24 April 2012

The Letters We Sent

"As this material world recedes, the presence
flows in. What one like that

fears losing is the jasmine scent of feeling near to God. When
that happens he wonders

what he has done, like the servant, baffled by having his
food reduced. Remember him?

The king read only the interior meanness of the letter and
wrote no reply. "How can this be?"

ask the servant. "Maybe the letter carrier concealed it
out of envy. I will write

another and send it by a different courier. "He does,
and the king keeps silent

again. Five times this happens! Finally the king's
chamberlain suggests, "Perhaps

it would be fitting to give him some reply. He is, after
all, your servant." "Yes,

it would be easy to answer this man, but he doesn't
really want a connection with me.

He wants sweetmeats and a portion from the kettle; that's
all. He doesn't want contact

with my intelligence, and he certainly doesn't want union.
He's a fool, and I forgive

that, but we mustn't associate with him." Imagine that the
sky and the earth are an apple

that has grown from the tree of divine power. There is a
kind of worm that lives

happily inside the apple, totally ignorant of the tree,
the orchard, and the orchard

keeper."




Rumi, translation by Coleman Barks

__________________________________________


Sebaik mana isi bahasa surat kita, belum tentu diterima.

Tergantung 'isi' sebenarnya.

Tergantung kepada kebijaksanaan dan kemurahan pembacanya.




Hela nafas panjang
dan hembus perlahan.

Ya Rabb.

22 April 2012

Komik



"Compared to the 'righteous' greed of the rulers, the villains of the world seem much more honourable"






"A wound of the heart is different from a flesh wound. Unlike a flesh wound, there are no ointments to heal it and they are times when they never heal."

"He who has felt deepest grief is best able to experience supreme happiness."










Leo Tolstoy menulis dalam War and Peace,
" Man lives consciously for himself, but is an unconscious instrument in the attainment of the historic, universal aims of humanity."

________________________________________

Kalau ditanya bagaimana mula-mula saya belajar menulis, tentunya 'entah'.
'Mula-mula' mungkin sedari dalam kandungan mak. Sebab mak pun suka menulis.

Tapi secara sedarnya, saya berani jawab, dari komik!
Pinjam buku abang saudara, Alam Perwira, kisah dua beradik Ji Kao dan Ji Fat.
Beli sendiri, juga singgah ke rumah mbah di Ayer Tawar, Sabak Bernam membaca Dewata Raya, dari awal kisah Harimau Hitam dan Naga Merah sehinggalah generasi mereka seterusnya.

Pendekar Laut pun ada. Paling setia, dengan Wira Tunggal. Dari Paichow, Wira Infiniti, Harimau Kumbang, sampailah zaman Wunan bermaharajalela.

Dulu masa sekolah rendah, ada jual komik Hong Kong 30 sen dalam plastik hitam. Hari-hari simpan duit belanja sanggup tak makan masa rehat sebab nak beli komik! ceh.

Gempak pun layan gak. Sokong produk tempatan lah katakan.

Masa naik sekolah menengah, komik-komik Hong Kong ni dah surut sikit. Orang beralih pada manga. Paling best, aktiviti seludup masuk Kreko tiap-tiap hari Jumaat. Lepas tu, sakan lah beratur orang nak pinjam baca.

_________________________________________

Apa mesej sebenarnya tulis ni?

Err, selamat membaca lah.

Yang penting, digest.
Ambil yang baik. Buang tak bes.

Hantar jugak kat nephron. Sekali lagi, ambil semula yang baik.
haha.

Satu lagi, saya terfikir, penulis ni sama sahaja sebenarnya,
samada penulis agama, penulis novel, penulis motivasi, penulis blog, penulis falsafah.

Penulis menulis yang dia tahu, yang dia mahu orang tahu, hingga kadang dalam tulisan memang tertumpah jalan hidupnya. Tiada penulis akan terus menulis kalau tidak mencintai tulisan!

Juga pelukis.





Freefall...





... and freedom of expression.




haha!



Students kat Edinburgh pun tak pi sini. Macam-macamlah kami ni.

19 April 2012

you really are
one of a kind




selamat.

18 April 2012

Entah-entah


entah-entah selama ini
kita hanya melihat bayang.


mere coincidence


I
Which reminds me of mbah.

"Wingi nane sampek ngipi-ngipi. Kangen nowone, rupane Yom arek teko"
(tak tahu betul ke sipi-sipi salah. Terjemahannya, 'malam semalam sampai mimpi-mimpi. Rindu agaknya, rupa-rupanya Yom nak datang.')

Ini ucapan mbah, bila adiknya bertandang ke rumah, setelah lama tidak bersua. Kehadiran itu telah 'diberitahu' terlebih dahulu.

Orang putih panggil 'clairvoyance'.

Orang kita panggil err, firasat (?).

Definitely not a mere coincidence.


II
Pernah dalam perbualan selepas tengah malam, dengan Hariz Hazwan yang sedang melayan obsesinya dengan formula matematik, saya tiba-tiba bertanya,

'Agaknya lah kan, 'takdir' tu boleh disusun dalam mathematic equation tak? Macam mana hidup kita cross dengan orang lain, sampai boleh simplifly equation tu... Memanglah tak boleh tanya soalan camni kan...tapi, just wondering.'

