28 July 2011

I Don't Love You Like I Did Yesterday



So true.

Simply cause I love you even more, today.

Smile the smile.

For everyone.

Cause I believe,

love grows.

26 July 2011

Selamat Pulang Wahai ...



EPILOG BUAT ABANG


Saat adek masih kecil,
Hanya abang rakan dan lawan.



Adek tahu  abang sentiasa...

Biarkan adek menangis,
kerana dukanya abang menyimpan.

Biarkan adek tertawa,
kerana riangnya abang gembira.

Biarkan adek merajuk,
kerana dinginnya abg merasa.

Terimalah adek seadanya,
adek insan biasa cuma.
Bukan Khaulah Al Azwar Al Kindi,
srikandi berkuda kencang,
menderap tapak berdebu harapan,
"di mana akhi??aku mencarimu!!"
terjelopok dia di padang gersang,
tatkala tawanan perang dipertaruhkan.

Adek tak pernah bermimpi...

Punyai abang,
seperti si sulang Hum Saath Saath Hain,
di kepala adiknya,
Vivek bersumpah,
"kebahagiaan abang milikmu, kedukaanmu milik abang".

Adek lebih mengenali abang,
cukuplah abang satu inspirasi,
memenuhi ruang hati.

Adek di sini tetap mendoakan,
pulangnya abang membawa bangga,
seisi keluarga.


Salam rindu;
sweetie sister of zikris.



_____________________________________________




PROLOG BUAT ADIK

Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rasa...kadang tak mampu diungkap kata.
Kata...kadang bisa saja menipu rasa.


Lama abang cuba cari balasnya,
Hati tenggelam rasa,
dasarnya telah abang jejak,


Namun dada sesak,
Mana mungkin ini yang terdalam!


Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rencah hidup ini dik,
laksana seribu lautan,
nyata banyak yang belum kita cicip.

Saat manis, 
izinkan abang lebih bahagia,
melihatmu tersenyum.

Saat pahit, 
dari diam yang jauh abang titipkan pesan,
agar tabah kukuh di jiwamu. 

Langkah ke depan,
jalan kita masih panjang,
Abang mohon menemanimu,
Hingga tiba di penghujungnya.

Moga di Syurga!



________________________________________

Dik, macam abang selalu sebut, moga rindu ini tambah memaknakan pertemuan nanti, insyaAllah.
Jaga mak abah Khamim baik-baik. Juga selamat bekerja keras mengemas rumah sempena lebaran. Oh silap, patutnya sebut dulu selamat menyambut Ramadhan! =)

________________________________________


Adik saya dalam perjalanan pulang ke tanah air. Doakan ya selamat perjalanannya. 




25 July 2011

22 July 2011

Sehelai Surat Panjang

Panjang bukan pada jumlah perkataannya,
panjang kerana kebenarannya.

Aku tergamam.
Lama.

Nyata aku tidak silap, meminta kau menuliskan.
Terima kasih.

20 July 2011

Lot 19191







Hujan doa
menitiskan rahmat jua berkat
 menyeri laman rumah kita
sayup, lunak, dan mesra.

Tujuh warna pelangi
setelah bumi suci.

Sayangku sekalian
mari rentangi pelangi
di setiap penjuru hati.






18 July 2011

'Quit Playing Games With My Heart'

Ok. Jangan percaya dengan tajuk. Takde kaitan pun, cuma nak kenakan kawan. hah.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk dia ya. Dilema katanya.

___________________________________________


Semalam Mahdi minta buku Food Preservation. Dia exam hari ni. Saya dah belajar sem tiga tahun lepas. Terpaksalah buka 'kotak khazanah' untuk mencari. Bongkar dan selongkar. Dalam pencarian, macam-macamlah yang ditemukan. Jadi habit saya, kalau baca lecture note, penat pula, fikiran melayang, mestilah ada yang diconteng-conteng. Merepek banyak.

Tapi hari ni bila baca semula, macam menelusuri sejarah pula.

'Oh, rupanya setahun dahulu, begini cara aku berfikir.'
' Eleh, mende ni pun nak tulis..'

Lawak.

____________________________________________



Kemudia jumpa ini;

Jangan dicela gelapnya malam,
kerana selepas gelap terbitnya siang.
Jangan dimarah tajamnya durian,
kerana ia menyimpan secantik manisan,
yang tak terlihat pada kulitnya,
yang tak difaham pada zahirnya.


Berbaik sangka saja dengan Sang Pencipta,
sedang kambing tidak protes diikat tuannya,
inikan pula kita hamba yang hina.

Rimbun pohon,
Sya'aban 1431H
20 Hari Mencari Cinta,
( 10 Hati Mencari Cahaya )

__________________________________________

Nasib baik tulisan ni tak terbuang hilang.
Kalau selongkar lagi ni mesti jumpa macam-macam. hah

Adilnya Tuhan.

