29 March 2012

Patutlah



orang-orang kata, melihat dari luar tak sama dengan melihat dari dalam.
orang lain kata, pandangan dari atas lebih jelas, di bawah tentu terbatas.

mahu ke dalam perlu membayar.
mahu ke atas perlu mendaki.

tapi kadang orang di luar dan orang di bawah hairan,
mengapa ada yang di dalam dan di atas
menapak keluar, melangkah turun?

petah dan hujah kadang tak sehaluan.
bezanya satu hebat sekarang,
satunya hebat kemudian.

Patutlah.


pulang awal
(saya sayang.)



_____________________________________

Pemandangan dari Castle of Gibralfero, Malaga. Cuaca panas, baju tebal, masing-masing kasut but berat, tapi gagahkan juga mendaki. (padahal baru di awal siri perjalanan, patutnya bertenaga lah).




Lawalah Malaga. Serius.


Cuma kalau malas mendaki...


hmph.

_____________________________

Cis lah dia curi sejam. cis cis. hehe
Selamat datang musim bunga (panas).

7 comments:

Akhyar said...

sebab terlalu banyak petah, mungkin kebaikan hilang langkah.

dalam sesetengah part; setuju atau diam [aku laa]

*nak jumpa Ibnu Umar oi, nak tanya.

Aimi Syahirah said...

Duhh
Kali ni serius tak berapa faham
yang atas tu


Lawa!

pakurawan said...

abang Imran kata orang yang kuat bukan orang yang sentiasa di atas. tapi bila orang jatuh, kita masih berdiri.

haha. tinggal itu jelah harapan.

pakurawan said...

tulisan lawa, gambar dan video lawa. Patutnya yang ni dah boleh mula Dar Baraka #1.

Bila nak start nih.

hanisahridz said...

best, cantik, best :)

kami (baca: aku dan piqah) paling semangat kat sinilah, tempat lain-lain lepas tu dah sakit2 kaki. adeh

Anonymous said...

mohon share hikmah ni

tepianmuara said...

akhyar,

kadang terasa juga, kita dibezakan dengan peng-alam-an.

moga tak pernah terlewat untuk kita saling faham.

yang penting, anak muda perlu banyak membaca.


Aimi,
haha.
sepatutnya memang begitulah, konteksnya peribadi. (tapi, dikongsi pula di sini kan. cis, penulis.)

yup, lawa.



hazen,
juga bertitik tolak dari situ, kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam.

lepas kelas tasmi' ahad ni, amacam?


farah,
kan kan kan.

asek-asek dengan piqah!hah

hari tu aku tanya mare, apa paling best jalan-jalan baru ni?

laju je dia bercerita,
'nasi lemak'

pergh


anon,
silakan