'Aku faham. Aku faham. Ntah. Tapi aku rasa bolehlah. Mesti boleh. Dan tentu akan jadi sangat lawa.'


Of beauty. How we see it in the unseen. Unknown.
Berbicara tentang kecantikan dengan orang berbeza, berbeza.



III

Terkejut, kemudian senyum, kemudian gelak.

=.="

Serius aku tak lupakan kesengalan yang ini.

haha.

16 April 2012

dah
















tak nak kan hidup cam ni?

13 April 2012

langit mengutus bintang ke dadamu

I

Malam dan Permaidaninya


Malam dan permaidani rahsia yang ia hamparkan.
Kali ini aku gagal menerka bunga dan coraknya.
Asing sekali.
Lelah mencari,
Akhirnya senyum sendiri,
"Keindahan tak sentiasa pada pengetahuan."

( hela nafas panjang dilepas perlahan )
Hidup ini,
mohon Ya Tuhan,

Kami Kau hantarkan, walau ke mana; dalam keimanan.
Kami Kau jemput, walau di mana; dalam keimanan.




II

Antara yang mengujakan tentang musim bunga (selain bunga-bunga tentunya) ialah malamnya yang nyaman. Tidak terlalu sejuk, tidak pula panas. Berlama di sutuh lagi malam tadi.

Bulan di hujung penjuru langit tinggal separuh, namun masih terang. Langit sedikit kemerah-merahan. Awan tipis, berserakan. Di celah 'podocytes' awan, terlihat bintang-bintang. Ya, masih gemerlapan seperti selalu.

Tataplah langit.
dekapkan tanganmu ke dada.
perlahan-lahan, cuba rasakan..

saat kelip bintang itu
seirama dengan degup jantungmu.



senyum.



III

Menelefon mak abah. Rupanya mereka sedang memancing tilapia di sungai.

Di hujung perbualan, saya pesankan,
'Kirim salam ya dengan ikan-ikan tu!'

Ah.

I wish to be there.



seorang ketabahan

Rome, 2011



melintasi redup dan terang
seorang Jiwa dalam Persoalan
berbicara diam-diam
tentang hidup dan keinginan.

terserempak ia,
seorang Ketabahan 
berlama-lama di jalan derita
dengan jubah emasnya.

tanpa diminta Ketabahan bersuara,
 "bosan hanya menjadi penyakit orang berduit."

Jiwa dalam Persoalan
berpaling lalu
meneruskan perjalanan.


09 April 2012

a calling

I



Saya tak ingat di mana dan bila sebenarnya abang menuturkan kata-kata itu.
Mungkin dalam sembang-sembang kami sebelum lena ketika 20 HMC dua musim panas yang lalu.
Mungkin juga seusai subuh, bersandar di almari Quran sisi kiri ruang masjid.
Mungkin ketika bersarapan di kedai, di rumahnya, atau ketika berjalan sama untuk 'muraqib'. 


Cuma yang pasti, abang benar-benar memaksudkannya. Sayu tunduk malu. Kata-kata itu berbekas jelas di hati saya, sehingga hari ini. Begini abang katakan,


"Ada orang yang bila siang, kalau boleh dia nak cepat-cepat datang malam, supaya dia dapat beribadat kepada Tuhan. Bila malam pulak, kalau boleh dia nak cepat-cepat datang siang, supaya dia boleh berkhidmat kepada orang, berdakwah..."


Abang diam sebentar, membuang pandangan jauh, kemudian menyambung,


"Hanya yang merasa je yang akan faham."






'Yang tidak merasa tidak akan faham'.
Tadi, saya mendengar lagi kata-kata ini.
Ketidakfahaman yang tajam itu, sekali lagi saya rasakan!


Tahniah dan terima kasih kepada Fatimah. 
Semoga terus menjadi semangat untuk 'adik-adik' ini.
(ayat yang selayaknya, ayat yang ingin saya ungkapkan, adalah lebih besar dari ini, tapi. Fuh, Allah jualah sebaik-baik pembalas.)


II




Kemudian, saya membelek tulisan-tulisan cikgu. 
Antaranya saya turunkan di sini,

'Hati
hiduplah
bersedialah menghadapi kuliah
pelajaran
Hati hiduplah
awan di luar
memanggilmu keluar
Hati hiduplah
sujud nanti tempat pulangmu
kalam Tuhan nanti kan
menitir di bibirmu
Hiduplah hati'
___________________

'Mari menyerbu ke ruang yang kedua.
Di sana ada kehidupan hijau yang telah tersedia
untuk sekumpulan mereka yang mengaku telah, akan dan sentiasa
memadamkan kertas-kertas hati dari kotoran-kotoran.

Demi ditulis ke atasnya ayat-ayat Tuhan.'


Saya tak tahu bagaimana menyebutkan, tapi kesemua 'mereka-mereka' ini, ada sentuhan yang.. err, ajaib.


III

...musim bunga hati-hati kami...


Doa sama-sama jom.