Adilnya Tuhan. Rasa tenang, rasa mengenal Tuhan itu tidak diberikannya hanya kepada 'orang-orang terpelajar'; menghafal luar kepala sekian-sekian teori, orang kaya banyak harta, besar pengaruhnya, tetapi juga kepada petani miskin, pembersih kawasan, 'orang-orang jalanan'..

Adilnya Tuhan. Mereka hanya terpandang bawah berdarjat rendah; biarlah; terkadang atau selalunya pada pandangan manusia; bukan pandangan-Nya.

Adilnya Tuhan, dalam jalan manusia mencari-Nya, setiapnya ada pancaroba, ni'mat yang berbeza.

Adilnya Tuhan kepada siapa kita semalam, kita hari ini, dan kita esok.

Adilnya Tuhan pada siapa kita di 'hari pengadilan' !

Adilnya Tuhan pada setiap persamaan. Pada setiap tamsilan disebutkan dalam Al-Quran.

Adilnya Tuhan pada setiap perbezaan; segalanya akhirnya kembali pada satu persamaan.

Adilnya Tuhan pada setiap penciptaan, setiap yang seawalnya mengaku- paksa atau rela- DIA sebagai Tuhan.

Adilnya Tuhan pada rahmat-Nya, pada murka-Nya, pada cinta-Nya.

Setelah demikian hebat, sempurna, dan MAHA Tuhan, maka apakah jalan yang telah kita tempuh untuk mengenal-Nya?



______________________________________

melayangkan pen, tiba-tiba ini yang tertulis.
13 : 42 , hari akhir bulan dua 2011.
Betapa entah bagaimana manusia melihat masa, dan entah bagaimana wajahnya yang sebenar.


15 July 2011

pandanglah






dengan hati lapang.
dan doakan.

( kerna tujuan kita sama kan? )



Masjid Ali Kabir,
Syria.
Summer 2010.

14 July 2011

Bakti






Suatu petang, dalam gelut gurau, dia mengingatkan,
" Menulis bukan untuk dikenal nip, menulis untuk berbakti."

Terima kasih bang.

He's gone, but he's here. Right here.

Semangatnya masih mesra.
Jordan belum mahu melupakan.

12 July 2011

Winter Break 2011 ( Part Two )

Setelah berbulan, baru nak menyambung Part One. DI SINI
Cebisan-cebisannya sebenarnya ada yang telah saya tuliskan. Yang ini kira ringkasanlah. Lama dah siap tulis. Hari ini baru menurunkan. Tiba-tiba teringat. ( Ok tipu. taklah tiba-tiba sangat. )



_____________________________________________________








Mengapa Kembara?

Tempoh hari, semasa kelas Anatomy, Dr Rashed Al Jomard menyebutkan,

"Everywhere you are, always ask yourself, 
'Why am I here?'

It is more honourable to leave 
if you cannot find the reason you are here."


Aha. terus teringat perbualan kami yang dimulakan semasa menunggu bas di Roma Termini.
Di hujung-hujung kembara itu, sambil 'terhuyung-hayang' kehilangan buku tulisan, saya bertanya kepada Shafiq, "Kenapa Tuhan suruh kita kembara?"

Diam.

Lalu kami melanjutkan soalan...
....dan terus kembali ditanyakan,

" Korang takde letak target ke sebelum mula kembara?"

"Ada. Ada. Mestilah ada set. Cuma dah hujung-hujung ni nak muhasabah la"

Blablablabla...

Jawapan yang saya paling tertarik ialah , 'untuk mengenal diri'.
Bukanlah tak pernah tahu, tapi, sungguh, kali ini terasa betapa benarnya.
Pertama kali saya kira, mengembara sejauh ini, selama ini, sepanjang hidup.

Kita keadaan mendesak, kita perlu memilih satu keputusan.
Dan dalam satu kembara panjang, kita seolah boleh melihat satu 'pattern' keputusan yang kita buat.

Lebih besar daripada itu saya kira, kita dapat melihat sikap sendiri, bila keluar dari zon selesa.
Kekuatan kelemahan diri.
Dan betapa sebagai teman sekembara, kita saling melengkapi.
Manusia tak sama, setiapnya istimewa. Dari itu terlihat indahnya kerjasama.

Dan tentulah, disebutkan dalam Al Quran,
Siru fil ardhi fanzhuru kaifa kana akibatul mukaddzibiin




Agar kita mengambil teladan atas kemusnahan, kejatuhan umat terdahulu apabila mendustakan ayat-ayat Tuhan.





23 hb. Al Cazar. Plazza Espana. Panjat La Giralda Tower.

Al Cazar di Sevilla. Dibuat pemerintah 'baru' sebagai cubaan menandingi Al Hambra. 
Indah tapi tidak asli. Terasa kurangnya.


Ditemukan dengan pencinta kucing, Cristina.
 Setelah penat memahamkan bahasa isyarat, rupanya dia boleh berbahasa Inggeris!



Plaza Espana. 



Menyayat hati. Penyerahan kota kepada Kristian.


