19 March 2012

saudara saudagar

Disebut oleh Buya HAMKA, dalam satu bukunya, (saya ulas) bahawa bijak sekali nenek moyang kita memilihkan perkataan,

su maksudnya seribu
dagar maksudnya tipu.

su-dagar, hari ini disebut 'saudagar' asalnya membawa maksud seribu tipu.
Saudagar dilambangkan orang yang bijak berhelah berjual beli.

sekali lagi.

su maksudnya seribu
dara maksudnya cinta

su-dara, hari ini disebut 'saudara' asalnya membawa maksud seribu cinta.
Saudara dilambangkan orang yang sungguh-sungguh disayangi.

wah, indah bukan?

saya terfikir, entah apa-apa lagi rahsia yang tersembunyi disebalik perkataan yang kita gunakan sehari-hari.
di sebalik pantun-pantun lama, tentunya ada pesan-pesan istimewa nenek moyang kita.

setuju saudara?

12 comments:

Anonymous said...

satu tuju seribu cinta

tepianmuara said...

tak faham

haha

Akhyar said...

bedah la lagi anip, boelah aku baca.

=]

. said...

menarik.

Najwa Najihah said...

pantun lama sentiasa memberi kenikmatan tersendiri. jua bahasa melayu yang indah penuh makna. ^_^

ASaL said...

anda menulis dengan baik sekali.
saya tidak tahu tentang perkataan-perkataan itu, dan kagum dengan maklumat ini.
patut benar bila menulis perkataan 'saudara', ia ada kehalusan tersendiri dan kelembutan.
ia mengandung makna lebih dari kita faham tentang 'saudara'.
subhanallah.
patutlah kebudayaan melayu dikenal dengan persuratan, bukan monumen.

akhyar,

hah, jom sama2!
=)

najwa,
yup. dan rugi sekali kalau generasi kita sudah tidak dapat menghayatinya.

apalah yang ingin diwariskan untuk seterusnya.

Kak,

senyum dahulu.

oh, saya selalu membaca tulisan akak. terutama suka bila akak bercerita pengalaman-pengalaman, entah, terasa tulus sekali.

saudara seribu cinta.
kan? kan? saya pun masa mula-mula terjumpa maklumat ini, wah wah, sambil terbayang 'potensi' perkataan-perkataan lain.

dengan panggilan-panggilan baik, kita turut menghantar getar-getar sayang.

benar melayu itu bangsa yang santun.

tepianmuara said...

uncle nizam!

tertinggal pulak.
err, 'menarik' balasnya apa ya?

saya cuba.

'kan?'

hah

ASaL said...

Betul. Sebelum ini ada insan memanggil dengan gelar saudara, tetapi masa itu belum tahu makna.

Kalau tahu tentu boleh kita rasakan getarnya.

tepianmuara said...

yup2.

selidik-selidik lagi rasanya kedua perkataan ini dipinjam dari perkataan parsi. wallahua'lam