اَللَّهُمَّ نَحْنُ عَبِيْدُكَ بَنُوْ عَبِيْدِكَ بَنُوْ إِمَائِكَ نَوَاصِيْنَا بِيَدِكَ مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ نَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ الْعَظِيْمَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلاَءَ أَحْزَانِنَا وَذَهَابَ هُمُوْمِنِا وَغُمُوْمِنَا وَسَائِقَنَا وَقَائِدَنَا إِلَى جَنَّاتِكَ جَنَّاتِ النَّعِيْمِ

Ya Allah, kami adalah hamba-hamba-Mu, anak dari hamba-hamba-Mu laki-laki dan perempuan, ubun-ubun kami berada dalam tangan-Mu, telah berlaku atas kami hukum-Mu, adil pasti atas kami keputusan-Mu, kami memohon kepada-Mu dengan menggunakan semua nama yang menjadi milik-Mu dan Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau nama yang Engkau turunkan dalam kitab suci-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada salah satu di antara hamba-Mu, atau dengan nama yang Engkau simpan dalam rahasia ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Qur’an yang agung ini taman bunga sepanjang musim di hati kami, jadikan ia cahaya di dada-dada kami, pelipur lara dan penghapus gulana, jadikan pula ia pembimbing kami menuju syurga-Mu yang penuh kenikmatan.



IV

Malam ini adalah malam yang indah. Saya membayangkan juga kalau abang bersama kami tadi. Walau kami seisi dewan tersenyum, tentu takkan sama 'kedalaman' gembiranya; pembimbing-pembimbing,  jiwa-jiwa yang mula-mula mendirikan Az-Zikr ini. Malam ini adalah malam mereka.

Saya cuba memujuk diri sendiri,
'Lama-lama nanti, biasalah.'

Lalu sekali lagi, kata itu seakan tersenyum pada saya,
"Hanya yang merasa je yang akan faham."


Manisnya, siapapun, kita setidaknya boleh mengiring dengan doa.


06 April 2012

bayang-bayang

Pagi di Cordova, sebelum ke Seville.




Waktu berjalan ke barat di waktu pagi hari matahari mengikutiku di belakang
Aku berjalan mengikuti bayang-bayangku sendiri yang memanjang di depan
Aku dan matahari tidak bertengkar tentang siapa di antara kami yang telah menciptakan bayang-bayang
Aku dan bayang-bayang tidak bertengkar tentang siapa di antara kami yang harus berjalan di depan



-Sapardi Djoko Damono-




Dalam satu wawancaranya,



  • P: Apa motivasi Anda untuk menulis?
  • S: Orang menulis itu motivasi satu-satunya karena suka membaca. Jika seseorang gemar membaca, keinginan untuk menulisnya akan muncul. Jadi motivasinya bukan karena ‘ingin apa’ atau ‘berita apa’.


  • P: Jika ada hal yang lebih hebat dari menulis, apakah itu?
  • S: Semua lebih hebat. Menulis itu tidak hebat. Orang bisa menciptakan pesawat terbang, bisa naik pesawat terbang. Kalau dari menulis puisi, orang tidak bisa naik puisi. Saya tidak pernah berpikir selain menulis. Hidup saya itu menggelinding saja. Saya suka menulis ya menulis.








04 April 2012

Di Hujung Suatu Perjalanan


Pompeii adalah destinasi akhir kami, setelah Granada-Cordova-Seville-Venice-Florence-Rome.

I

Sejarah tidak harus dilihat hanya dari sudut 'romantis', yang manis-manis.
Dikenang untuk abadi gemilangnya dalam lembar-lembar yang tak lagi dapat diubah.

Luput dalam khayal.

Parut-parut pada dada sejarah
adalah hadiah luka buat manusia,
'setelah sembuhmu, jangan lupakan aku!'


II

Kata orang, sejarah adalah untuk pengajaran
buat mendiami hari ini, melangkah ke hadapan.

Juga tentu, sejarah bukan hanya itu.
Sejarah juga himpunan perasaan.
Dari jiwa-jiwa yang telah meninggalkan
buat jiwa-jiwa yang akan mewariskan.



III

Di hujung perjalanan, kita kembali ke tempat kita bermula.
Hidup tak lelahnya menuntut kita mencari pengertian, memberi pengertian.

Mungkin, setelah semua ini, sejarah hanya mahu kita untuk jujur.

Begitu kita melihat, kita membaca sejarah dunia.
Begitu kita melihat, kita membaca...

sejarah diri sendiri.

02 April 2012

bahasa yang tak terbaca

Granada, Parque de la Ciencas.



Di sekeliling kita, saban waktu, 
ada bahasa yang disampaikan hanya 
dengan renung mata, kerut dahi, isyarat tangan, kelibat hadir. 
Banyak yang berlalu tanpa dibaca dan difahami.

Seperti helang dan tuannya.
(dan tuannya)
 Bahasa mereka misteri.
meriah dalam diam.

 peribadi.

Lalu, cabaran sebenar buat yang merasa membaca, 
 ialah tidak melangkaui penafsiran yang sepatutnya.