasan, (lama, dan kali ini tambah pembuktiannya) seorang ibu walau bagaimanapun keadaannya, kebahagiaan anaklah utama difikirkan, dikenang-kenangkan. 
Jauh di rantau orang, kerisauan pada anak terpanjar jua dalam perbualan, walaupun mungkin cuba disembunyikan.

"Cuma mahu melepaskan anak yang bongsu itu, selepas ini bolehlah berangkat pulang."

Pengorbanan. Perjuangan.

Saat beliau mengkhabarkan namanya, entah kenapa, saya jadi terpegun. Indahnya! Ringkas namun serasa halus sekali. Nur Baiti. Nur Baiti.

Teringat hari 'nur-nur' yang saya lalui.

Bersembang bincang dengan seorang guru tentang nur dan dhia. Surah Yunus ayat 5. Nur ditafsirkan sebagai cahaya bulan manakala dhiya ditafsirkan sebagai cahaya matahari. Ketepatan bahasa Al Quran.

Kuliah Tafsir Jalalain minggu ini. Ustaz memperihalkan tentang zulumat dan nur. Lafaz 'zulumat' adalah jamak, plural manakala lafaz 'nur' ialah mufrad, single. Mengapa? Ustaz menyebut (konteksnya begini, ayatnya saya lupa ) bahawa jalan yang boleh membawa kita ke arah kejahatan amat banyak, sedangkan jalan yang membawa kebaikan itu sedikit.Mudah-mudahan.

Kelas SGD semalam dan minggu lepas. Instructor menyebut, ramai sungguh 'nur' dari Malaysia.


Baiti bolehlah diertikan sebagai rumah. Dan 'rumah' jiwa kita ini, inilah, jasad ini. 'Nur' cahayanya saya kira datang dari hati.
Baik hatinya, baiklah seluruhnya.


Biarlah 'cahaya di setiap rumah kita' terpancar menerangi dunia.
Setidaknya,
dengan doa.

=)

6 comments:

Anonymous said...

suka.

Wah, seronok la jumpa orang serumpun di jordan ye :)

Anonymous said...

terima kasih.
saya mengambil tulisan ini sebagai peringatan.
ada orang yang lupa untuk mencinta
lalu terlupa untuk berdoa.
saya doakan yang terbaik buat Hanif
dan yang seperti kamu.
yang mencinta dan mendoa dalam senyap.
semoga Tuhan mencintaimu.

zikri said...

pegi jauh2,ngara jiran seislam pon kita x prnh brhjt nk pergi kan,bang. pdhl situlah asal usul,,hihi. mungkin klu kita pegi,mbah msti suka..i'Allah lah ye..

tepianmuara said...

>syazwan

Itulah wan.

Ada orang belum memberi jawapan..

ha.



>anon

Allah.

Terharu.
Moga Tuhan mencintaimu.
dan tidak melupakan kita.

Terima kasih.



>hanis.
That's the idea.
Teruskan kempen.
Teruskan kempen.

InsyaAllah.=)

Anonymous said...

assalamualaikum.

nak share http://www.youtube.com/watch?v=VbOAZ-b6SBE

kalau dah tengok,tak pe lah.
kalau nak tengok sekali lagi,ahlan wasahlan!
kalau belum tengok,my wish semoga lembutlah hati,tertitislah air mata kerana ingin sangat nak ke syurga.

~sukainah.

tepianmuara said...

>sukainah

baru saya tahu 'sukainah' ini siapa. (dalam sejarah maksud saya)

=)

baru pertama tengok. terima kasih!
di mana kita, mahu ke mana..

Allah.