22 August 2011

Setia ( Mungkin Nanti )


Di muara itu, kita. Berdua bersama sampan teralun lembut. Nyaman.
Bayu dan sungai senang dengan kita agaknya hari ini.
Senja redup, sahabat, dan aku tanyakan padamu erti setia.

Kau menuding jari telunjuk, nun samar kejauhan.
"Kau lihat kan, di atas bukit sana, rumah api itu."

Aku angguk. Kening kerut menukar pandang kepadamu, sepenuh perhatian.
Kau hela nafas panjang, tersenyum, seraya bersuara,

"Tatkala badai melanda, dia tetap teguh tempat rujuk. 
Tanpa mengukur kau siapa, apa asalmu, mana tujumu.
Padanya ditumpahkan harapan.
Darinya dipancarkan pedoman.

Setia, sahabat, hanya perlu ada, ketika bencana."


 Malam bergulat menyinggung siang. Terlihat sepasang kelip-kelip berlegar riang di pohon berembang. Selepas ini pasti ribuan. 

Kau berbisik halus,
"Dari mana ya asal cahaya..."

Mungkin sekali, sahabat, kita kan melalui.
Mungkin nanti, aku hanya sang kelip-kelip, dan kaulah si rumah api!



______________________________________

Ni sempena plan mancing,menjala sama-sama balik Malaysia yang tak jadi. hah.
Selamat pulang we!
Akupun pulang juga, insyaAllah. =)

2 comments:

Anonymous said...

aaaaaaa...~!


rumah api

:)

rumah api tanjung tuan kan?ke?

i think i used the same image to draw a lighthouse on this one sleepless night months ago.



soothing.
it is.
seperti memberi kepastian

membisik
"jangan takut, saya ada..kan memandu kau pulang"



:)




sudah mahu berangkat ya haniff?

tepianmuara said...

anon,

rumah api bukit melawati. nanti kalau datang kuala selangor, singgahlah. tapi banyak monyet. hah

saya selalu terpegun lihat 'lampu pusing-pusing' di langit. teringat batman pun ada.

ya, berangkat esok pagi.