Sepanjang kembara, kami menemui ramai seniman jalanan.
Tanpa mengharapkan banyak balasan, mereka menghiburkan.
Bes kan? Modal cuma gelas dan air sudah sedemikian merdunya.
( Tapi cam sengal je kan budak dua orang tu. haha )
Namanya John Brown. Kami menemuinya semasa pulang dari melawat Calahora Tower di hujung Puente Romano. Petang terang, tetapi cahayanya hangat mesra. Terkhayal mendengar dia menyanyikan lagu. Teman kembara yang lain meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Saya menahan Sadis meneman.
Dia warga Amerika, melawat teman wanitanya yang mengajar Bahasa Inggeris di sini.
Usai lagu pertama, saya minta dia menyanyikan lagu kedua.
Begitu pilihannya, lagu Illegal Smile oleh John Prine.
Lagunya diiring arus Quadalquivir.'
We had a definitely 'legal smile'.
Di Rome. Semasa berpusing-pusing dalam perjalanan ke Colosseum.
Ini di Rome juga.
Banyak 'seniman jalanan' yang kami saksikan sepanjang kembara. Yang saya letakkan hari ini, dari seni bunyi. Ada lagi yang melukis, yang jadi patung, main belon, yang jadi badut, macam-macamlah.
Biasanya meletakkan topi atau apa-apa bekas kecil bagi orang yang lalu lalang meletakkan wang, sebagai tanda penghargaan. Mereka berterima kasih pada yang memberikan, walau sekecil syiling dengan angguk senyum. Mungkin tidak banyak mana hasil yang mereka dapat setiap hari, tapi saya yakin mereka merasa bahagia turut 'melukiskan' senyum di bibir ramai orang.
Dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, ada dituliskan,
"kerana kekayaan yang sangat dicita-citakan oleh ahli seni bukan kekayaan wang,
tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke dalam kalbunya."
Dalam Pelajaran Agama Islam pula,
" Apalah ertinya mata kita yang sekarang;
yang tidak bercahaya kalau tidak lebih dahulu ada cahaya jiwa.
Apalah ertinya telinga kita yang sekarang;
yang tidak mengerti keindahan bunyi kalau getaran jiwa tidak nyaring."
Buya Hamka memperihalkan tentang syurga. Betapa di sini, terhadnya pancaindera kita. Mata, telinga kita tentulah tidak mampu membayangkan nikmatnya syurga. Tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya.Tetapi, Allah, dengan Rahman-Nya, memberikan kehalusan rasa, kebesaran jiwa pada tiap manusia. Buat merasakan, mengecap keindahan.
Satu lagi, bonus.
The most beloved man alive in Irbid!!
Yang ini bukanlah 'seniman jalanan', ini imam kesayangan. =)
Video sempena maulidurrasul tempoh hari.
Selamat bertarawikh bersama Syeikh Makmun.
10 comments:
seniman.
seni dengan iman juga yang lebih indah. :)
*rindu pula buku tenggelamnya kapal van der wijck aku yang hilang.. ahh.
video sh makmun tuuuuuuuuuuuuu
apesal baru hari ni post?
sudah beberapa purnama ku menantinya
-kawan lama lagi-
ada satu vdeo seniman jalanan yang haniff xletak. yang main tali kat seville tu~
oh, lagi satu yang dekat hotel etrusca, florence tu.
best jugak kalau boleh tengok reaksi 'seniman jalanan' buat show time tu kan? hah.
apapun, akak rasa among these vdeos, yang live stream tu paling 'menghiburkan'. pahala sebuah haji. moga direzekikan lagi~
-anon lah sangat jugak-
part cawan tu plg 'xleh blah'
haha.
>Penchenta
Yup. Sungguh.
beli baru laa. hah.
Anon,
he.
mahal2. kene simpan lama sikit.
Anon,
yang main tali tu rakam pakai nset Sadis, berat sangat nak upload.Tapi memang tu paling mantaplah bagi saya.
etrusca? yang mana eh?tak ingat.
yup2.=)
live stream dah tak boleh la. sedih.
Akhyar,
haha.
=.=!
xbest sungguh, xingat.
akak perli la (tak pasal2 kena cakap)
"seniman" yang dalam hotel tu~
Nak curik vid syeikh makmun tu, nak letak kat fesbuk.
oh hai. lame tak dengor kabor
>Anon
ARGHHHHHH!!!!
patutlah. puas mikirkan. hahaha.
keluar bilik...
gamam...
tepuk dahi.
yang kat luar semua pakat sengih-sengih.
aduhai, dahla dalam banyak2 lagu wujud kat dunia ni, pagi tu lagu tu lak yang keluar..
( balas dendam nii. hah )
> Kakashi.
silakan.
Takut woo ngan Kaksyi sekarang.
hah.
...........
tak pe tak pe..
>Kak Syi
ok. ok.
gurau. gurau. jangan camtu.
kabor nye cambes je. moga2 akak pun tak kurang cambes.=)
Post a Comment