Pandangan atas dari La Giralda, dahulunya sebuah masjid terbesar di Sevilla.












24 hb. Selepas subuh, ke Madrid. Ke taman. Malamnya, setelah longlai berjalan, kami dihadiahkan dengan kolam ais!


Tersentuh dengan ini. Amat.

Taman di Madrid. Lupa dah nama.

Pun lupa. Parlimen rasanya.

Simbol di Madrid. Di pekarangan ini, ada diletakkan 'titik' pusat bandar Madrid.

Paling excited dengan ini. Penat main baling-baling, pecah-pecah.








25 hb. Ke lapangan terbang Madrid. 'Patah balik' ke Milan Malpensa, Ferno, Itali. Ke Venice. Berpolitik dengan Aziz. Night walk with Minh.

Di airport. Solat dulu....


...lepas tu, kami lena selena-lenanya.

Perjalanan ke Venice

First sight of Venice.


26 hb. Piazza San Marco. Palazzo Ducale. Museums. Rialto Bridge.

Sadis di Palazzo Ducale.

Merpati putih yang gemuk  sihat.


Gondola!




27 hb. Museo Navale. Ke  Florence. Melompat ke Pisa.

Pagi akhir di Venice. Bendera diturunkan separuh.
 Entah berkabung kerana apa...

Naval Museum. 
Mempamerkan senjata perang Venice semasa keagungannya sebagai kuasa imperialis.

Malamnya tiba di Menara Pisa. Betul-betul senget woo!



28 hb. Arca 'David' di Galleria Academia. Santa Maria Novella. Shopping.



Cathedral.


Antara ukiran pada 'Gate Of Paradise' di San Giovanni Baptistery.
Menggambarkan Ratu Balqis dan Raja Sulaiman disatukan.
( Dalam Islam, kita dilarang 'merupakan' nabi-nabi kan )

Santa Maria Novella.


Teringat tulisan Kak Balqis. 
'Seni di mata kananku, vandalisme di mata kiriku.'
Kononya melambangkan cinta. Tulis nama, dan anak kuncinya dicampakkan dalam sungai.
Nak kata, 'terkunci mati' lah kot.

Mengharukan.
 Seorang pakcik berdiri sambil memerhati sungai, meneguk beer, 
bersarapan, berkongsi rezekinya,
memberikan potong-potong kecil roti kepada si burung. 
Si burung melayah pantas, sarapan percuma.


'Kami' shopping.


Gabrielle, anak kepada Sandro pemilik Hotel Etrusca. 
Hotel terbaik bagi saya sepanjang kembara kami.

Di Plaza Michaelangelo.


Pemandangan Florence.



Mesti Cheria!!
Jangan masam-masam.

Setelah berpenat-lelah mencari kedai halal.
'Kemenangan untuk orang-orang yang sabar.'


Part 3 sambung kemudianlah. Ada lagi enam hari.


__________________________________________________________




Antara lirik Balada Seorang Teman, M Nasir.

Sebutir pasir sebuah pantai,
Batu bata dari sebuah kota.
Cerminlah, cerminkanlah kejadian ini...


Cerminkanlah. Dirimu.
Hari-hari di atas dan lagu ini seolah sebati. Itulah yang bermain, yang dimainkan dalam fikiran.





06 July 2011

Suarasa Yang Tertulis






Sebuah tulisan
terkadang bebas
mencari dari
rentak tari dan bunyi
suara tanpa suara
rasa tanpa rasa
makna merupa makna.

Sebuah tulisan
teralun mendayung
perahunya jemari
lautannya diri
destinasinya hati.

From Pieces

Alhamdulillah, sudah beberapa hari di Irbid.
Tentu sahaja, udara, suasananya berbeza.


Ah, saya 'kurang pandai selesa' dengan perubahan.

Tingkatan satu hingga tingkatan lima saya tinggal di asrama.
Dan hampir setiap kali pulang ke asrama, terutamanya semasa tingkatan satu, saya akan menepuk-nepuk karpet musolla, semasa solat asar hari Ahad.
Seolah cubaan menyedarkan diri, " Ya, aku di sini."

Time flies fast.






Terfikir pula, tunggul kayu itu, adakah lebih gembira menjelang malam?
 Dengan air pasang? 
Atau ia telah redha tanpa kecewa?

....faqina 'azabannar...





I don't know how, but, mom, she can really reads me. without missing even a single letter.

Aiya..macam takde manfaat je entri ni. Unnecessary ramblings.

Apa-apapun, saya juga percaya,
'sentiasa tidak terlambat untuk bermula semula'


Jom. Rancang se-mula. Bina se-mula.
Ramadhan pun dah dekat. Moga betul-betul jadi penawar.






01 July 2011

Hari Akhir







Bakar 'lemang'.

Hujan tidak semena-mena.

Senyum.

Seindah-indah hujan di rantau orang, indah lagi hujan di tanah sendiri.





Tinggal dulu, Malaysia.
Jaga diri ya.